Saturday, August 30, 2014

KRIM KECUTKAN JERAWAT | KRIM HERBA KEMBOJA



KRIM KECUTKAN JERAWAT | KRIM HERBA KEMBOJA | Lumrah seorang manusia, tidak kira lelaki atau perempuan, dua dua mahukan diri sentiasa kelihatan cantik, bersih dan kemas. Terutamanya di bahagian muka, bahagian badan yang paling sensitif. Betul tak???

Begitu juga dengan ena. Ena memang sangat mengutamakan kebersihan dan kekemasan pada rauk wajah ena. Namun sekarang ni, muka ena tidak selicin dan sebersih dahulu. Jerawat sudah mula bermaharajalela sana sini disebabkan dari macam macam faktor. Haisshhh sedih~



Baru baru ni ena ada dengar satu produk kecantikkan yang tengah meletop sekarang iaitu Krim Herba Kemboja. Ramai juga review dari blog kawan kawan ena mengenai krim ini malah kebanyakkan mereka memberi feedback yang sangat bagus.

Oleh itu, ena mengambil kesempatan ini untuk mencuba juga. Manalah tahu lepas ni muka tetiba jadi cantik, putih melepak lepak seperti awek awek Kemboja. Ekekekeke. Gurau sahaja. So berbalik kepada topik, ena telah mencuba krim ini selama 3 hari dan hari ni kiranya dah masuk hari yang keempat.

Gambar first first kat atas tu, tengah tepek muka dengan Krim Herba Kemboja. Tu yang putih semacam. Hehehe. So, apa sudah terjadi??? Okay sila baca dengan lebih lanjut...




Alhamdulillah, semua jerawat ena sudah mula mengecut dan liang roma pun makin mengecil. Cuma parut jerawat jelah yang masih ada lagi, yela baru je berapa hari guna kan. Muka pun dah tak berapa kusam dan dah mula nampak kemerah merahan darah pada rauk wajah. Itu menandakan kulit wajah dalam process nak sihat. Weeeee.

Oleh itu, ena nak review serba sedikit mengenai krim ini. Jom baca..


1) APA FUNGSI KRIM HERBA KEMBOJA??
    Berkesan untuk menghilangkan jerawat, jeragat dan memutihkan kulit yang kusam


2) KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM KRIM HERBA KEMBOJA??
    Ramuan ekstrak pati soya, pegaga, manjakani, aloevera, vitamin A & B, Kolagen


3) BAGAIMANA NAK GUNA??
    Sapu kat seluruh rauk wajah sebelum tidur pada waktu malam. Sehari sekali 
    sahaja.

4) SATU BOTOL BOLEH BERTAHAN BERAPA LAMA??
    Dengan memakai sehari sekali, paling kurang boleh bertahan selama 2 minggu.

5) BERAPA LAMA KRIM MEMBERI PERUBAHAN PADA WAJAH?
    Seawal 3 hari dah boleh nampak keberkesanan pada wajah

6) LELAKI PUN BOLEH GUNA??

    Krim ini sesuai digunakan oleh semua golongan, baik lelaki baik perempuan.

7) HALAL KE??
    Krim Herba Kemboja ini telah mendapat kelulusan KKM, GMP dan sudah 
    semestinya halal




HARGA: 
Semenanjung: RM45 (Include postage)
Sabah dan Sarawak: RM50 (Include postage)



Sekiranya you all ingin mencuba Krim Herba Kemboja atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai krim ini, jangan risau, mari ena bagitahu bagaimana ingin menghubungi pihak berurusan. Sila hubungi mereka ye kalau ada sebarang pertanyaan.


HUBUNGI: 
01115732984 (WhatsApp/ SMS)

EMAIL:

WEBSITE:



More Nyummy Here

Friday, August 29, 2014

KETIDAKSELESAAN | AINAA ROSEBERRY



KETIDAKSELESAAN | AINAA ROSEBERRY | Hari ini ena tak tahulah apa kena dengan diri ena. Walaupun tersenyum ketawa berjenaka dengan anak anak buah tapi dalam hati perasaan hambar. Tidak seperti hari hari sebelum ini. Semua benda bagi ena sangat tidak menyeronokkan; seperti tengok TV ke, dengar lagu ke. Kosong. Tambahan pula, segala benda yang ena buat mesti  ada yang tak kena. 

