Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, May 31, 2014

BAJU SOCIAL MEDIA | INSTAGRAM AINAA ROSEBERRY




BAJU SOCIAL MEDIA | INSTAGRAM AINAA ROSEBERRY | Sekarang ni, bukan sekadar di atas kertas sahaja kita boleh promote social media kita seperti Facebook, Twitter, Wechat; malah kat atas baju pun boleh. Macam macam sekarang ni kan, makin kreatif dengan adanya kemudahan teknologi yang telah disediakan untuk kita semua.

Ena pun tak nak lepas peluang untuk memiliki baju social media sendiri. Kali ni ena buat untuk social media instagram ena dengan harga RM35 sekali postage untuk area semenanjung.



INSTAGRAM: @ainaaroseberry
HARGA: RM35 (Include postage)
DESIGN: Silkskrin


Untuk saiz baju, ena pilih saiz M tapi agak besar untuk tubuh ena, sepatutnya ena pilih S. Mungkin potongan dan ukuran baju ni mengikut saiz badan orang barat. Tak mengapalah, janji kainnya sedap dan selesa untuk dipakai. Berpuas hati.




Kalau you all ingin memiliki baju seperti ena pakai di atas, bolehlah contact di FIZGRAPHIC. Nak design macam mana; silk skrin ke, hitpress ke dan nak letak kat bahagian belakang baju ke, tepi lengan ke, you all boleh consult dengan Fizgraphic ye. Terpulang pada keinginan masing masing. Harga pun boleh dirunding.

Apa lagi, jom kita beramai ramai memiliki baju social media kita sendiri. Trend baju sekarang. Murah dah berkualiti. Jangan lepaskan peluang yang ada. Jom beli!






More Nyummy Here

Thursday, May 29, 2014

ALEXA RANK BAWAH 1000 | MALAYSIA


ALEXA RANK BAWAH 1000 | MALAYSIA | Alexa Rank merupakan salah satu medium untuk kita mengetahui informasi tentang ranking dan percapaian blog masing masing. Cara pengiraannya adalah berdasarkan jumlah trafik yang masuk dalam blog kita. Cara bacaannya pula adalah semakin rendah nombor rank, semakin bagus percapaian blog tersebut


Boleh semak Alexa Rank di sini:-

(Letak link blog masing masing)


Ena setiap hari akan semak setakat mana tahap percapaian blog ena yang tak seberapa ni. Namun alhamdulillah, setiap hari ada perningkatan. Itu yang buat ena semangat nak berblog.Kalau nak dapat percapaian yang bagus, kenalah rajin update entri, kena tahu SEO dan cara nak gunakan SEO ni macam mana, dan pelbagai lagi yang perlu kita ambil tahu.

Apapun bila dah ada blog ni kenalah diri tu rajin sedikit. Tak boleh sedikit, kena banyak rajinnya tu. Tapi jangan sampai abaikan pula hal hal yang lain seperti family kita, solat kita, hubungan kita dengan Allah. Pandai uruskan masa, itu yang paling penting.



Alexa Rank: Ainaa Roseberry
GLOBAL RANK : 344762
MALAYSIA RANK: 1487


Apapun, target ena sekarang adalah nak Alexa Rank untuk Malaysia bawah 1000. Teringin nak merasa rank blog ena bawah 1000. Tapi mampukah ena untuk sampai ke tahap itu?? Berdoa, berusaha dan bertawakal. Itu sahaja yang mampu ena lakukan.



More Nyummy Here

Wednesday, May 28, 2014

LIEBSTER AWARD | PART 3 | TENGKUBUTANG


LIEBSTER AWARD | PART 3 | TENGKUBUTANG | Kali ini ena di tag oleh kak blogger yang cantik lagi menawan iaitu TENGKUBUTANG. Apa itu Liebster Award?? Liebster Award adalah satu aktiviti soal jawap yang sedang giat berjalan di dunia bloggers sekarang.

Cara caranya adalah si mangsa dikehendaki menjawab semua soalan yang telah disediakan oleh pihak pemangsa dan si pemangsa perlulah sediakan 11 soalan disertai dengan blog pilihan hati. Tapi maafkan ena, untuk kali ini ena rasa ena nak jawab soalan sahaja. Break the rules. Hehehe.

