Wednesday, December 31, 2014

2015 | SEMOGA TAHUN YANG LEBIH MENCERIAKAN



2015 | SEMOGA TAHUN YANG LEBIH MENCERIAKAN | Pejam celik pejam celik, lagi beberapa jam lagi nak masuk tahun yang baru iaitu 2015. Selamat tinggal 2014 dan moshi moshi kepada 2015. Begitu girang di hati apabila dah nak masuk tahun yang baru namun jangan dilupakan kenangan ketika di 2014.

Apa yang dah lepas biarkan ia berlalu, jadikan ia satu keazaman untuk teruskan hidup pada tahun yang akan datang. Yang mana baik, dijadikan panduan dan yang mana kurang menyebelahi pihak kita, jadikan ia perisai kepada diri sendiri. Kalau dipanjangkan umur, masih jauh lagi perjalanan hidup ni so think about future. 




Begitu juga dengan diri ena. Ena berharap tahun akan datang didatangi dengan hari hari yang sangat bahagia dan menggembirakan. Tutup buku yang lama dan buka buku yang baru. Jangan toleh kebelakang lagi dan keep moving forward. Yang mana salah silap ena, ena ingin perbaiki dan terus baiki. Umur pun semakin meningkat dan perlu berubah kearah yang lebih matang.

Ena doakan yang terbaik untuk you all. Semoga Allah melimpah kurniakan keceriaan dan rezeki kepada kita semua pada tahun akan datang. InsyaAllah. 

Pada awal tahun ni, macam biasa sebagai pelajar ijazah akan mengharungi minggu peperiksaan untuk semester ini. Begitu juga dengan diri ena yang sedang menghempas pulas mentelaah dan mengulangkaji pelajaran untuk exam yang bakal berlangsung pada hari Jumaat ini dan juga pada hari seterusnya. Oleh itu, doakan ena supaya boleh jawab peperiksaan dengan tenang dan jayanya. 



More Nyummy Here

Tuesday, December 30, 2014

PRODUK MERAWAT KESAN ATAU PARUT JERAWAT | GLAMOSKIN


PRODUK MERAWAT KESAN ATAU PARUT JERAWAT | GLAMOSKIN  | Pada entri yang INI ena ada review mengenai produk terbaru dari Legacy Secret iaitu GlamoSkin. Ada juga beberapa orang yang bertanya pada ena untuk ketahui feedback dari ena mengenai produk ini. Oleh itu, feedback dari ena adalah positif. 

Seperti yang ena cakap, produk dari Legacy Secret semuanya sangat berkesan dan selamat untuk digunakan. Bermacam macam produk dari Legacy Secret yang dah ena cuba dan tiada satu yang buat ena menyesal menggunakannya. Tidak ketinggalan juga dengan produk set GlamoSkin. Nak dekat sebulan juga menggunakan GlamoSkin ni dan hasilnya sangat berpuas hati pada kulit wajah ena.


APAKAH KEBERKESANAN GLAMOSKIN PADA KULIT ENA

Yang ena paling suka adalah tiada lagi kesan atau parut jerawat selepas jerawat muka timbul dalam jangka masa yang lama. Sekejap sahaja dah hilang. Ena ni dari dulu sememangnya ada masalah dengan parut jerawat yang jenis degil nak hilang. Maybe struktur kulit muka ena tak berapa betul, so dengan menggunakan GlamoSkin, Alhamdulillah dengan izin Allah, tiada lagi masalah sedemikian.

Jerawat muka pun dah tak kerap sangat naik macam dulu terutama bahagian pipi ena. Jerawat naik seketul dua tu sememangnya normal sebab kekadang ada gangguan hormon atau jari kita tak bersih main pegang je bahagian muka. Tetapi Alhamdulillah, kadar jerawat naik tu dah normal.


BAGAIMANA ENA AMALKAN GLAMOSKIN

Set GlamoSkin terdiri kepada dua jenis iaitu Glamoskin Collagen Gel dan Glamoskin Cleanser. So ena pastikan kedua dua ini akan ditepek pada muka pada setiap hari. Kadang kadang tu pernah juga terskip, biasalah benda ni terjadi bila kepala otak busy memikirkan hal lain.


GlamoSkin Collagen Gel

Glamoskin Collagen Gel ni ena pakai dua kali sehari. Waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Namun, pastikan tempek benda ni selepas muka dibasuh dengan Glamoskin Cleanser. Baru cepat berkesan.

Untuk Glamoskin Cleanser, banyak mana yang ena suka ena akan guna. Rasa muka tak bersih sahaja, ena basuh dengan menggunkan Glamoskin Cleanser. Rasa nak segarkan muka untuk study, basuh muka dengan Cleanser ni dan ambil wuduk selepasnya. 

