Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, November 11, 2014

LAMAN SENI SEKSYEN 7 | SHAH ALAM | SELANGOR



LAMAN SENI SEKSYEN 7 | SHAH ALAM | SELANGOR | Alhamdulillah, dengan izin Allah, ena diberi kesempatan untuk pergi ke Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam. Ena memang dah lama teringin untuk pergi ke sini, selalu tengok kawan kawan update post bergambar di sini, ena pun nak juga. So, gembira jugalah hasrat di hati selama ni tercapai juga.

Laman Seni Seksyen 7 ini terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Mara Shah Alam (UITM Shah Alam), I-City dan betul betul di lorong belakang kedai Jakel. Boleh guna waze kalau tak tahu jalan ke sini. Ena kenal tempat ni pun sebab berdekatan dengan rumah kawan blogger ena, iaitu kak Meeya Techik dan selalu juga ke rumah kak Meeya ni. 



Apa yang menarik di Laman Seni Seksyen 7 ini adalah di setiap dinding belakang lorong ini terdapat lukisan lukisan yang unik, kreatif dan juga ada yang berbentuk 3D. So, sebagai seorang yang gemar bergambar, you alls tidak perlu segan silu untuk berposing dan bergambar di sepanjang lorong Laman Seni ini. Terutama di lakaran 3D, kalau pandai posing dan pandai ambil sudut ketika ambil gambar, hasil gambar tersebut pasti akan nampak cantik dan nampak seolah olah itu adalah gambar yang 'REAL'

Ena juga turut berposing serta bergambar apabila berada di sini. Rugilah datang ke sini tapi tak mahu bergambar. Walaupun ena tak berapa reti sangat nak posing posing ni dan tambahan pula baju yang ena pakai ketika itu agak mudah ikut bentuk badan, so ena tak boleh la over posing. Namun, terima kasih kepada juru gambar a.k.a my ehem ehem, sebab tolong snapkan gambar yang agak menarik. Ngeeee.

Jom tengok gambar gambar ena yang tak seberapa ni ketika di Laman Seni Seksyen 7 Shah Alam











Tiada bayaran dan tiada had masa untuk berada di sini. Nak stay dekat sini dari pagi sampai ke petang pun boleh. Kalau tak jemulah. Har har har. Tak silap ena Laman Seni ni bukan sahaja terdapat kat sini sahaja malah turut ada di negeri Kelantan dan Penang, kalau tak silap ena. Tang celah mana ena dop tahu lerr. Ehhhhh~


Itu sahaja dari ena. Jom beramai ramai mai ke sini.




ALAMAT:

LAMAN SENI SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Jalan Plumbum R7/R, 
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor

Share

Other Article

LAMAN SENI SEKSYEN 7 | SHAH ALAM | SELANGOR
4/ 5
Oleh

12 Comments

Tulis Comments
avatar
11.11.14

semua cantik cantik lukisan seni ni.tak pernah lagi pergi sini cuma pernah pergi street arts penang je :)

Reply
avatar
11.11.14

waaa... cun gambar.. UIA cuti ke ?

Reply
avatar
12.11.14

Eh,seni yang cantik.

Reply
avatar
12.11.14

Akak yg dok KL pun tak tau hehehhe nanti leh lah pi sana tgk kan time free...cantik la ena bergambar dgn spot place yg sgt cantik...menarik...pandai diorang reka ye

Reply
avatar
12.11.14

kte suka ambil gambar kat sini..

Reply
avatar
13.11.14

Menarik sanfgat karya seni...sangat kreatif..

Reply
avatar
13.11.14

cantik2 gambar tu. .sygnya jauhhh. . :D kalau dekat lama dah BV g sana. . :3

Reply
avatar
15.11.14

ramai dh pergi kan.. bila la dapat pergi sini..huhu

Reply
avatar
15.11.14

ramai dah ke sana...teringin nak jejak kaki juga...one fine day...

Reply
avatar
16.11.14

Kreatif nyer...bestnyer ena dpt pergi..

Reply
avatar
12.1.15

haha yang ini kawan memang dah sampai , kalau tak salah dekat dengan icity kan

Reply
avatar
12.1.15

Tak pernah lagi pergi situ.. Bila entah nak pergi..

Reply