Okay, mari baca soalan yang ditujukan kepada ena serta jawapan ikhlas dari diri ena ni.



1) SUKA KUCING TAK? BERI SEBAB KENAPA SUKA / TAK SUKA KUCING
    Suka gilaaaa dengan kucing! Tambah yang debab debab, nak gomol rasanya. Sebab 
    COMEL yang amat. Geraaaammmmm. I love cute things

2) HOBI ANDA
    Hobi ena ni berubah ubah ikut zaman. Tapi lately ni ena suka blogging dan 
    dengar lagu. 

3) PENDAPAT ANDA TENTANG BLOG TENGKUBUTANG
    Bagi pendapat ena blog kemas, ringan nak load. Tapi kalau boleh tulisan entry kasi
    kemas sedikit, bagi readers selesa nak membaca. 

4) NAMA PANGGILAN ANDA DALAM DUNIA BLOGGER
    Ena. Tapi ada je yang panggil beri beri. Errrrrr.

5) RAJIN JOIN EVENT TAK? KE MANA PERNAH PERGI?
    Rajin tu tak adalah rajin sangat sebab kalau ada masa free je baru boleh join. Kalau nak
    tahu, boleh rujuk kat sini ye (EVENT).

6) SEBUT BLOGGER MANA YANG ANDA PERNAH JUMPA FACE TO FACE 
    SETAKAT INI
    Ramai blogger yang ena dah jumpa. Tak tersenarai rasanya. Huaaaaaaaaaaaa.

7) BLOGGER YANG PALING ANDA MINAT
    Diri ena sendiri. Hahaha. Boleh tak letak jawapan macam tu?? Hahahaha

8) APA TUJUAN BERBLOG?
    Tujuan ni sebenarnya berblog ini ikut diri masing masing. Bagi diri ena untuk meluaskan
    pengetahuan ena tentang dunia dan mencari rakan rakan dari seluruh jenis golongan

9) BAGI 3 BENDA YANG PALING ANDA TAK SUKA BUAT
    Ena tak suka marah sebab kalau ena marah, ena akan menggila. Ena tak suka pujuk
    orang sebab tak reti nak pujuk mengeluarkan ayat comel comel. Ena tak suka di jaga 
    hati orang yang tak pernah hargainya. (Jujur) 

10) DAH BERAPA LAMA JADI BLOGGER? (USIA BLOG)
     Ena mula berblog 2010. Kiranya dan 4 tahun usia blog ni. Hehehe 

11) TENGKUBUTANG SOMBONG TAK? 
      Kalau ada orang kata dia sombong, memang butalah orang tu. Hahahaha




Itu sahaja soalan jawapan dari ena. Hope kak TENGKUBUTANG berpuas hati dengan jawapan ena. Terima kasih, sebab tag blog ena sebagai blog pilihan. 


More Nyummy Here

Tuesday, May 27, 2014

18: WORDLESS WEDNESDAY


WORDLESS WEDNESDAY | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia sebagai jalan cerita atau apa yang ingin disampaikan oleh empunya blog.



Alhamdulillah, menang MINI GIVEAWAY BY CIK HAWA (Nombor 65)
Hadiah :  Blouse Labuh dari sponsor Meeya Atiera

~TERIMA KASIH CIK HAWA DAN MEEYA ATIERA~



More Nyummy Here

Monday, May 26, 2014

KENANGAN KETIKA EPHYRA TREASUREHUNT 2014


KENANGAN KETIKA EPHYRA TREASUREHUNT 2014 | Rahsia kejelitaan kulit seawal 7 hari bersama dengan Ephyra. Ephyra adalah  minuman kesihatan keluaran OceanLife  dan sesuai di ambil oleh semua golongan. Di jamin keselamatannya oleh KKM dan halal oleh JAKIM. You all tak perlu lagi risau tentang semua hal tu lagi.

Kelebihan Ephyra adalah merawat kulit kusam, menghilangkan parut jerawat dan juga mengurangkan jerawat di muka, memberikan kesegaran dan kelembapan pada kulit, dan mengurangkan lebam di bawah mata.