GlamoSkin Cleanser

Selain itu, ena juga amalkan urutan muka yang betul ketika tempek kedua kedua benda alah ni di muka. Kalau nak tahu, boleh google cara cara urutan yang betul untuk muka. Nescaya muka akan lebih tegang dan lebih bermaya. 

Tambahan pula, jangan lupa jaga cara pemakanan dan amalkan minum air kosong atau air mineral 3 liter sehari. Tapi bagi ena 3 liter pun tak cukup, ena akan minum lebih dari 3 liter setiap hari. Hal ini akan sedikit sebanyak membantu mengembalikan kecantikkan pada muka. Malah bukan sahaja pada muka tetapi anggota badan yang lain juga.


CARA NAK HUBUNGI ATAU ORDER GLAMOSKIN

Itu sahaja dari ena dan ena berpuas hati dengan produk yang kali ini. Yang mana elok dan selamat ena sharekan bersama dengan para pembaca, yang mana effect yang tak bagus ena terus buang dalam tong sampah.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin mencuba juga, bolehlah dapatkan Glamoskin di:



FANPAGE:

LINK TESTIMONI:

LINK VIDEO DARI KOREA:

More Nyummy Here

Sunday, December 28, 2014

MEE UDANG MELETOP | D'LAILA MEE UDANG | MMA SANTAI CORNER


MEE UDANG MELETOP | D'LAILA MEE UDANG MMA | SANTAI CORNER | Berasa sangat gembira apabila hajat dan keinginan di hati selama ni tercapai. Ena dah lama mengidam makan mee udang tapi tak tahu nak cari tang mana yang menyediakan mee udang yang sangat marvellous. Nak pergi ke Taiping jauh sangatlah pula. Nak makan yang instant punya, memang tak rasalah kemanisan rasa rasa udang yang fresh. 

Perancangan Allah memang sangat menakjubkan. Well said, setiap kejadian itu ada hikmahnya. So nak dijadikan cerita, baru baru ni ena dengan kawan ena kononnya nak pergi makan sate tulang dekat Nilai. Pusing punya pusing, cari punya cari, entah kemana kami pergi. Last last landing dekat depan MMA Santai Corner ni. Almaklumlah, perut sudah lapar. Hantam sajalah labuuu memana pun janji perut di isi dengan segera.

Bila skodeng apa yang ada kat MMA Santai Corner ni, tengok tengok eeehhh macam konaiii jee, macam serupaaa jeee. D'LAILA MEE UDANG terpampang besar di depan mata kami. Inilah kedai makan yang menyediakan mee udang yang sedap diperkatakan oleh orang lain selama ni. Bergegas kami ke sini nak order. Well, orang lain merasa, kita pun nak juga. 



Tengok menu, dah keliru nak makan yang mana. Ada mee udang, ada mee ketam, ada mee udang galah. Kesemua mee ni ena dah lama teringin nak makan. Turutkan hati nak rasa kesemuanya tapi takut membazir pula nanti. Next time ada lagi, insyaAllah. So ena dan kawan ena pilih mee udang yang ada 5 ekor udang berharga RM7. Nak beli yang 10 ekor udang yang berharga RM12, tapi takut tak habis dan membazir pula.


Mee Udang (5 ekor udang) : RM 7
Mee Udang (10 ekor udang) : RM 12
Mee Ketam : RM 10
Mee Udang Galah : RM 12


RASA D'LAILA MEE UDANG, MMA SANTAI CORNER

Pertama kami hirup kuah mee udang ni, terus terbeliak mata kami. Sedapnyaaa! Ya Allah, sedapnyaaaa. Serius tergamam kami dibuatnya. Memang puas makan mee udang kat sini. Cukup rasa, pekat kuahnya dan kuantiti pun banyak. Pedas tu boleh tahan juga dan ena makan memang meleleh air mata. Maaf, ena ni memang jenis tak tahan pedas tapi tengah belajar makan pedas. 

So kepada yang ada di area Bandar Baru Nilai, bolehlah ke mari untuk menikmati mee udang meletop letop ni. Sangat mencengkam rasa keenakkan mee udang di sini. Kalau tak tahu jalan ke mari, boleh waze ke MMA Santai Corner. InsyaAllah akan sampai. 

Itu sahaja dari ena. Tak dapat nak snap sangat suasana kat sini sebab masa ni penuh dengan orang, ena jadi segan. Mereka semua datang kemari sebab tengok perlawanan piala Suzuki antara Malaysia dengan Thailand. 