Bukan moody tapi ketidakselesaan dengan tubuh badan sendiri.

Nak kata 'bendera Jepun', tidaklah pula tapi tak tahu pula kalau ini adalah petunjuk 'bendera Jepun' nak naik. Ishhh memang rasa betul betul tidak selesa dengan sekeliling. Lepas tu, kepala otak pula rasa bercelaru, serabut tapi apa yang ena sedang fikirkan pun ena tak tahu. Astagfirullah!

Ena tengah cuba tenangkan diri, beristighfar dan buat sesuatu yang agak selesa. Nanti ena sambung blogwalking blog you all ye. Nak pergi pelahap sambil tengok Mega Movie. Babai~

*Pernah tak you all rasa sebegini rupa?? Hurmmmm*

More Nyummy Here

MY AIRASIA FREE SEATS!



MY AIR ASIA FREE SEATS! | Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma AirAsia, saya akan ke Kota Kinabalu, Sabah dan saya akan membawa ahli keluarga yang tercinta bersama-sama. Ini sememangnya hasrat saya untuk membawa keluarga saya pergi melancong ke Sabah .

Saya memilih Kota Kinabalu sebagai destinasi sekeluarga kerana sudah lama kami berhasrat untuk makan angin di situ. Kami ingin melihat suasana semulajadi yang indah yang terdapat di sana dan sambil mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Malangnya, niat yang baik ini belum pernah tertunai lagi. My Air Asia Free Seats!



My Air Asia Free Seats! Selain daripada itu, saya ingin membawa mereka pergi melawat antara tempat semulajadi yang menarik yang ada di Kota Kinabalu, Sabah. Selama ni, saya hanya melihat keindahan tempat pelancongan di Sabah melalui kaca tv atau melalui laman sesawang. Hanya melihat melalui itu sahaja dapat menenangkan hati yang sedang lara. Walau bagaimanapun, kalau dapat melihat dengan mata sendiri, dapat jejak kaki di sana, rasanya lebih puas dan lebih menenangkan jiwa.

Antara tempat tempat yang saya sekeluarga ingin melawat di Sabah ialah:-



1) DESA DIARY FARM



2) KINABALU PARK



3) PULAU MANUKAN




4) PORING HOT SPRING




Sumber gambar: Google


Indahnya permandangan semulajadi di Kota Kinabalu, Sabah. Tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran. Sudah terbayang-bayang bersantai bersama dengan keluarga tersayang di sana. Semoga hasrat di hati ini tercapai. My Air Asia Free Seats!


Website: 


More Nyummy Here

Thursday, August 28, 2014

MAKANAN KUDAP KUDAP | PAI TEE



MAKANAN KUDAP KUDAP | PAI TEE |  Siapa pernah makan pai tee???? Sila angkat kaki!!! Ehhhh. Gurau sahaja. Ena banyak kali juga la makan pai tee ni dan kalau dah selalu makan tuu maknanya pai tee adalah salah satu makanan kegemaran ena. Well, mana mana makanan yang sesuai dengan tekak ena, ena akan jadikan ia sebagai makanan kegemaran. Rasanya banyak jugalah makanan kegemaran ena ni, tak tersenarai. Fiiuhhh!

Pai Tee merupakan sejenis kuih dari resipi baba dan nyonya di Melaka. Ena minat Pai Tee ni sebab ada banyak sayur. Suka sangat makanan yang berasaskan sayur ni. Lepas tu ada kulit crunchy kat luar, perghhhhhhhh very very loike laaaa!



