AYAM GHANTARI PUCHONG
AYAM GHANTARI | Selamat sejahtera. Hari ini ena ingin membawa you all ke satu tempat makan yang diberi nama Ayam Ghantari (Click). Kedai makan ini terletak di Lokas Makana Puchong Utama, kalau tak tahu sila guna GPS ye.
Tempat makan ini baru ditubuhkan pada bulan 12 tahun 2013 dan di Puchong merupakan tempat yang pertama kedai makan Ayam Ghantari ini ditubuhkan. Namun, Ayam Ghantari ini telah meluaskan sayapnya di Taiping, Kuala Terengganu dan Keramat, malah ingin membuka branch yang baru di kawasan Putrajaya dan juga Damansara.
Fanpage: https://www.facebook.com/ayamghantari (Click)
Website: http://www.ayamghantari.biz/ (Click)
APA ITU AYAM GHANTARI??
"Ghanta" bermaksud kehendak atau kemahuan dalam Bahasa Jawa yang membawa erti kemahuan untuk mencipta sesuatu yang luar biasa untuk dipersembahkan pada semua tentang ayam kampung dan selera asia nusantara. Malah "Ri" pula diambil semperna nama salah seorang pengasas Ayam Ghantari iaitu saudara JASRI.
"Ghanta" bermaksud kehendak atau kemahuan dalam Bahasa Jawa yang membawa erti kemahuan untuk mencipta sesuatu yang luar biasa untuk dipersembahkan pada semua tentang ayam kampung dan selera asia nusantara. Malah "Ri" pula diambil semperna nama salah seorang pengasas Ayam Ghantari iaitu saudara JASRI.
Ayam Ghantari ini sebenarnya makanan dari negara jiran iaitu Indonesia namun segala ramuan dibuat secara try and error, maksudnya disini adalah tiada tunjuk ajar dari mana mana chef mahupun tukang masak dari negara jiran. Direka oleh orang Melayu kita dan diadun sampai sama rasa dengan resepi original dari Indonesia
MASA OPERASI
Day: Monday - Sunday
Time: 6pm - 12 am
Lokasi: Lokas Makana Puchong Utama
KEISTIMEWAAN AYAM GHANTARI
Keistimewaan ayam ghantari ini terletak pada sos nya iaitu sos ghantari dan sos taliwang. Dua dua sos ini akan disapukan ke atas ayam mahupun iga (tulang rusuk) ketika proses pemanggangan. Ikut selera setiap individu, nak perisa ghantari atau tawilang. Sos ghantari agak manis rasanya namun sos tawilang rasanya agak pedas. Dua dua sos ini merupakan "Secret Recipes" di sini bagi menyedapkan lagi menu yang ada.
Selain itu, ayam ghantari menggunakan ayam kampung organik "baby" (yang kecil) dan ayam kampung organik "dara" (muda). Keistimewaan ayam ghantari ini terletak pada empuknya ayam kampung yang dihidangkan.
Dibawah ini ena nak sharekan gambar serba sedikit menu yang ada di sini. Maaf gambar kurang cantik sebab kurang pencahayaan.
![]() |
Ayam Ghantari Set Nasi Kukus : RM 7.00 |
![]() |
Puyuh Ghantari Set Nasi Kukus: RM 7.00 |
![]() |
Barongan ( Iga dan Ayam Kampung) : RM 20.00 |
![]() |
Iga Ghantari Set Nasi Kukus : RM 12.90 |
![]() |
Jagung Ghantari. Menu yang terbaru dan masih belum diletak dalam menu makanan. So harga masih tidak diketahui. |
Apalagi, jangan lepaskan peluang untuk rasa ayam ghantari ni macam mana. Jom bawa kawan kawan, family serta orang orang yang you all sayang ke sini. Memang sedap sangat sehingga menjilat jari kaki. Ehhhhh. Hehehe. Ena asyik teringat ingat akan keempukkan daging ayam dan daging iga di Ayam Ghantari ni. Perut sudah berbunyi. Sob sob sob.
Kalau nak mengetahui dengan lebih lanjut, you all boleh menghubungi mereka di:-