More Nyummy Here

Thursday, December 25, 2014

DUNIAKU BUKAN HANYA DIFACEBOOK | INA AINAA


DUNIAKU BUKAN HANYA DI FACEBOOK | INA AINAA | Tak tahu nak mulakan kata macam mana, tapi inilah kita lihat apabila apabila orang yang terlalu taksub dengan Facebook sampai menyangkakan bahawa orang lain tiada kehidupan yang lain selain Facebook. Sebagai contoh yang sangat ketara: apabila kita buat status sesuatu yang kadang kala tidak ada kaitan dengan orang di dalam facebook tapi orang lain di dalam Facebook tu pula terasa yang status tu tuju pada dirinya. 

Begitulah berlaku pada diri ena. Ena ni ada dunia ena sendiri dan yang pasti dunia ena bukan sahaja di Facebook. Dan bukan hanya di dalam Facebook sahaja ragam manusia yang ena perhatikan, malah orang disekeliling ena perhatikan seperti ragam di universiti, ragam di tempat makan, ragam sahabat handai yang lain yang tiada kaitan dengan facebook atau blogger. Bukan diri ena je, orang lain pun sebegitu. Kita ada commitment yang lain selain Facebook.

Orang sekarang malu nak bertanya terlebih dahulu tapi tak malu main serbu pergi mencaci orang. Bak kata orang putih, orang sebegini adalah "Asshole" dalam bahasa kasar atau lebih sopan "Butthurt". Iye, mungkin difahamkan bagi mereka yang mudah terasa ni mungkin ada melakukan perkara yang diperkatakan oleh status yang dia terasa sangat tu. But think twice and more, it is that for you? Melainkan dia mention nama, itu lainlah cerita.  


KALAU NAK TERASA ITU HAK KAU, KALAU NAK PANAS HATI ITU MASALAH KAU,
TAPI
MOHON JADI CERDIK SEDIKIT


Sila jadi manusia yang cerdik. Kalau rasa ada something wrong better tanya dahulu. Jadikan ia sebagai amalan, bertanya dahulu, selidik dahulu, baru ambil tindakkan. Kalau tak mahu, sila duduk diam dan abaikan.

Selain itu, kes lambat balas message di Facebook dah diburuk sangka. Saiyang Saiyang sekalian, open minded and think flexible. Dan cuba bersabar. Maybe dia ada commitment yang lain yang kita tak tahu.



Betul kata orang, Facebook ni penuh dengan fitnah dan mendidik manusia menjadi 'DUMB' kalau disalah guna. Kadang kala, ena pun jadi alpa juga bila dah masuk dan mengadap Facebook ni. Ena sampaikan ini bukan untuk pihak ena seorang tapi untuk bagi pihak yang lain juga yang turut terjadi benda yang sama seperti ena. 

Ini blog tentang personal ena dan itu pula facebook mengenai personal ena. Dont assume to much from me because I am human also like you. Kadang kadang ena pun ada perasaan marah, kadang kadang sedih, kadang kadang gembira. It is normal things. Namun ena kalau boleh tak nak involve dalam hal peribadi orang kat Facebook terutama para blogger, biar hanya sekadar baca dan like. Komen seketul dua sahaja yang mana perlu.

Itu sahaja dari ena.




More Nyummy Here

Tuesday, December 23, 2014

KURSUS KREW KABIN | BENGKEL IMEJ DIRI | OLIVES ACADEMY


KURSUS KREW KABIN  | BENGKEL IMEJ DIRI  | OLIVES ACADEMY  | Adakah anda berminat dalam bidang yang membabitkan dalam sektor penerbangan seperti pengurusan kabin kapal terbang atau aviasi?? Atau inginkan diri sentiasa tampak menarik dan juga mahukan peningkatan imej diri?? Olives Academy sedia menyediakan khidmat ini demi mereka yang betul betul inginkannya.

Mesti ramai yang antara kita masih tertanya tanya apakah itu Olives Academy. Ada yang sudah diberikan pendedahan dan ada yang masih tercari cari apakah itu Olives Academy. Oleh itu, teruskan pembacaan dan ena akan dedahkan serba sedikit mengenai Olives Academy.


OLIVES ACADEMY

Olives Academy adalah tempat latihan bagi mereka yang berminat dalam bidang aviation dan hospitaliti. Selain itu, dua bidang ini turut disekalikan dalam bengkel pertingkatkan imej diri yang sangat penting dan diperlukan dalam bidang aviation dan hospitality. 

Tambahan pula, Olives Academy dapat membantu dan melatih para pelajar untuk menjadi seorang krew kabin yang terbaik di mata dunia. Bukan sahaja dapat menjadi seorang krew kabin yang mesra, bertanggungjawab, rajin, ramah dan sopan, tetapi Olives Academy akan menjanjikan penampilan imej diri yang sangat baik untuk negara yang tercinta.