Berapa hari yang lepas, kawan kepada abah ena bagi seplastik kulit Pai Tee. Oh my oh my!!! Kkkyyyyyaaaa! Memang ena suka gila gila gila laa! Mak ena pun suka makan pai tee. Apalagi, mak terus beli bahan bahan nak sumbat dalam pai tee ni. Letak bahan yang simple simple je dulu seperti ubi sengkuang, lobak merah, timun dan tauge.


Recycle kuah kacang sate beli beberapa hari yang lepas.

Lobak merah, sengkuang, tauge. Timun dah habis. Hiris jangan tak hiris.

Kulit Pai Tee yang rangup dan sedap.


So bila dah ada kulit pai tee belambak ni, ena jadikan pai tee sebagai kudap kudap. Sambil tengok TV ena layan pai tee, sambil blogwalking ena layan pai tee dua tiga ketul. Tak payah nak beli kat kedai lagi. Buat sendiri kat rumah senang. Puas pun puas sebab boleh makan sebanyak mana yang kita nak.

Nyummmeeehhh! Selamat menjamu selera ye sebab sekarang pun tengah makan pai tee dengan kuang kacang. Lepas ni nak bubuh daging cincang / ayam cincang yang sudah direbus. Aaauuummmm!



More Nyummy Here

SIAPAKAH JEJAKA INI? AINAA ROSEBERRY



SIAPAKAH JEJAKA INI? AINAA ROSEBERRY | Menjadi perbualan yang hangat apabila gambar diatas ini ena upload di facebook dan menjadikan ia sebagai display picture ena. Ramai yang message ena, siapakah lelaki tersebut. Ada juga yang ucapkan "Tahniah" kepada diri ena. Ena yang membaca hanya mampu tersenyum tanpa membalas apa apa.

Seperti yang ena janjikan di facebook bahawa ena akan dedahkan siapa identiti lelaki tersebut, now ena nak bagitahu kat you all siapakah dia sebenarnya.



Lelaki sebelah itu merupakan seorang lelaki yang ena sayang sejak dari kecil lagi, lelaki yang sentiasa memberi semangat kepada ena, pendamping ena selepas ayah ena dan lelaki yang akan menjaga ena apabila berjauhan dari keluarga.

Dia ialah ABANG KANDUNG ENA, Kamarul Rahim Bin Kamarudin..

Aaauuumm, dia adalah abang kandung ena, anak ketiga daripada 5 adik beradik. Bukanlah kekasih..bukan juga buah hati ena seperti yang disangkakan oleh orang lain. Yang mana dah tahu tu, terima kasih ye sebab senyapkan diri dan buat buat tak tahu. Ekekekek. Sengaja ena jadikan kontroversi.


Masa ni anak dia baru dua orang. Sekarang dah masuk tiga orang anak. Keluarga yang sangat bahagia. Alhamdulillah. Ena sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik beradik ena. Merekalah harta yang ena ada di dalam dunia ni. I am very happy.

Apapun, tak salahkan nak letak gambar berdua dengan abang sendiri?? Malah ianya lebih baik. Peace yaw!


More Nyummy Here

Wednesday, August 27, 2014

MENGENAI KAD RAYA AIDILFITRI ENA | AINAA ROSEBERRY



MENGENAI KAD RAYA ENA | AINAA ROSEBERRY | Entri kali ni ena nak kongsikan mengenai kad Raya Aidilfitri ena walaupun raya sudah pun menutup tirainya. Rupa kad raya ena tahun ni, you all boleh rujuk pada gambar di atas. Tak secantik kad raya kawan kawan blogger yang lain, simple sahaja. Well, ena ni suka benda yang simple simple janji nampak kemas.

Sebanyak 70 kad telah ena edarkan kepada kawan kawan seperjuangan ena; sama ada kawan sekolah, kawan universiti atau kawan di laman sosial. Dan ena juga tahu ada yang ena terlepas pandang untuk bagi kad raya, hurmmm...maafkan ena ye. Alamatnya, tahun depan ena kena buat lebih supaya semua kenalan ena dapat. Memandangkan tahun ni first time buat kad raya so tak dapat nak buat bajet yang cukup. Doa doakan ena dimurahkan rezeki untuk tahun depan.



