Monday, November 24, 2014

MUKA BERTAMBAH BERSIH SELEPAS SEMINGGU


MUKA BERTAMBAH BERSIH SELEPAS SEMINGGU Alhamdulillah, pada entri ena yang INI, ena telah janjikan bahawa ena akan review bagaimana kulit wajah ena selepas lebih kurang seminggu menggunakan produk Nurraysa Beauty Skincare. So ena nak kongsikan serba sedikit perubahan pada raut wajah ena. 

Walaupun baru seminggu lebih penggunaan, ena dah nampak perubahan pada raut wajah ena bila menggunakan produk skincare dari Nurraysa Beauty Skincare. Dulu ena memang ada banyak jerawat yang jenis besar besar, lepas tu dah elok hilang yang besar-besar, jerawat pasir pula yang nail. Oh! Memang sadis bila muka ni jadi tempat perkampungan mereka. Salah diri sendiri juga sebab jarang nak jaga muka. Tambahan pula, kulit ena ni jenis cepat sensitif terutama bila perubahan hormone berlaku. Bila stress, datang bulan, cuaca panas..haaa hamek kau! Mulalah jerawat pasir ni beranak pinak. 



Rasa sangat tak bersih muka ni bila semua tu hadir tanpa diundang. Namun sekarang, semua itu sudah berjaya ena musnahkan setelah menggunakan produk ini. Jerawat pasir sudah bye bye, hye hye pula kepada kulit muka yang lebih sihat. Parut jerawat masih ada tapi makin lama dah makin berkurangan sejak guna produk dari Nurraysa Beauty Skincare. Terutama bahagian dahi ena. Alhamdulillah! 


Dua benda ni ena selalu tempek kat muka selepas basuh muka dengan Sabun Nurraysa Beauty Skincare . Ena amalkan 5 kali sehari basuh muka dengan sabun ini tapi untuk serum dan whitening spray, ena guna 3 kali sehari. Muka ena banyak perubahan disebabkan oleh dua benda ni lah. 


Yang ini pula, UV Cream. Ena jadikannya sebagai bedak asas pada muka. Ena cuba kurangkan pakai bedak compac sebab ena teringin nak kembalikan seri muka tanpa menggunakan sebarang mekup. Krim ni ena pakai untuk menghalang sinaran UV yang berbahaya terus ke sel-sel kulit muka yang boleh mengundang barah kulit. So, krim ni sedikit sebanyak membantu sebagai penghalang dan perlindung pada kulit wajah ena.

Apapun, kalau nak memiliki kulit yang lebih sihat jangan bergantung sangat pada krim dan pencuci sahaja. Kita hendaklah pastikan pemakanan kita juga terjaga, lifestyle kita, dan juga consistency cuci muka kita ni. Cara ena, minum banyak air mineral dan makan makanan yang sihat. Elak makan junk foods terlampau banyak. Selain itu, rajin bersenam supaya segala toksik dalam badan dapat keluar melalui peluh.

Bab consistency, ena masih gagal mengamalkannya. Sekejap rajin nak cuci muka, sekejap malas. Ena masih belajar merajinkan diri untuk semua ini. Apapun, ena sarankan kepada yang masih belum jumpa produk yang sesuai untuk muka masing-masing, you all bolehlah cuba produk dari Nurraysa Beauty Skincare.


FACEBOOK:



Share

Other Article

MUKA BERTAMBAH BERSIH SELEPAS SEMINGGU
4/ 5
Oleh

3 Comments

Comments
avatar
25.11.14

wah.. mesti best ni... oner blog jadi pengguna setia...

Reply
avatar
26.11.14

Hari2 pakai pencuci muka patut makin comel hehehehe lelaki boleh ker guna...

Reply
avatar
Agent Nurraysa
11.12.16

Boleh mahamahu 😊

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)