KREW KABIN MALAYSIA TERBAIK DIDUNIA

Untuk pengetahuan anda, Malaysia mempunyai pengiktirafan peringkat dunia dalam bidang hospitaliti penerbangan dan juga terbaik dalam krew kabin pesawat komersil antarabangsa. Sebagai contoh MAS yang telah acapkali menerima anugerah yang berkaitan dengan kategori ini. Hal ini sangat penting untuk Malaysia terutama dalam sektor pelancongan.



Selain itu, perkara yang lebih menarik adalah krew kabin Malaysia turut mendapat perhatian dari syarikat penerbangan antarabangsa dari negara yang lain seperti penerbangan ke Timur Tengah. Reputasi ini menyebabkan permintaan untuk menjadi krew kabin Malaysia adalah sangat tinggi dan peluang pekerjaan yang sangat meluas. Hal ini juga dapat merealisasikan impian mereka yang selama ini inginkan menjadi salah satu krew kabin penerbangan Malaysia.

Namun begitu, untuk menjadi krew kabin yang berwibawa bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Penampilan dan imej seseorang krew kabin yang bagus sangat diperlukan demi memberi keyakinan kepada para penumpang. Oleh itu, penampilan diri, teknik berkomunikasi, cara melayan tetamu dan penumpang adalah perkara yang penting terutama bagi mereka yang bergelar pramugari dan pramugara.


KEMUDAHAN OLIVES ACADEMY

Olives Academy turut menyediakan tempat latihan dan praktikal yang sangat selesa dan menyediakan kemudahan yang lain bagi memudahkan para pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan dan turut melahirkan krew kabin yang sangat berwibawa.


Olives Academy ini tidak hanya menumpukan kepada kursus krew kabin malah turut memberi peluang kepada mereka yang mahu sentiasa nampak menarik dan yang ingin pertingkatkan imej diri supaya lebih persona, anggun dan lebih berkeyakinan.

Olives Academy (1100079-w) adalah sebuah syarikat yang berdaftar demi menyediakan kursus berkaitan dengan persediaan menjadi krew kabin, hospitaliti dan juga bengkel untuk meningkatkan imej diri. Seperti yang diterangkan oleh pihak Olives Academy

Olives Academy provides Airlines Cabin Crew Course, Hospitality, Customer Service, Interviewing Skills and Leadership Skills.
Trainers are former airline employees with extensive experience in recruitment, training and management of cabin crew. 
Head of trainer formerly has extensive and exposure experience in Operation Management Project Planning, Customer Interactions, Retail, F and B Management, Sales and Marketing, Training Development, Recruitment and Hiring for Cabin Crew, Pilot, F and B staffs and had exposure working in Kuala Lumpur, Penang, London, Dubai and Jeddah.


Bagi mereka yang berminat, di sini ada berita baik untuk anda. Kursus Krew Kabin dan Bengkel Imej Diri oleh Olives Academy sedang membuat tawaran dan terbuka bagi semua bumiputera Malaysia. Hal ini demi merealisasikan impian rakyat Malaysia dan turut bersama-sama meningkat lagi prestasi sektor penerbangan negara.

Pengambilan pelajar akan bermula pada awal tahun 2015 dan manakala untuk bengkel imej diri akan diadakan pada 27 Disember 2014.



HUBUNGI OLIVES ACADEMY

Untuk ketahui dengan lebih lanjut, sila rujuk pada pihak Olives Academy menerusi maklumat dibawah ini:-


Bengkel Kecantikkan dan Imej
(Grooming and Personal Image Workshop)

Tarikh: 27 Disember 2014 (Sabtu)

Tempat:
Olives Academy, Zenith Corporate Park, Kelana Jaya

Hubungi:
012 8322021 / 03 78877021

Promosi Khas:
Daftar 1 Percuma 1





More Nyummy Here

PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO | EVENT ENCIK MIMPI


PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FOO  | EVENT ENCIK MIMPI Pada baru baru ini, ena diberi peluang untuk makan di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo bersama dengan para blogger yang lain. Ena memang mengidam lama dah nak makan kat sini sebab banyak feedback yang bagus dari ramai pihak. Memandangkan ena memang suka yang amat sangat makan Steamboat yang ada BBQ ni. Tambahan pula, tempatnya yang berkonsepkan " All you can eat "

Pak John Steamboat & Yong Tao Foo ini terletak di eCurve Mall, Mutiara Damansara Petaling Jaya. Kalau tak tahu jalan ke mari, boleh guna waze menghala ke mall ini. eCurve mall ini juga berdekatan dengan IKEA dan bersebelahan dengan The Curve. Selain itu, Pak John Steamboat di sini merupakan cawangan yang kedua selepas cawangan di Wangsa Walk, Wangsa Maju.


