Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, December 31, 2014

2015 | SEMOGA TAHUN YANG LEBIH MENCERIAKAN



2015 | SEMOGA TAHUN YANG LEBIH MENCERIAKAN | Pejam celik pejam celik, lagi beberapa jam lagi nak masuk tahun yang baru iaitu 2015. Selamat tinggal 2014 dan moshi moshi kepada 2015. Begitu girang di hati apabila dah nak masuk tahun yang baru namun jangan dilupakan kenangan ketika di 2014.

Apa yang dah lepas biarkan ia berlalu, jadikan ia satu keazaman untuk teruskan hidup pada tahun yang akan datang. Yang mana baik, dijadikan panduan dan yang mana kurang menyebelahi pihak kita, jadikan ia perisai kepada diri sendiri. Kalau dipanjangkan umur, masih jauh lagi perjalanan hidup ni so think about future. 




Begitu juga dengan diri ena. Ena berharap tahun akan datang didatangi dengan hari hari yang sangat bahagia dan menggembirakan. Tutup buku yang lama dan buka buku yang baru. Jangan toleh kebelakang lagi dan keep moving forward. Yang mana salah silap ena, ena ingin perbaiki dan terus baiki. Umur pun semakin meningkat dan perlu berubah kearah yang lebih matang.

Ena doakan yang terbaik untuk you all. Semoga Allah melimpah kurniakan keceriaan dan rezeki kepada kita semua pada tahun akan datang. InsyaAllah. 

Pada awal tahun ni, macam biasa sebagai pelajar ijazah akan mengharungi minggu peperiksaan untuk semester ini. Begitu juga dengan diri ena yang sedang menghempas pulas mentelaah dan mengulangkaji pelajaran untuk exam yang bakal berlangsung pada hari Jumaat ini dan juga pada hari seterusnya. Oleh itu, doakan ena supaya boleh jawab peperiksaan dengan tenang dan jayanya. 



Share

Other Article

2015 | SEMOGA TAHUN YANG LEBIH MENCERIAKAN
4/ 5
Oleh

6 Comments

Tulis Comments
avatar
31.12.14

happy new year 2015

Reply
avatar
1.1.15

selamat tahun baru ena :)

Reply
avatar
2.1.15

Happy new year ina

Reply
avatar
2.1.15

Good luck for your exam ya...

Reply
avatar
2.1.15

Selamat tahun baru Ena! Semoga berjaya menjawab exam dengan tenang & lulus dengan cemerlang! ^_^
RosmizaAliDotCom™

Reply
avatar
12.1.15

Selamat tahun baru Ena..All the best! eh make up sendiri ke tu?santek!

Reply