Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, December 23, 2014

KURSUS KREW KABIN | BENGKEL IMEJ DIRI | OLIVES ACADEMY


KURSUS KREW KABIN  | BENGKEL IMEJ DIRI  | OLIVES ACADEMY  | Adakah anda berminat dalam bidang yang membabitkan dalam sektor penerbangan seperti pengurusan kabin kapal terbang atau aviasi?? Atau inginkan diri sentiasa tampak menarik dan juga mahukan peningkatan imej diri?? Olives Academy sedia menyediakan khidmat ini demi mereka yang betul betul inginkannya.

Mesti ramai yang antara kita masih tertanya tanya apakah itu Olives Academy. Ada yang sudah diberikan pendedahan dan ada yang masih tercari cari apakah itu Olives Academy. Oleh itu, teruskan pembacaan dan ena akan dedahkan serba sedikit mengenai Olives Academy.


OLIVES ACADEMY

Olives Academy adalah tempat latihan bagi mereka yang berminat dalam bidang aviation dan hospitaliti. Selain itu, dua bidang ini turut disekalikan dalam bengkel pertingkatkan imej diri yang sangat penting dan diperlukan dalam bidang aviation dan hospitality. 

Tambahan pula, Olives Academy dapat membantu dan melatih para pelajar untuk menjadi seorang krew kabin yang terbaik di mata dunia. Bukan sahaja dapat menjadi seorang krew kabin yang mesra, bertanggungjawab, rajin, ramah dan sopan, tetapi Olives Academy akan menjanjikan penampilan imej diri yang sangat baik untuk negara yang tercinta.


KREW KABIN MALAYSIA TERBAIK DIDUNIA

Untuk pengetahuan anda, Malaysia mempunyai pengiktirafan peringkat dunia dalam bidang hospitaliti penerbangan dan juga terbaik dalam krew kabin pesawat komersil antarabangsa. Sebagai contoh MAS yang telah acapkali menerima anugerah yang berkaitan dengan kategori ini. Hal ini sangat penting untuk Malaysia terutama dalam sektor pelancongan.



Selain itu, perkara yang lebih menarik adalah krew kabin Malaysia turut mendapat perhatian dari syarikat penerbangan antarabangsa dari negara yang lain seperti penerbangan ke Timur Tengah. Reputasi ini menyebabkan permintaan untuk menjadi krew kabin Malaysia adalah sangat tinggi dan peluang pekerjaan yang sangat meluas. Hal ini juga dapat merealisasikan impian mereka yang selama ini inginkan menjadi salah satu krew kabin penerbangan Malaysia.

Namun begitu, untuk menjadi krew kabin yang berwibawa bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Penampilan dan imej seseorang krew kabin yang bagus sangat diperlukan demi memberi keyakinan kepada para penumpang. Oleh itu, penampilan diri, teknik berkomunikasi, cara melayan tetamu dan penumpang adalah perkara yang penting terutama bagi mereka yang bergelar pramugari dan pramugara.


KEMUDAHAN OLIVES ACADEMY

Olives Academy turut menyediakan tempat latihan dan praktikal yang sangat selesa dan menyediakan kemudahan yang lain bagi memudahkan para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan turut melahirkan krew kabin yang sangat berwibawa.


Olives Academy ini tidak hanya menumpukan kepada kursus krew kabin malah turut memberi peluang kepada mereka yang mahu sentiasa nampak menarik dan yang ingin pertingkatkan imej diri supaya lebih persona, anggun dan lebih berkeyakinan.

Olives Academy (1100079-w) adalah sebuah syarikat yang berdaftar demi menyediakan kursus berkaitan dengan persediaan menjadi krew kabin, hospitaliti dan juga bengkel untuk meningkatkan imej diri. Seperti yang diterangkan oleh pihak Olives Academy

Olives Academy provides Airlines Cabin Crew Course, Hospitality, Customer Service, Interviewing Skills and Leadership Skills.
Trainers are former airline employees with extensive experience in recruitment, training and management of cabin crew. 
Head of trainer formerly has extensive and exposure experience in Operation Management Project Planning, Customer Interactions, Retail, F and B Management, Sales and Marketing, Training Development, Recruitment and Hiring for Cabin Crew, Pilot, F and B staffs and had exposure working in Kuala Lumpur, Penang, London, Dubai and Jeddah.


Bagi mereka yang berminat, di sini ada berita baik untuk anda. Kursus Krew Kabin dan Bengkel Imej Diri oleh Olives Academy sedang membuat tawaran dan terbuka bagi semua bumiputera Malaysia. Hal ini demi merealisasikan impian rakyat Malaysia dan turut bersama-sama meningkat lagi prestasi sektor penerbangan negara.

Pengambilan pelajar akan bermula pada awal tahun 2015 dan manakala untuk bengkel imej diri akan diadakan pada 27 Disember 2014.



HUBUNGI OLIVES ACADEMY

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila rujuk pada pihak Olives Academy menerusi maklumat dibawah ini:-


Bengkel Kecantikkan dan Imej
(Grooming and Personal Image Workshop)

Tarikh: 27 Disember 2014 (Sabtu)

Tempat:
Olives Academy, Zenith Corporate Park, Kelana Jaya

Hubungi:
012 8322021 / 03 78877021

Promosi Khas:
Daftar 1 Percuma 1





Share

Other Article

KURSUS KREW KABIN | BENGKEL IMEJ DIRI | OLIVES ACADEMY
4/ 5
Oleh

4 Comments

Tulis Comments
avatar
23.12.14

berani yer kalau naik kapal terbang tinggi2 tu? saya gayat :-) - kedaionlinemy.com

Reply
avatar
24.12.14

erkkk.... xde kelayakan lak hehe...tp bgus kan bidang2 mcm ni.. tambah ilmu pgetahuan.. gdluck untuk mereka2 yg menceburi bidang ni.. :)

Reply
avatar
30.12.14

adoiyai.. tak lepas la hahaha
tngk muka aje kene rejek :P belom bodyline lagi bahahah

Reply