SUASANA DI PAK JOHN STEAMBOAT ECURVE


Apa yang lebih menarik di Pak John Steamboat & Yong Tao Foo di sini berkonsepkan seperti yang ena katakan pada perenggan pertama iaitu "All you can eat". You all boleh makan sampai lebam dengan hanya sekali bayaran untuk seorang. Nak duduk sini dari pagi sampai ke malam pun boleh. Namun, berbeza dengan cawangan di Wangsa Walk yang menggunakan konsep set. So bagi mereka yang tak makan banyak bolehlah makan Pak John Steamboat di cawangan Wangsa Walk, Wangsa Maju.

Apa keistimewaan yang terdapat di Pak John Steamboat & YongTao Foo di eCurve adalah makanannya dihidangkan lebih daripada 100 jenis sayur sayuran, daging, makanan laut, barangan steamboat (sos, kicap dan etc), desert, makanan ala carte, teppanyaki dan juga minuman. You all boleh rasa kesemuanya sampai lebam hanya dalam satu bayaran sahaja. 





Menarik bukan makanan kat sini? Selain itu, kemudahan yang disediakan kat sini adalah you all boleh buat aktiviti seperti menyambut hari jadi, event besar besaran nak ajak artis ke menteri menteri ke dan juga nak makan malam beramai ramai. Yang pasti, layanan dari pelayan pelayan di Pak John Steamboat memang the best.


EVENT ENCIK MIMPI DREEMERS FANS CLUB GATHERING

Ena datang makan kat sini disebabkan ada event dari artis yang sangat popular iaitu Encik Mimpi. Ena dijemput khas dari pihak Hai Blogger! iaitu Halim Brothers, demi memeriahkan lagi event ini.



Pada hari tersebut, Encik Mimpi Dreemers Fans Club Gathering memilih Pak John Steamboat ini sebagai tempat pilihan untuk berjumpa dengan para peminat Encik Mimpi. Encik Mimpi juga turut hadir dan ada bersama dengan para peminat ketika sedang kami menjamu selera di sini. Ena baru tahu ini merupakan gathering kali yang kedua yang diadakan oleh Dreemers Fans Club Gathering.

Alhamdulillah, ena juga bahagia sebab dapat jumpa Encik Mimpi secara live dan bercakap dengan beliau secara live. Encik Mimpi memang sangat sporting orangnya, so kami tak rasa segan untuk berbual mesra dengan beliau.




Motif event ini dilakukan untuk mengeratkan hubungan silahturahim bersama peminat Encik Mimpi yang datang dari seluruh negeri. Ada yang datang dari Sarawak tak silap ena. Nampak tak betapa meriahnya ketika ini. Selain itu, demi untuk menggembirakan hati para peminat, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti persembahan akustik dari Encik Mimpi and friend, lucky draw, games dan yang paling gempak, boleh join menyanyi bersama sama dengan Encik Mimpi dalam video clip lagu baru beliau iaitu " Definisi Persahabatan".

Dan lebih menggembirakan hati ena adalah ketika lucky draw, nama ena ada disebut sebagi salah satu pemenang lucky draw. Ya Allah, betapa gembiranya hati ini. Dah la dapat makan sedap sedap di Pak John Steamboat, dapat pula hadiah dari Encik Mimpi. Tak sia-sia ena datang dari jauh semata mata untuk event ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.




MAKANAN DAN BLOGGER

Ena selaku blogger yang kuat melantak, sudah pasti ena akan ambil sebanyak mungkin makanan yang terdapat di sini. Cuma dah dapat merasa semua sebab perut sudah full! Kalau duduk lebih lama, mungkin boleh masuk lagi. Har har har. Bukan apa, memang jadi rambang mata dibuatnya bila berada kat sini. Yang ena paling suka Hot Plate atau lebih dikenali BBQ. Memang ena suka bab BBQ ni. Macam macam jenis daging dan ayam ena ambil, semuanya memang terbaik! Lembut dan mudah di masak. 




Terdapat dua jenis steamboat ni, satu sup dan satu lagi tomyam. Siapa yang tak makan pedas seperti ai is bolehlah makan yang sup ni tapi mana yang jenis tak kisah, boleh makan dua dua sekali. Terpulang terhadap selera anak tekak masing masing. Yang pasti, dua dua rasa steamboat ni memang sedap!!! Superb!

Maaf, kejadian 'TITANIC of SPOONS' berlaku ketika ini. Kah!






Aiskrim potong ni memang terbaik rasanya. Cukup lemak, cukup manis dan cukup rasa perisanya. Ada banyak perisa yang boleh kita pilih seperti red bean, laici dan pelbagai lagi tapi ena pilih durian. Kegemaran ni.

