Tuesday, December 23, 2014

PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO | EVENT ENCIK MIMPI


PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO  | EVENT ENCIK MIMPI Pada baru baru ini, ena diberi peluang untuk makan di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo bersama dengan para blogger yang lain. Ena memang mengidam lama dah nak makan kat sini sebab banyak feedback yang bagus dari ramai pihak. Memandangkan ena memang suka yang amat sangat makan Steamboat yang ada BBQ ni. Tambahan pula, tempatnya yang berkonsepkan " All you can eat "

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo ini terletak di eCurve Mall, Mutiara Damansara Petaling Jaya. Kalau tak tahu jalan ke mari, boleh guna waze menghala ke mall ini. eCurve mall ini juga berdekatan dengan IKEA dan bersebelahan dengan The Curve. Selain itu, Pak John Steamboat di sini merupakan cawangan yang kedua selepas cawangan di Wangsa Walk, Wangsa Maju.


SUASANA DI PAK JOHN STEAMBOAT ECURVE


Apa yang lebih menarik di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo di sini berkonsepkan seperti yang ena katakan pada perenggan pertama iaitu "All you can eat". You all boleh makan sampai lebam dengan hanya sekali bayaran untuk seorang. Nak duduk sini dari pagi sampai ke malam pun boleh. Namun, berbeza dengan cawangan di Wangsa Walk yang menggunakan konsep set. So bagi mereka yang tak makan banyak bolehlah makan Pak John Steamboat di cawangan Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Apa keistimewaan yang terdapat di Pak John Steamboat & YongTao Foo di eCurve adalah makanannya dihidangkan lebih daripada 100 jenis sayur sayuran, daging, makanan laut, barangan steamboat (sos, kicap dan etc), desert, makanan ala carte, teppanyaki dan juga minuman. You all boleh rasa kesemuanya sampai lebam hanya dalam satu bayaran sahaja. 





Menarik bukan makanan kat sini? Selain itu, kemudahan yang disediakan kat sini adalah you all boleh buat aktiviti seperti menyambut hari jadi, event besar besaran nak ajak artis ke menteri menteri ke dan juga nak makan malam beramai ramai. Yang pasti, layanan dari pelayan pelayan di Pak John Steamboat memang the best.


EVENT ENCIK MIMPI DREEMERS FANS CLUB GATHERING

Ena datang makan kat sini disebabkan ada event dari artis yang sangat popular iaitu Encik Mimpi. Ena dijemput khas dari pihak Hai Blogger! iaitu Halim Brothers, demi memeriahkan lagi event ini.



Pada hari tersebut, Encik Mimpi Dreemers Fans Club Gathering memilih Pak John Steamboat ini sebagai tempat pilihan untuk berjumpa dengan para peminat Encik Mimpi. Encik Mimpi juga turut hadir dan ada bersama dengan para peminat ketika sedang kami menjamu selera di sini. Ena baru tahu ini merupakan gathering kali yang kedua yang diadakan oleh Dreemers Fans Club Gathering.

Alhamdulillah, ena juga bahagia sebab dapat jumpa Encik Mimpi secara live dan bercakap dengan beliau secara live. Encik Mimpi memang sangat sporting orangnya, so kami tak rasa segan untuk berbual mesra dengan beliau.




Motif event ini dilakukan untuk mengeratkan hubungan silahturahim bersama peminat Encik Mimpi yang datang dari seluruh negeri. Ada yang datang dari Sarawak tak silap ena. Nampak tak betapa meriahnya ketika ini. Selain itu, demi untuk menggembirakan hati para peminat, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti persembahan akustik dari Encik Mimpi and friend, lucky draw, games dan yang paling gempak, boleh join menyanyi bersama sama dengan Encik Mimpi dalam video clip lagu baru beliau iaitu " Definisi Persahabatan".

Dan lebih menggembirakan hati ena adalah ketika lucky draw, nama ena ada disebut sebagi salah satu pemenang lucky draw. Ya Allah, betapa gembiranya hati ini. Dah la dapat makan sedap sedap di Pak John Steamboat, dapat pula hadiah dari Encik Mimpi. Tak sia-sia ena datang dari jauh semata mata untuk event ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.




MAKANAN DAN BLOGGER

Ena selaku blogger yang kuat melantak, sudah pasti ena akan ambil sebanyak mungkin makanan yang terdapat di sini. Cuma dah dapat merasa semua sebab perut sudah full! Kalau duduk lebih lama, mungkin boleh masuk lagi. Har har har. Bukan apa, memang jadi rambang mata dibuatnya bila berada kat sini. Yang ena paling suka Hot Plate atau lebih dikenali BBQ. Memang ena suka bab BBQ ni. Macam macam jenis daging dan ayam ena ambil, semuanya memang terbaik! Lembut dan mudah di masak. 




Terdapat dua jenis steamboat ni, satu sup dan satu lagi tomyam. Siapa yang tak makan pedas seperti ai is bolehlah makan yang sup ni tapi mana yang jenis tak kisah, boleh makan dua dua sekali. Terpulang terhadap selera anak tekak masing masing. Yang pasti, dua dua rasa steamboat ni memang sedap!!! Superb!

Maaf, kejadian 'TITANIC of SPOONS' berlaku ketika ini. Kah!






Aiskrim potong ni memang terbaik rasanya. Cukup lemak, cukup manis dan cukup rasa perisanya. Ada banyak perisa yang boleh kita pilih seperti red bean, laici dan pelbagai lagi tapi ena pilih durian. Kegemaran ni.

Itu sahaja yang ena sempat snap snap. Yang lain boleh rujuk pada instagram ena iaitu Ina Ainaa dan kalau nak tahu lebih lagi, marilah cuba makan kat sini. Hanya sekali bayaran dan you all boleh makan sampai lebam.

Selain itu, ena ingin ucapkan ribuan terima kasih bagi para blogger yang turut hadir dan makan semeja dengan ena, kerana you all lah jadikan hari ena lagi bertambah ceria. Yela, selama ni hanya berbual dan kenal melalui lama social sahaja dan pada hari tersebut, kita dapat berbual mesra secara face to face. Alhamdulillah



PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FUU

Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor,
Ecurve. No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
Petaling Jaya,
Malaysia

Website:




Share

Other Article

PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO | EVENT ENCIK MIMPI
4/ 5
Oleh

8 Comments

Comments
avatar
24.12.14

Dah 2 kali makan kat Pak John , Memang sedap . tambahan tang aiskrim letak atas waffle, sedap nyaaaa .

Reply
avatar
24.12.14

wah bestnya kak , hehehe :)

Reply
avatar
24.12.14

Pak John mmg best, seronok makan2 meriah tgk menu weeeeeeee

Reply
avatar
24.12.14

oittttt...xaciiiii...heehe...byk jgk menu2 yg dipaparkan.. klu duk kl kan syok leh join..entah bila la nk jumpa si ena yg comel ni.. hehe..apa pun seronok tgk pgalaman korang smua dpt jumpa en.mimpi.. :)

Reply
avatar
28.12.14

ramai blogger datang sini nampaknya..ohohoh

Reply
avatar
30.12.14

daripada drooling tengok makanan akak lagi drooling tngk encik mimpi..!!! T.T huwaaaaaa nape tak ajak akak skali huwaaaaa ini tidak adil tidak adil.. hancur haaatiku.

Reply
avatar
30.12.14

ramai blogger dah makan kat sini kan..memang best sebab banyak menu pilihan tu

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)