Credit to : PenaBerkala

Pada 24.5.2014 (Sabtu), team Ephyra dan team Denaihati telah menganjurkan satu pertandingan yang sangat menarik iaitu Ephyra Treasure Hunt. Seramai 27 blogger yang telah menceburi pertandingan ini.

Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan satu kumpulan mempunyai 4 ahli yang telah ditetapkan oleh  pihak atasan. Setiap kumpulan akan diberi nama mengikut ingredients yang terkandung dalam produk kesihatan Ephyra. Kumpulan ena adalah group nombor tiga dan diberi nama ACAI BERI


TEAM ACAI BERI:



Pada mulanya, kami semua dikehendaki berkumpul di Puspanita Puri , Persint 9, Putrajaya. Makan minum untuk waktu pagi telah disediakan oleh pihak atasan. Tak perlu risau lagi tentang semua tu dan hadirkan diri sahaja. Sebelum memulakan treasure hunt ini, kami semua telah diberi taklimat dan kata kata semangat dari pihak Denaihati serta pihak Ephyra.

Setelah selesai semuanya, baru kami dilepaskan untuk memulakan treasure hunt ini dan dikehendaki menyelesaikan semua soalan yang telah diedarkan untuk setiap kumpulan. First place yang kami tuju adalah Taman Botani Putrajaya.

Di Taman Botani Putrajaya, kami dikehendaki mencari nombor siri, nama sainstifik dan nama tempatan untuk pokok pokok yang terdapat di taman ini. Sambil mencari treasure, sambil kita timba ilmu tentang alam flora. Alhamdulillah.


Apa yang perlu kami lakukan untuk task yang seterusnya adalah ber 'SELFIE' di depan banner Ephyra yang betul betul terletak ditepi jalan raya. Fiiiuuuhh! Best juga dapat selfie tepi jalan raya ni. Tak pernah ena buat sepanjang umur ena.

Kereta yang ada kat jalan raya pakat pakat hon kat kami. Kerana nak menang, kami abaikan semua itu. Janji semua task dapat disiapkan dengan selamat sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu KLIA2.


Selepas berpanasan selfie di tepi jalan raya, kami terus menuju ke KLIA2. Alhamdulillah, dapat juga ena jejak kaki dekat KLIA2. Asyik tengok orang lain yang pos pasal KLIA2, ena pun nak juga tengok sendiri KLIA2 ni macam mana suasananya, macam mana keadaan tempatnya.


Ketika di KLIA2, kami dikehendaki berkumpul di Starbuck kerana pihak pengurusan semua ada disitu. Kebanyakkan task seterusnya di adakan di KLIA2. Kami kena berkomunikasi dengan pelancong pelancong yang ada di sini, kena cari nama kedai dan pelbagailah lagi.

Masa tamat adalah pada pukul 2.30 petang, so kepada group yang dapat buat banyak task, dapatlah markah yang tinggi. Alhamdulillah, walaupun kami tidak sempat habiskan semua task ketika di sini tapi banyak juga yang telah selamat kami selesaikan.









Tamat sudah task kami kat KLIA2 dengan jayanya. Alhamdulillah. Selepas itu, kami pergi berehat dan makan untuk tengahhari pula. Makanan dan minuman tidak perlu beli lagi sebab semua tu dah disediakan.  Kami hanya perlu bersiap sedia untuk ke Booth Ephyra JOM HEBOH PUTRAJAYA pula. Ada lagi task yang sedang tunggu kami di situ. 




Kami semua dikehendaki berkumpul di Booth Ephyra JOM HEBOH kerana di sini adalah tempat terakhir dan penutup untuk Treasure Hunt kali ini. Sebelum tamat, kami diberi lagi satu task yang terakhir iaitu BLIND SOCCER, dimana kami dikehendaki main bola sepak dengan mata yang tertutup. Task ini dibuat semperna World Cup yang bakal menjelma tak lama lagi.

Cara permainan blind soccer ni adalah kalah mati. Dan team kami, Acai Beri telah berjaya gol kan bola ketika berlawan dengan team Tomato. Bila dah selesai game Blind Soccer ni, maka tamat la sudah Ephyra TreasureHunt 2014.

Masa telah tiba untuk ketahui  team mana yang akan bawa pulang wang tunai sebanyak RM2000. Jeng Jeng Jeng. Group manakahhhhhhhh~ Jom scroll kat bawah ni.


Tempat Pertama (RM2000 + Gift Produk Ephyra ):

Group Glutathion

Tempat Kedua (RM1200 + Gift Produk Ephyra ):

Group ACAI BERI!

Tempat Ketiga (RM800 + Gift Produk Ephyra):

Group Tomato


Alhamdulillah, happy sangat kerana kumpulan ena menang ditempat kedua. Syabas ACAI BERI!! Walaupun tak ada rezeki untuk menang ditempat yang pertama tapi ini sudah memadai bagi diri kami. Dan tahniah juga kepada group yang lain kerana berjaya memeriahkan Ephyra TreasureHunt 2014 kali ini. Jumpa you all lagi nanti.

Itu sahaja perkongsian ena untuk kali ini. Maaf, entry kali ni memang sangat panjang.Tapi terima kasih kepada yang masih sudi membacanya.

Kepada you all di luar sana yang ingin mengetahui mengenai tentang Ephyra ni dengan lebih lanjut, you all boleh hubungi pihak mereka di:-


Address:
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur


Contact Number:
1) 03 41417889
2) 019 3999238



More Nyummy Here

Saturday, May 24, 2014

VITAMIN HAIR SERUM WITH DAMAGE REVERSAL | NSA BEAUTY SDN BHD


VITAMIN HAIR SERUM DAMAGE REVERSAL | NSA BEAUTY SDN BHD | Bertudung atau tidak bertudung, lelaki mahupun perempuan, kita hendaklah memberi perhatian kepada kesihatan rambut masing masing. Jangan asyik utamakan kecantikkan kulit muka, kulit badan tetapi hal rambut diabaikan

Kali ini, ena nak memperkenalkan kepada you all satu produk untuk penjagaan rambut dan kulit kepala kita keluaran NSA Beauty Sdn Bhd iaitu Vitamin Hair Serum with Damage Reversal. Produk ini boleh digunakan semua golongan dan jantina. Ianya berfungsi memastikan rambut kelihatan sihat dan dijaga rapi. Selain itu, 100% diperbuat daripada bahan semulajadi.


100% DIJAMIN BERKESAN DAN PASTI YOU ALL BERPUAS HATI

 1) Melembutkan dan melembatkan rambut
 2) Menyinarkan rambut 
 3) Rambut mudah diurus dan disikat
 4) Elakkan rambut dari bercabang
 5) Merawat rambut rosak akibat bahan kimia & alat pedandan rambut
 6) Melebatkan rambut
 7) Merawat masalah rambut gugur
 8) Hitamkan rambut
 9) Melindungi rambut dari sinar UV



ANTARA KELEBIHAN VITAMIN HAIR SERUM
 a) Pertumbuhan rambut baru, menyelesaikan masalah rambut gatal.
 b) Menghidupkan sel sel akar rambut
 c) Kulit kepala menjadi bersih dan sihat
 d) Menghilangkan sakit kepala, stress dan migrain
 e) Mengurangkan demam panas
 f) Mengelakkan dari lesu dan tidak bermaya
 g) Merawat dan mencegah uban
 f) Mengatasi rambut berbuah dan bercabang


Ada masalah dengan rambut??? Dah guna pelbagai jenis produk tapi masih tak ada perubahan malah ada yang jadi lebih teruk??? Ayoh! Usah tunggu lagi dan dapatkan Vitamin Hair Serum sekarang.

InsyaAllah, pasti you all akan berpuas hati sebab ramai pengguna yang  telah menggunakan produk ini dan memberikan feedback yang positive. Dan untuk pembelian yang pertama akan mendapat 10% DISKAUN!!! dari harga yang sebenar, cuma you all hanya perlu langgan newsletter di (www.beautymart.my)



Untuk ketahui harga untuk satu botol Vitamin Hair Serum ni, you all boleh rujuk atau hubungi mereka di:-


Fanpage NSA Beauty: 



More Nyummy Here

Friday, May 23, 2014

EPHYRA | JOM HEBOH PUTRAJAYA


EPHYRA | JOM HEBOH PUTRAJAYA | Pada 24/5/2014 (Sabtu) hingga 25/5/2014 (Ahad) dari jam 10am- 10pm, produk EPHYRA yang tengah hangat di kalangan rakyat Malaysia sekarang ini akan membuka booth di Karnival Jom Heboh di Persint 3 Putrajaya.