Tema warna untuk kad raya ena ialah hitam pink sebab nak bagi sama dengan warna bisnes kad ena. So masa ena hantar kad raya, ena selitkan bersama dengan kad bisnes ena. Dan ada juga beberapa orang yang bertanya pada ena, kat mana ena buat untuk kad raya dan bisnes kad ena.

Oleh itu, ena nak share link yang telah berkhidmat untuk kad bisnes serta kad raya ena. 

DESIGN KAD RAYA:
http://www.zazazehra.com/

PRINTING KAD RAYA:
http://www.duniashida.com/

DESIGN & PRINTING KAD BISNES: 



Haaa mereka ni la yang ena tempah untuk kad raya dan kad bisnes ena. So, kepada you all yang nak buat tempahan design ke, printing ke atau apa apa sahaja la, boleh la you all rujuk kepada mereka diatas. Harga sememangnya murah dan sangat berpatutan dengan kualiti yang mereka hasilkan.

Sangat berpuas hati. Alhamdulillah~

Now, tengah fikir nak buat design yang macam mana pula untuk kad raya pada tahun depan. Nak kena tempah orang buat vector pula. Ahaks, macam macam design dah ada dalam kepala otak ni cuma tak tahu nak pilih yang mana satu.


More Nyummy Here

Tuesday, August 26, 2014

KENALPASTI HARUM MALAM YANG ORIGINAL | LEGACY SECRET



KENALPASTI HARUM MALAM YANG ORIGINAL | LEGACY SECRET | Pernah beberapa minggu yang lepas, timbul satu kes tentang harum malam boleh mengundang barah dan sebagainya lagi. Sebenarnya itu semua harum malam yang tiruan. Memang cerdikkan orang sekarang, nak dapat keuntungan dalam masa singkat dengan cara membuat produk tiruan. Yang lagi hebat ialah mampu mengaburi pandangan pembeli. Entah apa ramuan yang dia letak agaknya.

Oleh itu, hari ini ena nak share gambar bagaimana kita sebagai pembeli tidak tertipu lagi untuk mendapatkan harum malam yang original dari keluaran Legacy Secret. Malah, hal ini juga bertujuan untuk menyelamatkan para pengguna dari penyakit yang berbahaya.

Jom tengok.. Sila ambil berat!




Atau you all boleh rujuk cara di sini. Boleh guna juga untuk memeriksa ketulenan harum malam dari syarikat Legacy SecretHal hal sebegini memang kena ambil berat. Tak boleh ambil sambil lewa sebab yang teruk nanti diri sendiri juga.

Produk makanan sampingan macam ni memang bagus kalau beli produk yang original. Kalau tak berkesan tu, mungkin badan kita tak sesuai. Tawakal dan berserah kepada Allah sebab perubahan pada badan kita semua atas kuasa Allah. Kita hanya berusaha yang terbaik.


Youtube:



More Nyummy Here

Monday, August 25, 2014

MALASNYA NAK STUDY BALIK | DEGREE CANDIDATE



MALASNYA NAK STUDY BALIK | DEGREE CANDIDATE | Begitu cepat masa berlalu. Tak lama lagi ramai pelajar yang akan mula masuk belajar, degree ke, diploma ke, foundation ke. Termasuklah diri ena ni. Tapi ada juga yang mereka dah mulakan kuliyah atau kelas masing masing. 

Lagi beberapa minggu sahaja ena akan mulakan semester baru sambil membawa azam yang baru. Namun, hanya Allah jelah yang tahu bagaimana perasaan ena sekarang. Bukan malas yang jadi punca sebenarnya, tapi tawar hati. Hurmmm. Bila dah tawar hati ni dengan sesuatu tu, memang betul betul dah tak ada semangat nak belajar.

"Alangkah bestnyaa dapat keluar dari tempat tuuuu. Menyampah dah sebenarnya..."