Itu sahaja yang ena sempat snap snap. Yang lain boleh rujuk pada instagram ena iaitu Ina Ainaa dan kalau nak tahu lebih lagi, marilah cuba makan kat sini. Hanya sekali bayaran dan you all boleh makan sampai lebam.

Selain itu, ena ingin ucapkan ribuan terima kasih bagi para blogger yang turut hadir dan makan semeja dengan ena, kerana you all lah jadikan hari ena lagi bertambah ceria. Yela, selama ni hanya berbual dan kenal melalui lama social sahaja dan pada hari tersebut, kita dapat berbual mesra secara face to face. Alhamdulillah



PAK JOHN STEAMBOAT & YONG TAO FUU

Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor,
Ecurve. No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara,
Petaling Jaya,
Malaysia

Website:




More Nyummy Here

Saturday, December 13, 2014

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUANTAN | RESTAURANT & CAFE SANTAI


TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUANTAN | RESTAURANT & CAFE SANTAI | Baru baru ini ena berpeluang untuk makan berjemaah bersama dengan Group PBL ena di satu restaurant yang paling terkenal di Kuantan Pahang iaitu Restaurant & Cafe Santai.

Restaurant & Cafe Santai ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Jalan untuk Tanjung Lumpur sama hala untuk ke Teluk Chempedak kalau melalui jalan pusat bandar. So memang sangat mudah untuk ke Tanjung Lumpur ini. Nak menggunakan GPS atau Waze pun boleh. Akan direct ke restaurant ini.



Salah satu yang menarik pada tempat makan ini adalah reka bentuk restaurant ini yang sangat cantik dan menerapkan konsep 'santai'. Santai bermaksud ketenangan, so bila pelanggan datang makan di sini akan mendapat ketenangan sambil melihat suasana yang ala-ala dalam Garden ni. Mungkin sebab itulah nama kedai ini adalah SANTAI

Masa ena pergi sini adalah waktu malam, so kamera handphone ena tak dapat nak snap suasana yang cantik yang ada di restaurant ini. Ena pernah datang waktu siang, memang betul betul menarik perhatian ena tapi tak sempat pula nak snap snap. Mula mula ena ingat resort atau homestay, rupa rupanya kedai makan.



Kita boleh pilih area untuk menjamu selera. Boleh makan kat luar, di pondok pondok atau makan kat dalam bangunan Restaurant & Cafe Santai ini. Ikut kepada keselesaan masing-masing. 

Pada mulanya, kami memilih untuk makan dalam pondok buluh ini sebab keluasannya sangat sesuai untuk bilangan kami yang ramai ni. Tambahan pula, kalau makan kat sini mungkin lebih selesa sebab kena duduk bersila ketika makan. Tiada kerusi, cuma ada meja sahaja. Namun, akibat cuaca tidak mengizinkan, kami terpaksa pindah makan di dalam bangunan sahaja. 




Di Restaurant & Cafe Santai ini menyediakan pelbagai jenis makanan. Makanan western pun ada, makanan masakan panas pun ada dan pelbagai lagilah. Ena pernah juga dengar dari mulut orang bahawa tempat makan ni sememangnya sangat femes dengan kesedapan makanannya. Dan apabila turn ena pula merasa, memang ena percaya dengan kata kata mereka. Sedap dan sangat menyelerakan.

Ketika ena dengan group PBL ena makan kat sini, kami memilih untuk makan nasi dan memilih lauk lauk yang dimasak panas. Kami memilih tiga jenis menu ikan siakap sebagai menu utama. Antaranya adalah:

Siakap Tiga Rasa

Siakap Dua Jiwa

Siakap Steam Asam Boi


Selain itu, kami memilih menu sampingan sebagai pelengkap makan malam kami ketika ini. Banyak juga yang kami order. Antaranya adalah:-


Khailan Ikan Masin

Ayam Gajus

Tomyam Campur

Udang Celup Tepung

Alhamdulillah, memang sangat berpuas hati bila makan kat sini. Bersih dan layanan dari pelayan pun sangat bagus. Masa menunggu pun tak lama walaupun ketika itu pelanggan agak ramai. Tidak menyesal kami memilih tempat ini sebagai tempat untuk makan malam bersama sama.

Ena berharap dapat makan kat sini lagi dengan family ena yang lain. Harga pun berpatutan dan tidak terlampau mahal. Bagi yang sedang mencari kedai makan yang sedap di area Kuantan ini, ena sarankan you all datang ke mari. Nescaya you all akan makan hingga menjilat jari. 




Itu sahaja review dari ena. Maaf gambar agak kurang berkualiti. Main snap je sebab tak sabar nak jamah makanan ketika berada ini. 