Lebih memeriahkan lagi, Team Ephyra dan Duta Ephyra iaitu Memey Suhaiza dan Norman Hakim turut juga berada di sana nanti. Oleh itu, kepada yang teringin sangat nak jumpa mereka berdua secara real, marilah beramai ramai datang ke Booth Ephyra ni.

Selain itu, kepada yang belum pernah cuba Ephyra ni, ada juga sampling yang disediakan untuk you all rasa akan kesedapan produk Ephyra yang terkemuka ni. Disamping itu, kalau nak tahu akan kehebatan Ephyra ni, kenalah datang ke booth Ephyra ni ye.



Pada keesokkan harinya, Ephyra juga menjalankan satu aktiviti yang sangat menarik iaitu Treasure Hunt 2014. Seramai 28 orang blogger yang menceburi aktiviti ini dan ena juga turut serta sekali untuk support segala anjuran yang dianjurkan oleh Ephyra. Doakan kejayaan kami pada esok hari ye.



Tarikh : 24 Mei 2014
Masa : 9 pagi hingga petang
Lokasi : Sekitar Lembah Klang (Putrajaya dan lain-lain)
Yuran : PERCUMA! (khas untuk Blogger)
Peserta : 4 orang sekumpulan (28 orang sahaja)
Hadiah : Berkumpulan (Jumlah hadiah bernilai RM5,000)


More Nyummy Here

Thursday, May 22, 2014

GIVEAWAY RM300 BY BLOG PANCING ELIH


GIVEAWAY RM300 BY BLOG PANCING ELIH | Lagi sekali ena join GA dan kali ini dianjurkan oleh Blog Pancing Elih. Mana tahu rezeki ena ada kat sini, oleh sebab itu apa salahnya ena mencubakan. Hadiah yang disediakan pun menarik, iaitu merupakan wang ringgit. 

Tarikh tamat adalah pada 27 / 6/ 2014 (Rabu). Masih belum terlambat untuk join. Apa lagi, jom kita bersama sama memeriahkan lagi GA ini. Kepada yang ingin menyertai, bolehlah click banner yang telah ena sediakan di atas untuk ketahui syarat syarat yang perlu dipatuhi untuk melayakkan you all sertai GA ini.


Hadiah hadiah yang bakal diterima oleh para pemenang ialah:-

1) Tempat pertama : 1 x RM100
2) Tempat kedua : 1 x RM60
3) Tempat ketiga : 1 x RM40
4) Saguhati : 5 x RM20


More Nyummy Here

Wednesday, May 21, 2014

CALIFORNIA STEAK HOUSE & STEAMBOAT | TANJONG MALIM


CALIFORNIA STEAK HOUSE & STEAMBOAT | TG.MALIM | Kali ini ena nak review satu tempat kedai makan di tempat tinggal ena iaitu Tanjung Malim Perak. Sesiapa yang tinggal kat Tg.Malim ni sure tahu kedai makan ni kan. Namun, walaupun ena orang sini tapi ini kali pertama ena cuba makan kat California Steak House & Steamboat Restaurant.


California Steak House & Steamboat
31, Jalan U1, Taman Universiti
35900 Tanjong Malim
Perak


Restoran ini terletak berhampiran dengan Pintu Utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga terletak di Taman Universiti. Pintu Utama UPSI tu yang ada tempat perlajar UPSI tunggu bas.




Apa yang buat ena tertarik dengan kedai ini adalah dekorasinya yang sangat unik dan menarik. Banyak barang barang terbuang dan barangan antik dijadikan hiasan untuk Restoran California Steak House and Steamboat ini. Antaranya seperti kayu hoki, bola tenis, jam dinding dan raket badmintoon

Menarik bukan???? Bersih pun bersih, kemas dan tersusun rapi. Tak ada bau yang kurang menyenangkan disini. Suasana yang sangat selesa bagi ena. Ena ni kalau pergi makan kat sesuatu tempat tu mesti ena ambil berat tentang semua faktor ni.




