MEE UDANG MELETOP | D'LAILA MEE UDANG | MMA SANTAI CORNER

by - Sunday, December 28, 2014


MEE UDANG MELETOP | D'LAILA MEE UDANG MMA | SANTAI CORNER | Berasa sangat gembira apabila hajat dan keinginan di hati selama ni tercapai. Ena dah lama mengidam makan mee udang tapi tak tahu nak cari tang mana yang menyediakan mee udang yang sangat marvellous. Nak pergi ke Taiping jauh sangatlah pula. Nak makan yang instant punya, memang tak rasalah kemanisan rasa rasa udang yang fresh. 

Perancangan Allah memang sangat menakjubkan. Well said, setiap kejadian itu ada hikmahnya. So nak dijadikan cerita, baru baru ni ena dengan kawan ena kononnya nak pergi makan sate tulang dekat Nilai. Pusing punya pusing, cari punya cari, entah kemana kami pergi. Last last landing dekat depan MMA Santai Corner ni. Almaklumlah, perut sudah lapar. Hantam sajalah labuuu memana pun janji perut di isi dengan segera.

Bila skodeng apa yang ada kat MMA Santai Corner ni, tengok tengok eeehhh macam konaiii jee, macam serupaaa jeee. D'LAILA MEE UDANG terpampang besar di depan mata kami. Inilah kedai makan yang menyediakan mee udang yang sedap diperkatakan oleh orang lain selama ni. Bergegas kami ke sini nak order. Well, orang lain merasa, kita pun nak juga. 



Tengok menu, dah keliru nak makan yang mana. Ada mee udang, ada mee ketam, ada mee udang galah. Kesemua mee ni ena dah lama teringin nak makan. Turutkan hati nak rasa kesemuanya tapi takut membazir pula nanti. Next time ada lagi, insyaAllah. So ena dan kawan ena pilih mee udang yang ada 5 ekor udang berharga RM7. Nak beli yang 10 ekor udang yang berharga RM12, tapi takut tak habis dan membazir pula.


Mee Udang (5 ekor udang) : RM 7
Mee Udang (10 ekor udang) : RM 12
Mee Ketam : RM 10
Mee Udang Galah : RM 12


RASA D'LAILA MEE UDANG, MMA SANTAI CORNER

Pertama kami hirup kuah mee udang ni, terus terbeliak mata kami. Sedapnyaaa! Ya Allah, sedapnyaaaa. Serius tergamam kami dibuatnya. Memang puas makan mee udang kat sini. Cukup rasa, pekat kuahnya dan kuantiti pun banyak. Pedas tu boleh tahan juga dan ena makan memang meleleh air mata. Maaf, ena ni memang jenis tak tahan pedas tapi tengah belajar makan pedas. 

So kepada yang ada di area Bandar Baru Nilai, bolehlah ke mari untuk menikmati mee udang meletop letop ni. Sangat mencengkam rasa keenakkan mee udang di sini. Kalau tak tahu jalan ke mari, boleh waze ke MMA Santai Corner. InsyaAllah akan sampai. 

Itu sahaja dari ena. Tak dapat nak snap sangat suasana kat sini sebab masa ni penuh dengan orang, ena jadi segan. Mereka semua datang kemari sebab tengok perlawanan piala Suzuki antara Malaysia dengan Thailand. 


You May Also Like

12 Comments

  1. Terbaiklah. Tengok pun berselera. Maggi ketam penah try tak?

    ReplyDelete
  2. sedapnyeeee...lapo tengok..ehehe

    ReplyDelete
  3. Mee Udang meletop ni ya Allah sedap yerrrrrr...fuhhh kalau dpt makan sekarang leh bertambah2 ni...huwaaaaa nak pi la time free nanti...makan ramai2 dgn family baru syiokkk

    ReplyDelete
  4. sedapnyaa mee udang :D memang terbaik makan dekat sini :D

    ReplyDelete
  5. kalau dapat mee udang galah , lagi terangkat tu ... ada rezeki , sampai lah anti ... terliur tgk ...

    ReplyDelete
  6. Anonymous30.12.14

    Enaaaaa..!!! yes yes akak dah cam. mana dirimu menghilangkan diri ? apa yang terjadi ? ke da tukar link oooor what..??? explain please. akak cuba cari Enaaa tapi tidak kutemui..

    ReplyDelete
  7. Bestnyaa.. hujan2 nie terliur pulak..

    ReplyDelete
  8. baru je makan malam tadi..memang sedap..puas makan udang tu

    ReplyDelete
  9. Glup! Sedapnya mee udang! Akak pun dah lama tak makan mee udang nih.. Pernah makan yg kat taiping tuh.. Pergh! Memang terbaik.. Akak bukan yg jenis suka makan makanan jenis mee2 ni.. Tp sekali dah rasa udang Hj Salleh kat Taiping ari tu, terus jatuh cinta dengan mee.. Hehe..
    RosmizaAliDotCom™

    ReplyDelete
  10. Dah settle makan mee udang kan....lepas nie boleh singgah makan asam pedas / asam tempoyak atau kari pulak tau... best wooo....

    ReplyDelete