Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, November 06, 2014

MINI ZOO TAMAN TERUNTUM | KUANTAN | PAHANG


MINI ZOO TAMAN TERUNTUM | KUANTAN | PAHANG | Baru-baru ni ena diberi kesempatan untuk pergi melihat haiwan liar di Mini Zoo Taman Teruntum, Kuantan, Pahang. Sudah sekian lama ena tak pergi ke zoo dan pada kali ini dapat pergi mini zoo pun jadi la. Ena pergi ke sini bersama-sama dengan family abang ena. Dapatlah juga mereleasekan tension dekat kepala ni setelah seminggu mentelaah ilmu di kulliyyah.

Taman Teruntum adalah taman rekreasi dan juga terdapat mini zoo di sini. Mini Zoo Taman Teruntum terletak di Kuantan dan berhampiran dengan Royal Pahang Golf Club dan Taman Gelora atau sebelum sampai ke Teluk Chempedak. 





Tiada bayaran untuk masuk ke dalam Mini Zoo ini, terbuka untuk semua golongan untuk beriadah atau cuci mata melihat keindahan fauna di sini. You all juga boleh beli makanan haiwan untuk bagi haiwan haiwan kat sini makan tapi masa ena pergi ni tak sempat nak bagi makan kat binatang tu semua. Ingat tak boleh bagi makanan, rupanya boleh. Tapi kena belilah makanan untuk binatang binatang di Mini Zoo ni.

Namun, malangnya, masa ena pergi ke sini, mostly binatang tengah tidur dan bermalas-malasan. Hanya beruk, monyet dan burung sahaja yang cergas bermain-main dalam sangkar masing-masing. Hentam jelah labu, janji dapat cuci mata tengok mereka ni.





Tak tahu pula ada berapa species binatang yang terdapat dalam Mini Zoo Taman Teruntum ni. Tapi boleh tahanlah kuantiti binatang yang ada, puas jugalah tengok. Nama pun Mini Zoo kan kan kan. Ekekeke. Di bawah ni ena nak share gambar gambar binatang yang ena sempat snap. Ada yang ena tak dapat snap sebab macam ena katakan tadi, mostly mereka sedang nyenyak tidur.










Tengok haiwan ni semua serius dapat menenangkan sedikit sebanyak jiwa walaupun mereka ni tengah dibuai mimpi mimpi yang indah. Alhamdulillah, terima kasih kepada abang ena sebab bawa ena ke sini. Lepas ni boleh ena  bawa kawan kawan seperjuangan lepak kat sini pada setiap minggu. Dari kediaman ena, dalam 20 minit kalau tak silap ena untuk sampai ke sini.

So, bagi mereka yang telah penat bekerja apa semua, boleh bawa orang yang tersayang merehatkan minda di sini sambil menimba ilmu pengetahuan. Memandangkan di setiap sangkar haiwan di sini, akan di terang sedikit sebanyak tentang haiwan tersebut. Menarik apabila baca satu persatu.

Selamat bergembira.


Share

Other Article

MINI ZOO TAMAN TERUNTUM | KUANTAN | PAHANG
4/ 5
Oleh

7 Comments

Tulis Comments
avatar
7.11.14

Ada yang nak ikut balik tak? :)

Reply
avatar
7.11.14

bestnya pergi zoo ni. lagi best bila masuk percuma. jarang zoo ada masuk percuma.

Reply
avatar
10.11.14

untg org kuantan.... xpayah bao.. jimat siap kalo ada anak kecik dpt kenal binatang lebih dekat

Reply
avatar
10.11.14

Wah...good sharing. Nak kena plan p satu hari nanti

Reply
avatar
11.11.14

Dah lama sangat tak pergi zoo..best pulak tengok haiwan yg ada

Reply
avatar
13.11.14

haha.. k ena taw tak.. saya tak pernah jejak even 2 tahun kt gambang tu

Reply
avatar
15.11.14

last pegi zoo beberapa tahun lepas.. best plak tgk ena pegi..huhu

Reply