Kalaulah ena ni tak fikir panjang, memang dah lama nak putus asa untuk teruskan ijazah / degree ena yang lagi berapa tahun nak habis ni. Dek kerana fikirkan masa depan, ena cuba gagahkan diri untuk suka, untuk rajin, untuk minat semula belajar ditempat berkenaan.

Mungkin ada hikmah pada akan datang, sekarang ni mungkin ena tak nampak lagi. Akan datang siapalah yang tahu melainkan Allah SWT. Nak tak nak ena kenalah hadap semua ni dengan tabah dan sabar. Strong ena strong!!!

Doakan ena ye you all...

Bukan senang nak pujuk hati yang sudah menjadi tawar, namun tak salah kita berusaha habis habisan untuk membangkitkan semarak itu semula~


More Nyummy Here

KOLEKSI GAMBAR CANDID ANJING | LAWAK



KOLEKSI GAMBAR CANDID ANJING | LAWAK | Tadi tengah usya usya something kat Incik Google dan mata terpaku menengok satu koleksi gambar gambar anjing yang agak kelakar dan unik bagi ena. Gambar tersebut bukanlah diedit menggunakan adobe photo atau apa apa sahaja software yang boleh edit gambar tetapi gambar anjing tersebut diambil dari sudut dan masa yang sesuai.

Hanya ahli photographer yang mahir untuk mendapat satu gambar yang agak luar biasa serta berjaya menarik mata yang melihat seperti ena. Mengenai anjing, sejujurnya ena memang suka dengan anjing. Rasanya tak perlu pelik. Yela anjing juga binatang ciptaan Allah, cuma Islam melarang kita menyentuh mereka melainkan kita pasti badan anjing tersebut betul betul kering. 

Okay ena tak mahu tulis meleret leret lagi sebab entry kali ini ena nak kongsi antara koleksi gambar candid anjing kepada you all. Jom kita tengok. Bagi ena kelakar, tapi tak tahulah bagi you all semua. ^_^











More Nyummy Here

Sunday, August 24, 2014

BE/CPUV NUFFNANG | HP PC DEMAND GEN DIGITAL CAMPAIGN



BE/CPUV NUFFNANG | HP PC DEMAND GEN DIGITAL CAMPAIGN | Malam ni sengaja menggedik cek akaun Nuffnang ena. Dan Alhamdulillah, melekat satu CPUV yang sedang On Going pada bulan Ogos ini iaitu HP PC Demand Gen Digital. Bukan kemain susah nak melekat CPUV pada bulan ini, yela blog pun jarang berupdate. Namun, dapat satu CPUV untuk bulan ni cukup buat ena rasa sangat gembira dan bersyukur.

Jom ena cerita serba sedikit apa kebenda HP PC Demand Gen Digital ni. Ena pun tak tahu sangat, tapi melalui apa yang ena baca ia mengenai sebuah komputer riba a.k.a laptop keluaran HP. Ena pernah dengar bahawa laptop keluaran syarikat ini sememangnya bagus. Ini kerana banyak kemudahan teknologi yang tinggi telah diterapkan dalam satu laptop bagi memudahkan serta memuaskan hati para pengguna.

Boleh rujuk pada gambar di bawah atau mahukan ketahui dengan lebih lanjut, boleh la klik pada gambar di bawah ini juga..




Oleh itu, ena pinta kepada you all untuk klik banner HP PC Demand Gen Digital pada blog ena ni ye. Kalau nampak, klik cepat. Hahahaha Demands pula. Tiada paksaan, tapi kalau sudi klik ena ucapkan terima kasih banyak banyak ye. Sayang you all! Ngeh ngeh ngeh

Contoh banner:-








More Nyummy Here

Friday, August 22, 2014

SEMAK KETULENAN PRODUK SECRET LAXING | LEGACY SECRET



SEMAK KETULENAN PRODUK SECRET LAXING | LEGACY SECRET | Pening kepala berat badan meningkat??? Susah hati dengan bentuk badan yang agak kurang memuaskan??? Oleh itu, kepada you all masih bertawakal, yang masih berusaha mencari suppliment untuk kuruskan badan, meh meh ena kongsikan kepada you all satu produk yang boleh you all mencuba iaitu Secret Laxing.

