Monday, December 08, 2014

SEDAP! | JERUK BELLA'S ASAM BOI


SEDAP! | JERUK BELLA'S ASAM BOI | Tudia tudia, akhirnya lagi sekali ena beli Pelam Asam Boi yang masih hot dan digemari oleh orang ramai. Memang ena suka pelam macam ni, still rangup dan tak ter'jeruk' terlampau lama. Kiranya masih terasa fresh buah pelam tu. Ngap ngap ngap.

Dan juga ena beli pada tempat yang sama iaitu di Jeruk Bella's Asam Boi. Sedap sangat Bella ni buat. Memandangkan Bella ni stay area Kuantan dan dia buat COD di sekitar area Kuantan, so ena bebas dari kena bayar postage. Ahaks. 


Haaa, itulah dia owner Jeruk Bella's Asam Boi. Suka tengok dia sama dengan ena suka makan jeruk yang dia buat. Hehehe. Hari ni sambil buat kerja kulliyyah dengan kerja blogging, sambil itu juga ena ngap ngap ngap pelam asam boi tu sampai habis satu balang. Haaaa! Harini beli, harini juga habis. Nampak tak kesedapan kat situ. Lagi best, tak sakit perut pun ena. Tapi tak mahu cakap besar, mana tahu tengah malam nanti perut not behave. Mampuih cek!

Walaupun ada yang kata pada ena, "Alaaahhhhh boleh buat sendiri kot benda ni! Senang jeeee" tapi ena tetap nak makan pelam asam boi dari Bella. Lagipun, manalah ena sempat nak buat semua tu plus dengan mood yang sentiasa malas. Cannot give commitment. Uhuks! Kantoi.



Apapun, you all memang patut rasa Jeruk Bella's Asam Boi. Bagi yang area Kuantan, anda anda dan anda wajib beli. Haaaaaa! Gurau je. Ena tahu ada sesetengah antara kita tak gemar makan jeruk, so tiada paksaan untuk yang terkecuali tu ye. Tapi nak merasa apa salahnyakannnn. Kot kot manalah tahu lepas rasa pelam asam boi yang Bella ni buat, terus jadi suka dengan jeruk. Ahaks. 

Okaylah, setakat itu sahaja. Oleh itu, kepada yang nak order bolehlah PM ke Bella di....



FANPAGE:



FACEBOOK:



Share

Other Article

SEDAP! | JERUK BELLA'S ASAM BOI
4/ 5
Oleh

12 Comments

Comments
avatar
8.12.14

Tengok pun macam dah sedap je :)

Reply
avatar
9.12.14

nasib baik akak bukan penggemar jeruk! hehehehe :) kalau tak mau terliur tu!

Reply
avatar
9.12.14

oittttt..... terliuq nyaaa...hrtu ada bli..kt pasar...tp mcm stok lama..sbb dh lebik2 sgt...tp sbb dh teringin beli je la..hehe

Reply
avatar
10.12.14

yummmy...semalam sis tengok terliur habis...ish terasa nak buat sendiri tp x terbuat adeh maknannya kena beli la ni weeeeeee

Reply
avatar
10.12.14

jeruk mangga asam boi memang sedap Ena..lagi² yang rangup tu

Reply
avatar
12.12.14

Saya ini hantu jeruk. Silap kalau ajak sebab sebalang memang boleh licin begitu sahaja. :)

Reply
avatar
12.12.14

telan air liur.. teringin nyeeee

Reply
avatar
14.12.14

errrkkk.. yang tak bestnya fyna tak suka makan masam-masam.

Reply
avatar
17.12.14

Kenapa la baca post ni hahahaha kan dah teringin T_T Aaaaa

Reply
avatar
25.12.14

Memang sedap jeruk mempelam asam boi. Hari tu adik ipar buat .. tak sampai 15 minit habis licin ..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)