Kalau nak meratapi hiasan sahaja tapi tak merasai kesedapan makanan kat sini amatlah rugi sama sekali. Apa kata kita makan sambil cuci mata tengok benda apa yang dijadikan perhiasan kat sini, itu lebih baik. Makanannya pun tak mahal dan ena yakin pelajar UPSI pun mampu makan kat sini. Semua menu tak ada yang lebih dari RM30 untuk setiap satu. Minumannya pun murah. Puas hati.

Kesedapannya usah di cakap la. Memang teramat sedap dan lain kali boleh makan kat sini lagi. Dah jadi tempat tumpuan ena sekeluarga pula selepas ni kalau inginkan makan makanan ala ala barat. Jom ena share makanan dan minuman serta harga sekali.


MINUMAN

COCONUT LIME JUICE : RM 2.50

APPLE ASAM BOI : RM 2.50

LASSI : RM 2.50


MAKANAN

GRILLED CHICKEN CHOP : RM 10.00

CHICKEN CHOP SPECIAL : RM 10.00

Kepada yang ada berdekatan sini dan tak tahu makan kat mana yang best di area Tg.Malim ni, you all boleh singgah di sini. Memang sangat sedap! Kalau tak percaya, ena sarankan you all cuba makan dan rasai sendiri makanan kat California Steak House & Steamboat.



Kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai restoran ini, you all boleh hubungi pihak mereka atau rujuk pada website restoran ini. Di bawah ni, ena ada sertakan nombor telefon dan link website sekali.
Telefon:

1) 012 4797584 ( Chef Shuib)
2) 019 2196800 ( Nor Haslina )


Website:


More Nyummy Here

Monday, May 19, 2014

MEREKA DI U-CAFE | BLOGGERS


MEREKA DI U-CAFE | BLOGGERS | Setiap kali ada event mana mana, mesti akan timbul satu perasaan dalam hati iaitu perasan yang terlampau gembira. Excited! Over excited! Excited sebab teruja nak jumpa para blogger yang lain. Terutama blogger yang belum pernah ena berjumpa dan blogger yang terkenal serta hebat seperti Abang KIDAbang Hazman Fadzil dan ramai lagi.

Ada yang bertanya dengan ena, "best ke blog ni??? Macam tak ada life je". Bagi ena memang sangat best dan blog adalah salah satu sumber bagi ena untuk mengenali apa itu erti kehidupan diluar sana. 

Salah satu faktor yang membuat ena suka berblog adalah sebab ini lah. Ena dapat berjumpa dengan kawan kawan dari seluruh Malaysia, ena dapat memperluaskan ilmu ena bila dapat berkawan yang mempunyai personaliti yang berbeza beza dan ena dapat ramai lagi kawan kawan. Sejujurnya, ena ni suka berkawan dan suka bergaul dengan orang.


Ketika event Food Review di U-Cafe WangsaWalk pada dua tiga minggu yang lepas, ena telah berjumpa dengan para bloggers yang belum pernah berjumpa serta yang pernah berjumpa. Tetiba rasa malu menimpa nimpa tapi dalam hati seronok yang amat sangat.


Gadis gadis pingitan, Kak InnanieKak Mastura dan Kak Wiida. Hehehe. Untuk pengetahuan you all, ini kali pertama ena berjumpa dengan mereka bertiga ni. Semua memang sporting. Cantik dan comel pula tu. 


Dengan para ibu yang awesome, Kak Nadia dan Kak Nory. Ena baru perasan yang Kak Ida tak ada dalam gambar. Mereka bertiga ni memang tak boleh dipisahkan sebenarnya. Sahabat karib okay. Hehehehe. 


Dengan Abang KID dan Abang Jamar. Nak bergambar dengan Abang Eizil tapi malu pula nak ajak sekali bergambar. Hehehe.


Comelkan Kak Innanie ni. Hehehe. Ramai lagi blogger yang hadir tapi tak sempat nak bergambar macam ni. Sebab masih segan nak bertegur masa ni. Tapi sekarang memang berborak rancang di facebook. Next time jumpa lagi, insyaAllah tak adalah segan segan lagi.

Kat bawah ni, ena nak letak gambar gambar kenangan kami ketika di U-Cafe Wangsa Walk, Wangsa Maju






You all boleh terjah entry ena yang terdahulu mengenai cafe ini. 

Pengenalan U-CAFE: 

Menu menarik di U-CAFE: 



More Nyummy Here

Sunday, May 18, 2014

1ST MINI GIVEAWAY BY ATIKAH AZIZ



1ST MINI GA BY ATIKAH AZIZ | Alhamdulillah, hari ni ena join GA yang dianjurkan oleh Atikah Aziz yang berlangsung selama 2 minggu iaitu dari 18/5/2014 (Sunday) hingga 31/5/2014 (Saturday). Terima kasih ye Cik Lyeen sebab pilih blog ena sebagai blog pilihan Lyeen. Terharu sangat.

Apapun, kalau nak ketahui syarat selanjutnya, you all boleh klik banner kat atas ye. Senang je syarat syarat yang dikenakan~



Hadiah untuk para pemenang merupakan:-


1) Cash RM50 x 1
2) Top Up RM10 x 1
3) Top Up RM5 x 2



Blog pilihan ena kali ini ialah:-

1) http://imashue.blogspot.com (Eimma's Land)
2) http://www.masturarama2.blogspot.com/ (Mastura Rama Rama)
More Nyummy Here

Saturday, May 17, 2014

LIEBSTER AWARD | PART 2 | EIMMA'S LAND


LIEBSTER AWARD | PART 2 | EIMMA'S LAND | Liebster Award semakin lama makin meluas penyebarannya. Dan kali ini, ena terkena lagi sekali dan di tag oleh EIMMA'S LAND. Terima kasih kepada blogger yang comel momel ni sebab tag ena sebagai blogger pilihan Eimma. Maaf sebab ena terlambat nak jawab semua soalan yang telah ditujukan kepada ena. 

Tapi kali ni ena jawab soalan je ye. Nak bina soalan dengan tag blog pilihan ena, maaf ena tak dapat nak sertakan sekali. Okay mari kita lihat apa soalan  dan jawapannya:-


1) SEJAK BILA AND MULA BERBLOG?
    Dah lama ena berblog, sejak tahun 2010 lagi tapi masa tu tak aktif sangat macam
    sekarang. Time aktif masa kahir bulan tahun 2012

2) NAMA BLOG ANDA?
    Ainaa Roseberry

3) APA PENDAPAT ANDA TENTANG BLOG EIMMA'S LAND? 
   Pada pendapat ena, blog okay, ringan, senang nak baca entry. Cuma kalau boleh 
   buang 'titisan hujan' tu rasanya lebih better sebab benda tu agak kacau ketika proces
   pembacaan.

4) SIAPA YANG PALING ANDA SAYANG?
   Selain Allah SWT dan Rasulullah SAW, of course my family. Whatever happened,
   family is my priority. 

5) STATUS ANDA? 
    Masih bujang selamat tapi dah tak available. Hati ku sudah berpunya

6) BEST TAK BERBLOG?
    Alhamdulillah, setakat ni ena rasa best.

7) BILA ANDA MARAH, APA YANG ANDA LAKUKAN?
    Kalau ena marah dengan manusia, ena lebih suka on the spot cakap kat orang tu. Tapi
    kadang kadang ena suka diamkan diri kalau membabitkan orang yang ena sayang. Tak
    pun pergi tidur. Ena memang tak boleh serabut sangat, nanti migrain

8) SUKA MAKE UP TAK?
   Ikut mood. Hahaha Tapi tak adalah suka make up yang melampau lampau.

9) DEFINISI CANTIK BAGI ANDA BAGAIMANA?
  Bagi ena, kekemasan dan kebersihan itu adalah definisi cantik bagi ena.

10) BLOG MACAM MANA YANG ANDA SUKA?
      Sejujurnya, ena lebih suka blog yang kongsikan pasal makanan dan pelancongan. 

11) BERAPA BINTANG ANDA BOLEH BERIKAN KEPADA BLOG EIMMA'S LAND? 
     Ena bagi 6 bintang daripada 10 bintang. 




Itu sahaja jawapan yang ikhlas dari ena. Kalau tak menjawab sangat soalan yang diberikan, ena minta maaf ye. Dan lagi sekali, minta maaf sebab ena tak dapat nak sertakan 11 soalan dan tag kawan kawan blogger yang lain.

More Nyummy Here