Secret Laxing adalah produk keluaran Legacy Secret yang dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah berat badan dan bentuk badan. Apapun, keberkesanannya terletak kepada kemampuan badan masing masing. Sesetengah orang, tindakbalas badan berbeza, ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang moderate. Bersabar dan teruskan usaha. Ena pun tengah mencuba ni.



Info serba sedikit mengenai Secret Laxing ena akan sertakan dibawah ni. Jom mentelaah sejenak.


KELEBIHAN SECRET LAXING

1) Membakar kalori lebih berganda

2) Meningkatkan metabolisme

3) Meningkatkan tenaga dengan membakar lemak dalam badan


4) Mengecilkan saiz badan bagi yang ada lemak lemak berlebihan




PANTANG LARANG

a) Jangan makan lebih dari yang dianjurkan (Boleh baca pada botol)


b) Dilarang makan oleh ibu mengandung dan menyusui anak kecil


c) Sesuai dimakan dari umur 18 tahun hingga 50 tahun

d) Hindari minuman bersoda dan minuman beralkohol kerana akan mengurangkan
    effect


e) Perbanyakkan minum air kosong dan buah untuk melancarkan sistem 

   metabolisme dalam badan



HARGA

Semenanjung: RM 33.00
Sabah Sarawak: RM 39.00
Brunei: BRD 18.00
Singapura: SGD 18.00


Namun, you all kena hati hati. Pastikan you all beli Secret Laxing original keluaran Legacy Secret. Haaaaa.. macam mana nak tahu ori ke tidak, meh ena bagitahu cara untuk semak ketulenan produk ini. Jom baca~



1) PENGESAHAN MELALUI VISUAL
     Lihat Perkataan "LS" dari sudut 15 darjah



2) PENGESAHAN MELALUI SENTUHAN
Cetakkan timbul yang dapat dirasai menggunakan jari.


3) PENGESAHAN MELALUI QR WECHAT
Imbas kod produk dan info yang diberikan



AMARAN KERASSSS!!!!

~ 1 QR kod hanya boleh di imbas sebanyak 5 kali sahaja

~Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan nombor telefon syarikat untuk pengesahan

~ WechatID: harummalam



Disebabkan sekarang banyak produk tiruan, oleh itu sebelum beli semak dahulu. Takut nanti jadi benda lain. Silap silap dapat penyakit yang berbahaya seperti kanser atau apa apa jelah. Selain itu, duit pun senang senang lesap macam tu sahaja. Tak ke rugi.

Kepada yang mereka ingin mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah hubungi yang lebih arif. Ena hanya sebagai memperkenalkan. Ena pun baru nak mencuba.



Youtube:
Fanpage Utama:


Website:






More Nyummy Here

Thursday, August 21, 2014

22 OGOS 2014 | PERATURAN HARI BERKABUNG MALAYSIA




22 OGOS 2014 | PERATURAN HARI BERKABUNG MALAYSIA | Seperti yang kita maklumkan selama ini, pada esok hari iaitu hari Jumaat bersamaan 22 Ogos 2014, Malaysia telah diisytiharkan berkabung sempena memperingati tragedi MH17 pada 17 Julai 2014 yang lalu.

Oleh itu, ena nak kongsikan kepada you all antara peraturan Hari Berkabung Malaysia. Semua ini dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka terkorban. Terpulanglah pada masing masing, nak ikut ke tak. 





PERATURAN HARI BERKABUNG MALAYSIA

1) Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang diseluruh negara pada hari berkenaan.

2) Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari berkenaan.

3) Pakai hendaklah warna warna yang suram dan tidak warna terang atau garang. Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung, mereka digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih) / selendang hitam.

4) Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan digantikan dengan bacaan Al-Quran dan program berunsurkan keagamaan.



