Saturday, December 13, 2014

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUANTAN | RESTAURANT & CAFE SANTAI


TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUANTAN | RESTAURANT & CAFE SANTAI | Baru baru ini ena berpeluang untuk makan berjemaah bersama dengan Group PBL ena di satu restaurant yang paling terkenal di Kuantan Pahang iaitu Restaurant & Cafe Santai.

Restaurant & Cafe Santai ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Jalan untuk Tanjung Lumpur sama hala untuk ke Teluk Chempedak kalau melalui jalan pusat bandar. So memang sangat mudah untuk ke Tanjung Lumpur ini. Nak menggunakan GPS atau Waze pun boleh. Akan direct ke restaurant ini.



Salah satu yang menarik pada tempat makan ini adalah reka bentuk restaurant ini yang sangat cantik dan menerapkan konsep 'santai'. Santai bermaksud ketenangan, so bila pelanggan datang makan di sini akan mendapat ketenangan sambil melihat suasana yang ala-ala dalam Garden ni. Mungkin sebab itulah nama kedai ini adalah SANTAI

Masa ena pergi sini adalah waktu malam, so kamera handphone ena tak dapat nak snap suasana yang cantik yang ada di restaurant ini. Ena pernah datang waktu siang, memang betul betul menarik perhatian ena tapi tak sempat pula nak snap snap. Mula mula ena ingat resort atau homestay, rupa rupanya kedai makan.



Kita boleh pilih area untuk menjamu selera. Boleh makan kat luar, di pondok pondok atau makan kat dalam bangunan Restaurant & Cafe Santai ini. Ikut kepada keselesaan masing-masing. 

Pada mulanya, kami memilih untuk makan dalam pondok buluh ini sebab keluasannya sangat sesuai untuk bilangan kami yang ramai ni. Tambahan pula, kalau makan kat sini mungkin lebih selesa sebab kena duduk bersila ketika makan. Tiada kerusi, cuma ada meja sahaja. Namun, akibat cuaca tidak mengizinkan, kami terpaksa pindah makan di dalam bangunan sahaja. 




Di Restaurant & Cafe Santai ini menyediakan pelbagai jenis makanan. Makanan western pun ada, makanan masakan panas pun ada dan pelbagai lagilah. Ena pernah juga dengar dari mulut orang bahawa tempat makan ni sememangnya sangat femes dengan kesedapan makanannya. Dan apabila turn ena pula merasa, memang ena percaya dengan kata kata mereka. Sedap dan sangat menyelerakan.

Ketika ena dengan group PBL ena makan kat sini, kami memilih untuk makan nasi dan memilih lauk lauk yang dimasak panas. Kami memilih tiga jenis menu ikan siakap sebagai menu utama. Antaranya adalah:

Siakap Tiga Rasa

Siakap Dua Jiwa

Siakap Steam Asam Boi


Selain itu, kami memilih menu sampingan sebagai pelengkap makan malam kami ketika ini. Banyak juga yang kami order. Antaranya adalah:-


Khailan Ikan Masin

Ayam Gajus

Tomyam Campur

Udang Celup Tepung

Alhamdulillah, memang sangat berpuas hati bila makan kat sini. Bersih dan layanan dari pelayan pun sangat bagus. Masa menunggu pun tak lama walaupun ketika itu pelanggan agak ramai. Tidak menyesal kami memilih tempat ini sebagai tempat untuk makan malam bersama sama.

Ena berharap dapat makan kat sini lagi dengan family ena yang lain. Harga pun berpatutan dan tidak terlampau mahal. Bagi yang sedang mencari kedai makan yang sedap di area Kuantan ini, ena sarankan you all datang ke mari. Nescaya you all akan makan hingga menjilat jari. 




Itu sahaja review dari ena. Maaf gambar agak kurang berkualiti. Main snap je sebab tak sabar nak jamah makanan ketika berada ini. 



Share

Other Article

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUANTAN | RESTAURANT & CAFE SANTAI
4/ 5
Oleh

18 Comments

Comments
avatar
13.12.14

tanjung lumpur mmg best klau behenti makan.. lama dah x kesini

Reply
avatar
14.12.14

nyum.. nyum.. boleh lah nanti kot-kot fyna sampai sana kan, boleh lah cuba kan.

Reply
avatar
14.12.14

nampak menarik tempat ni, boleh cuba nanti bila datang ke kuantan :)

Reply
avatar
14.12.14

Siakap 2 jiwa tu rasanya Macammana ?

Reply
avatar
14.12.14

tetiba rasa lapar tgk gmbr makanan.. heheh

Reply
avatar
14.12.14

Kemain meriah nampak menu tueee... buat orang lapar jer . Dah ler mood malas masak niee .

Reply
avatar
15.12.14

bila sampai kuantan nanti , leh la cari restoran ni ... meleleh jer tgk mknn tu .

Reply
avatar
15.12.14

Siakap 2 jiwa tu rasanya macam mana?

Reply
avatar
16.12.14

cantik tempat ni..suasana dia best. hidangan pun menggoda anak tekak ni..huhu

Reply
avatar
16.12.14

Nampak menyelerakan

Reply
avatar
19.12.14

Amboi sedapnya dia makan kali ni tak ajak hehehe.... Nanti turun Ktn Belanja Mahamahu ok..

Reply
avatar
21.12.14

sedapnya makanan tu. semua nampak sedap. paling best kalau makan dapat duduk bersila tu. hehehe XD

Reply
avatar
22.12.14

nnti kalau kak ida pergi kuantan singgah sini ok! hihi

Reply
avatar
29.12.14

Menggugat keimanan la akak tgk menunya...oh my! Sedap ya Allah...ish nak bookmark entry dik ena ni...next time kena pi, thank you dik review tempat makan best2 aummmmmmmmm

Reply
avatar
30.12.14

last ke kuantan tahun lepas rasanya.. harusla makan di tg lumpur tp tak ingat da kedai mana..

Reply
avatar
19.9.15

Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

Reply
avatar
29.10.15

Mahal x kalau nak bawak famly mkn??

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)