More Nyummy Here

Tuesday, December 09, 2014

SHAWL CANTIK DAN MURAH | IRRARALABEL



SHAWL CANTIK DAN MURAH | IRRARALABEL | Dah lama ena teringin sangat nak memiliki shawl sequin sebab tengok kawan sekulliyyah pakai, lawalah pula. Lagipun, kawan ena tu memang lawa orangnya. Ena ni memang jenis suka mengumpul bermacam jenis tudung. Pantang tengok tudung cantik cantik, mesti ena nak beli. Kadang kala, kena tahan nafsu juga sebab fikirkan duit perlu digunakan untuk benda yang lebih wajib.

Baru baru ni ada rezeki lebih, ena beli satu shawl sequin mewah dari IGSHOP: IRRARALABEL. Ena dah lama berkenan dengan shawl ni sebab sequinnya memang sangat mewah! Maksudnya banyak. So, ena memilih warna Gold. 



IRRARALABEL ini diusahakan oleh kawan blogger kesayangan ena iaitu kak Mastura Rara. Ena kenal beliau ketika dia belajar di Tanjung Malim dahulu, selalu lepak dengan dia kat Tanjung Malim. Sekarang kak Rara dah habis degree dia dan ena pula sambung degree kat Kuantan ni, so memang dah lama tak berjumpa dengan dia. Rindu pula. Entah bilalah diri ini dapat jejak kaki kat Kelantan tu.


Lets follow my new IGwww.instagram.com/_inaainaa

Okay mengenai tudung ni, ena berpuas hati sangat dengan materialnya sebab tak jarang, labuh dan mudah dibentuk. Ena memang sangat ambil berat 3 perkara penting ni ketika beli tudung. So, memang tak menyesallah melaburkan duit yang ada untuk beli shawl di IRRARALABEL.

Ada banyak lagi shawl yang cantik dan murah baru keluar. Rambang mata ena dibuatnya, rasa membuak buak nafsu ni nak beli kesemua tudung. Tapi cuba mengawal diri sebab seperti yang dikatakan tadi duit banyak diperlukan. Sobs! 





Ena paling berkenan yang Mutiara Shawl tu. Lain dari yang lain, lepas tu ada ropol ropol kat atas kepala pula tu. Comel! Arrrgggghhh! Doakan ena dimurahkan rezeki ye supaya dapat grab satu Mutiara Shawl tu. Ahaks.

Oleh itu, ena sarankan you all untuk beli shawl cantik dan murah di  IRRARALABEL. Memang you all akan berpuas hati dengan kualiti semua jenis shawl yang dijual. Dan juga ini kali ketiga ena beli shawl kat Kak Rara sebab semuanya cantik cantik. Jatuh hati dan berpuas hati! 

Jom you all, kita usya IGSHOP kak Rara ni. Ada banyak lagi jenis jenis tudung yang dijual. Lets check it outchaaa~


IGSHOP:








More Nyummy Here

Monday, December 08, 2014

SEDAP! | JERUK BELLA'S ASAM BOI


SEDAP! | JERUK BELLA'S ASAM BOI | Tudia tudia, akhirnya lagi sekali ena beli Pelam Asam Boi yang masih hot dan digemari oleh orang ramai. Memang ena suka pelam macam ni, still rangup dan tak ter'jeruk' terlampau lama. Kiranya masih terasa fresh buah pelam tu. Ngap ngap ngap.

Dan juga ena beli pada tempat yang sama iaitu di Jeruk Bella's Asam Boi. Sedap sangat Bella ni buat. Memandangkan Bella ni stay area Kuantan dan dia buat COD di sekitar area Kuantan, so ena bebas dari kena bayar postage. Ahaks. 


Haaa, itulah dia owner Jeruk Bella's Asam Boi. Suka tengok dia sama dengan ena suka makan jeruk yang dia buat. Hehehe. Hari ni sambil buat kerja kulliyyah dengan kerja blogging, sambil itu juga ena ngap ngap ngap pelam asam boi tu sampai habis satu balang. Haaaa! Harini beli, harini juga habis. Nampak tak kesedapan kat situ. Lagi best, tak sakit perut pun ena. Tapi tak mahu cakap besar, mana tahu tengah malam nanti perut not behave. Mampuih cek!

Walaupun ada yang kata pada ena, "Alaaahhhhh boleh buat sendiri kot benda ni! Senang jeeee" tapi ena tetap nak makan pelam asam boi dari Bella. Lagipun, manalah ena sempat nak buat semua tu plus dengan mood yang sentiasa malas. Cannot give commitment. Uhuks! Kantoi.