Diikutkan, hari esok ialah hari special bagi diri ena. Tapi tak mengapalah, ena dahulukan Hari Berkabung Malaysia demi menghormati tragedi MH17. Al Fatihah~





More Nyummy Here

SEBAHAGIAN DARIPADA #KELABBLOGGERBENASHAARI



SEBAHAGIAN DARIPADA #KELABBLOGGERBENASHAARI | Kelab Blogger Ben Ashaari diterajui oleh Abang Ben Ashaari dan ditubuhkan sejurus blog Abang Ben Ashaari ditubuhkan sejak tahun 2009. Tahun ena ambil SPM. Hehehe.

Kelab Blog Ben Ashaari ini merupakan salah satu medium ditubuhkan di Facebook oleh Abang Ben Ashaari untuk memudahkan para blogger meninggalkan link atau entri mereka di situ. Sekali gus dapat meningkatkan traffik blog masing masing.

You all pun dijemput  untuk meninggalkan link masing masing di #Kelabbloggerbenashaari (Click). Jangan lupa klik JOIN terlebih dahulu.


Klik Gambar Di Atas


Ena juga merupakan salah satu admin di #Kelabbloggerbenashaari yang akan bertanggungjawab memantau segala aktiviti di situ. Hanya link blog sahaja dibenarkan kongsi kerana page ini ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan traffik blog. 

Sejak ena share selalu di page #Kelabbloggerbenashaari, sedikit sebanyak meningkatkan traffik blog hari demi hari. Ini bukan nak bodek ye tapi ini adalah fakta. Terima kasih ye Abang Ben Ashaari sebab menubuhkan satu landasan untuk blogger picisan macam ena ini untuk meningkatkan kualiti blog masing masing.


Baju... baju... the bajuuu. Hahahaha

Selain itu, terima kasih juga kepada Abang Ben Ashaari sebab tarik ena menjadi salah satu ahli penggerak #Kelabbloggerbenashaari. Terharu sangat sangat, Alhamdulillah bersyukur tak terhingga. Ena seronok bila dah berada dalam network sebab dapat kenal rakan seblogger dengan lebih rapat, ada yang dahulunya ena tak berapa nak kenal tetapi sekarang dah jadi macam satu family dan yang lebih penting ialah banyak ilmu tentang kehidupan. 



 Jom korang semua letak link masing masing di:-


atau 

Boleh baca selebihnya di:-


More Nyummy Here

Wednesday, August 20, 2014

PRELOVED NOVEL MURAH | TIASALMIDNOVELIS



PRELOVED NOVEL MURAH | TIASALMIDNOVELS | Berita baik untuk penggemar novel di luar sana, kawan blogger kita Tya Salmid ingin let go semua novel yang dia kumpul selama ni dengan harga yang sangat murah. Separuh dari harga asal. Haaaa teruja tak?? Ena tahu ramai di luar sana adalah penggemar novel.

Oleh itu, kepada penggemar novel yang tidak mampu beli novel dengan harga yang mahal atau mereka yang terlepas pandang, stok pula sudah habis dipasaran, you all boleh cari di SINI. Mana tahu terjumpa ke.



Sebelum membeli, sila lihat dan baca details terlebih dahulu ye. Nanti takut terlepas. Apapun, boleh deal baik baik dengan blogger Tya Salmid. Kalau you all okay, dia lagi okay. Kalau you all tak sopan pun, dia tetap sopan. Cewaahhhh. Membodek di situ.





Bukan setakat novel je ada, komik pun ada tapi tak banyak la. Novel je yang belambak. Ena ni penggemar komik tapi semua komik yang si Tya Salmid ada, ena pun dah ada. Sobs! Tengah mencari juga komik yang lama lama. Ada yang ena tak sempat nak beli sebab masa tu ena tak mempunyai kewangan yang kukuh. Sekarang, Alhamdulillah~

Okaylah, kepada you all yang ingin terjah lebih lanjut, bolehlah melawat:-
Instagram:

http://instagram.com/tiasalmidnovelis / @tiasalmidnovelis




More Nyummy Here