Friday, November 14, 2014

PRODUK SKINCARE NURRAYSA BEAUTY | KEKALKAN KECANTIKKAN


PRODUK SKINCARE NURRAYSA BEAUTY | KEKALKAN KECANTIKKAN | Kali ini ena nak perkenalkan kepada you all satu produk kecantikkan yang ena baru sahaja cuba try test semalam. Dengar dari mulut orang, produk ni sangat bagus dan juga sangat berkesan. Bukan seorang dua yang cakap, tetapi ramai juga yang memberi feedback yang positif. Memandangkan ena ni jenis sukar untuk percaya dengan gambar gambar testimoni yang ada, banyak yang guna kamera 360 la filter la. Oleh demikian, ena ingin mencubanya pada kulit wajah ena sendiri. Baru puas hati.

Selama ni asyik pakai pencuci sahaja (bukan dari produk yang sama ye), so kurang berkesan sangat pada kulit wajah ena. Makin lama dah tak lut dah. Now ena nak try yang satu set pula yang ada sekali dengan krim malam apa semua tu dan kali ini ena memilih produk Nurraysa Beauty Skincare. Nak kasi kesegaran pada wajah muka ena yang semakin lama semakin tak bermaya ni. Busy dengan hal Kulliyyah sampai tak sempat nak jaga muka dengan rapi. Kesian kulit muka ena.

Dengan harapan, produk ini dapat memberikan hasil yang memuaskan pada diri ena. Memandangkan ena baru hari pertama guna, so ena nak reviewlah sedikit mengenai produk Nurraysa Beauty ni. Keberkesanannya masih tak nampak lagi.


SET NURRAYSA BEAUTY

1) Nurraysa Collagen Soap


Pertama kali ena try basuh muka dengan sabun Nurraysa Collagen ni, muka rasa bersih sangat sangat. Sebab masa tu muka tengah berlengeh gila gila. Muka ena ni memang ada masalah minyak yang berlebihan sejak azali lagi. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi, hope produk ini dapat mengurangkan minyak tersebut. Bau sabun ni pun berbau wangi herba. Mungkin herba herba yang digunakan pun sangat berkualiti.

Kelebihan sabun ni, berdasarkan apa yang ena baca antaranya adalah membantu membersihkan dan mencerahkan kulit, membuatkan kulit muka lebih pluffy dan tegang, mengurangkan jerawat dan sebagainya lagi.


2) Treatment Serum


Lepas cuci muka dengan sabun tadi, kasi muka tu kering dulu ye. Dan kalau boleh biar muka tu kering dengan sendiri, jangan lap dengan tisu ke tuala ke. Itu yang ena amalkan selama ini. Okay, bila dah kering, ena sapu pula Treatment Serum ni pada rauk muka ena. Memang selesa pakai sebab tidak melekit dan bau pun menyenangkan. Rasa segar je.

Kelebihan treatment serum ini pula adalah sebagai anti septik dan anti mikrobik yang berfungsi sebagai melindungi kulit dari diserang jerawat dan selain itu membantu menjadikan kulit lebih berseri dan lembut.


3) Miracle Whitening Spray


Step ketiga, spray muka dengan Miracle Whitening Spray. First spray benda ni kat muka ena, serius agak sedikit sakit. Lepas tu rasa dingin je kat muka, rasa fresh. Maybe sebab salah satu fungsi whitening spray ini adalah untuk menutup liang-liang roma pada kulit wajah. Terutama pada hidung dan pipi. Macam ena lah tu ada masalah dengan liang roma.

Okay, selain kelebihannya untuk menutup liang roma yang membesar secara tidak normal, whitening spray ini berfungsi memutihkan, mencerahkan dan menegangkan kulit wajah. Tambahan pula, garis garis halus pada wajah juga dapat berkurangan.


4) UV Krim


UV krim ni ena belum try lagi sebab krim ni digunakan pada waktu siang. Nama pun UV protection, so seeloknya digunakan pada waktu siang sebagai perlindung pada kulit wajah dari sinaran matahari yang terik. 



Itu adalah serba sedikit review mengenai produk ini. Ena mesti cuba dahulu baru boleh buat review dan berikan sedikit gambaran bagaimana perasaan ena ketika mengguna produk ini. So bagi ena, produk skincare dari Nurraysa Beauty ini sangat selesa untuk digunakan. Tiada rasa gatal atau ketidakselesaan selepas menggunakan produk ini.

Namun, ini baru sehari ena guna. Impaknya tidak berapa nampak lagi. So kena tunggu lebih kurang dalam seminggu, baru ena boleh kasi tahu keberkesanannya pada kulit wajah ena. Tunggu tau untuk entri ena seterusnya!




Di belakang kotak produk Skincare Nurraysa Beauty ini sudah diberikan panduan kepada kita bagaimana dan bila untuk menggunakan produk ini. So tak perlu ena terangkan kat sini ye. Kepada mereka yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai Nurraysa Beauty Skincare ni, bolehlah lawat atau hubungi pihak mereka di :-



FACEBOOK:






Share

Other Article

PRODUK SKINCARE NURRAYSA BEAUTY | KEKALKAN KECANTIKKAN
4/ 5
Oleh

17 Comments

Comments
avatar
14.11.14

Ish best la sabun tu...tgk macam nak makan pun ada...aah bila kita cuba sendiri dan alami sendiri baru kita leh buat review yg berkualiti...syabas dik ena...akak suka review yg dicuba sendiri oleh tuan blog

Reply
avatar
14.11.14

Macam nak try...muka berminyak ni...huhu

Reply
avatar
14.11.14

Tak sabar nak tengok result kak ena.. :)

Reply
avatar
14.11.14

Bestnya dapat try produk ni..

Reply
avatar
15.11.14

hyee ena.. lame xsinggah sini..hihi.. macam menarik je.. anis tggu review yg next next tu.. nak tau keberkesanan dye..hihi

Reply
avatar
15.11.14

Bila dah cuba,baru kita tahu serasi tak dengan kulit kita.

Reply
avatar
15.11.14

amboi dia...nak sama2 tunggu ni hasil..hehe..:)

Reply
avatar
15.11.14

nampak best pula produk ni..boleh cari juga ni

Reply
avatar
16.11.14

Hmmm..hebat juga produk ni kn sis?

Reply
avatar
16.11.14

Tertarik..kalau diberi peluang..nak gak try dan up di blog...

Reply
avatar
Anonymous
27.7.15

salam..sy agent nurraysa..sape bminat boleh sms atau whtups 0132643039

Reply
avatar
20.10.15

Produk nurraysa plg hot!!!jom dptkn skrg... taip SOAP ke 0195450946

Reply
avatar
22.9.16

mesra solat ni yang best

Reply
avatar
Anonymous
17.12.16

Sy nak cari pgendar untuk produk ni..bminat whaups 0132643039

Reply
avatar
17.12.16

Sape bmint nk jadi pgedar sebagai agent boleh whatups sy 0132643039

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)