Apapun, you all memang patut rasa Jeruk Bella's Asam Boi. Bagi yang area Kuantan, anda anda dan anda wajib beli. Haaaaaa! Gurau je. Ena tahu ada sesetengah antara kita tak gemar makan jeruk, so tiada paksaan untuk yang terkecuali tu ye. Tapi nak merasa apa salahnyakannnn. Kot kot manalah tahu lepas rasa pelam asam boi yang Bella ni buat, terus jadi suka dengan jeruk. Ahaks. 

Okaylah, setakat itu sahaja. Oleh itu, kepada yang nak order bolehlah PM ke Bella di....



FANPAGE:



FACEBOOK:



More Nyummy Here

Wednesday, December 03, 2014

GLAMOSKIN COLLAGEN GELL AND CLEANSER | LEGACY SECRET


GLAMOSKIN COLLAGEN GELL AND CLEANSER | LEGACY SECRET |  Ena memang dah lama berkenan dengan produk dari keluaran Legacy Secret ni. Mostly semua produk dari LS memang sangat berkesan dan menyihatkan kulit pada tubuh badan. So, no wonderlah ena sangat happy bila dapat produk dari keluaran syarikat LS. Dan untuk kali ini ena excited try produk keluaran terbaru dari LS isitu GlamoSkin. Sebelum tu, ena nak story mory sedikit mengenai GlamoSkin.


GlamoSkin adalah produk buatan Korea yang direka khas untuk Legacy Secret pada 30 Oktober 2014 yang lepas. Keunikkan GlamoSkin ini adalah diperbuat daripada Collagen Gell yang menggunakan teknologi moden dalam industri kosmetik. Teksture gell ini mampu menyerap lebih baik dan berkesan sehingga 70% berbanding dengan cream yang biasa. Selain itu, formula Niacimade PC adalah penemuan terbaru dalam industri kecantikkan dan kosmetik di negara yang membangun antaranya seperti Korea dan Jepun.



Tambahan pula, Niacimade PC juga halal dan selamat digunakan untuk semua jenis kulit yang ada. Hal ini kerana ianya terhasil daripada bahan yang bersih dan bebas daripada bahan kimia yang berbahaya. Bukti bahawa produk ini selamat untuk digunakan:

Nombor Not KKM : NOT140703528K


Set GlamoSkin terdiri kepada pencuci as known as Cleanser Glamoskin dan Collagen Gel demi membantu menyihatkan kulit muka dengan sempurna. 

Cleanser GlamoSkin

GlamoSkin Collagen Gell


CARA PEMAKAIAN:

1) Bersihkan muka dengan GS Cleanser.
2) Biarkan muka kering secara semula jadi, jangan lap. 
3) Kemudian, ambil sedikit Collagen Gel dengan hujung jari.
4) Ratakan pada wajah dengan lembut hingga butiran Collagen Gel meresap ke dalam kulit.
5) Amalkan setiap pagi sebelum melakukan aktiviti seharian dan malam sebelum tidur.
6) Collagen Gel dipakai 2 kali sehari iaitu siang dan malam. Untuk Cleanser boleh guna berapa  
    banyak kali yang dikehendaki.



KELEBIHAN GLAMOSKIN BERBANDING PRODUK YANG LAIN:

1) Menggunakan bahan semulajadi yang selamat dan bersih
2) Diperbuat menggunakan teknologi Nano dengan bahan aktif Niacimade PC dari Korea
3) Produk ini bebas dari merkuri dan hydroquinone
4) Keberkesanan akan terbukti setelah 30 hari penggunaan secara konsisten



KELEBIHAN GLAMOSKIN KEPADA KULIT WAJAH:

1) Membaiki DNA pada kulit wajah
2) Membantu mengawal minyak pada kulit
3) Mengecutkan liang pori yang tidak normal
4) Menyihatkan struktur warna kulit wajah
5) Menghilangkan pigmentasi
6) Menghalang kulit daripada sinaran UV yang berbahaya pada kulit.



Mengenai harga, tidak terlampau mahal kalau nak bandingkan dengan keberkesanan produk GlamoSkin ini. Kalau nak jimat, boleh beli secara set. Nak beli secara ala carte pun boleh. Dibawah ni, harga asal produk GlamoSkin :


HARGA ASAL:

1) GlamoSkin Collagen Gell : RM120 (semenanjung) , RM130 (Sabah & Sarawak)
2) GlamoSkin Cleanser : RM80 (semenanjung) , RM90 (Sabah & Sarawak)
3) Harga Set (Cleaser + Collagen Gell) : RM 200 (semenanjung) , RM220 (Sabah & Sarawak)




Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai GlamoSkin iaitu produk keluaran Legacy Secret, bolehlah rujuk pada link dibawah ini.




FANPAGE:

LINK TESTIMONI:

LINK VIDEO DARI KOREA:



More Nyummy Here