SHAWL CANTIK DAN MURAH | IRRARALABEL

by - Tuesday, December 09, 2014



SHAWL CANTIK DAN MURAH | IRRARALABEL | Dah lama ena teringin sangat nak memiliki shawl sequin sebab tengok kawan sekulliyyah pakai, lawalah pula. Lagipun, kawan ena tu memang lawa orangnya. Ena ni memang jenis suka mengumpul bermacam jenis tudung. Pantang tengok tudung cantik cantik, mesti ena nak beli. Kadang kala, kena tahan nafsu juga sebab fikirkan duit perlu digunakan untuk benda yang lebih wajib.

Baru baru ni ada rezeki lebih, ena beli satu shawl sequin mewah dari IGSHOP: IRRARALABEL. Ena dah lama berkenan dengan shawl ni sebab sequinnya memang sangat mewah! Maksudnya banyak. So, ena memilih warna Gold. 



IRRARALABEL ini diusahakan oleh kawan blogger kesayangan ena iaitu kak Mastura Rara. Ena kenal beliau ketika dia belajar di Tanjung Malim dahulu, selalu lepak dengan dia kat Tanjung Malim. Sekarang kak Rara dah habis degree dia dan ena pula sambung degree kat Kuantan ni, so memang dah lama tak berjumpa dengan dia. Rindu pula. Entah bilalah diri ini dapat jejak kaki kat Kelantan tu.


Lets follow my new IGwww.instagram.com/_inaainaa

Okay mengenai tudung ni, ena berpuas hati sangat dengan materialnya sebab tak jarang, labuh dan mudah dibentuk. Ena memang sangat ambil berat 3 perkara penting ni ketika beli tudung. So, memang tak menyesallah melaburkan duit yang ada untuk beli shawl di IRRARALABEL.

Ada banyak lagi shawl yang cantik dan murah baru keluar. Rambang mata ena dibuatnya, rasa membuak buak nafsu ni nak beli kesemua tudung. Tapi cuba mengawal diri sebab seperti yang dikatakan tadi duit banyak diperlukan. Sobs! 





Ena paling berkenan yang Mutiara Shawl tu. Lain dari yang lain, lepas tu ada ropol ropol kat atas kepala pula tu. Comel! Arrrgggghhh! Doakan ena dimurahkan rezeki ye supaya dapat grab satu Mutiara Shawl tu. Ahaks.

Oleh itu, ena sarankan you all untuk beli shawl cantik dan murah di  IRRARALABEL. Memang you all akan berpuas hati dengan kualiti semua jenis shawl yang dijual. Dan juga ini kali ketiga ena beli shawl kat Kak Rara sebab semuanya cantik cantik. Jatuh hati dan berpuas hati! 

Jom you all, kita usya IGSHOP kak Rara ni. Ada banyak lagi jenis jenis tudung yang dijual. Lets check it outchaaa~


IGSHOP:








You May Also Like

11 Comments

  1. cantik warna ni sesuai dgn ko

    ReplyDelete
  2. Akak sukaaa shawl...ya Allah ena pakai sequin shawl yellow tu omey sgt...huwaaa akak suka rara ye ig jual mcm2 shawl pernah beli shawl gaza...until now akak dok pakai sbb sedap material shawl rara besttt...huwaaa terpengaruh ni baca ena ye review...terbaikkk

    ReplyDelete
  3. memang cantik. tapi, dah jrg pakai shawl. tak reti dah nak lilit2... hehhe

    ReplyDelete
  4. cantik cantik shawl rara buat :)

    ReplyDelete
  5. Cantikkkkkkk sangat shawl sequin ni Ina ... memang sesuai ngan Ina.

    ReplyDelete
  6. Santek ena pakai shawls ni. Pandai menggayakan yeeee

    ReplyDelete
  7. aina cantik. pakai ape pun cantik la sygg

    ReplyDelete
  8. suka la yang itam bunga pink tu

    ReplyDelete
  9. ppeewwiittt.. lawa lah shawl tue.

    ReplyDelete
  10. Orang cantik makan cantik bila pakai shawl cantik ... hoho .. lala....

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete