Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, November 16, 2014

KEYAKINAN DIRI ITU PERLU


KEYAKINAN DIRI ITU PERLU | Hari ni hari kemalasan ena. So ena tetiba rasa nak meluahkan perasaan dekat sini. Bukan selalu pun ena buat entri luahan perasaan. Uhuks. Hantam sahajalah labu. Daripada buat kerja yang bukan bukan, lebih baik ena menulis something kat blog ena ni.

Yakin. Ye yakin. Mak dengan ayah ena selalu mengatakan bahawa "Kita kena sentiasa yakin apabila melakukan sesuatu perkara". Sejujurnya, ena ni bukanlah seorang yang memiliki keyakinan yang sangat tinggi. Malah ena ni mudah menggelabah apabila ingin melakukan sesuatu. Kadang-kadang ena termenung atas katil dan bermonolog sendiri, "bagaimana hendak hapuskan sifat gelabah dan kurang keyakinan aku ni??"

Ena sangat jeles melihat mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebagai contoh my lecturers. Mereka berdiri di hadapan anak didik dengan penuh keyakinan dan semangat mengajar anak anak didikan mereka sehingga berjaya. Ena ni kalau ada presentation kat depan kulliyyah mula la habis ketaq habis satu badan. Bila dah menggelabah, mulalah idea habis melayang entah kemana.


Namun, semua itu hanya dilemma. Sekarang ini, bukan nak bangga diri tapi rasa gembira dengan perubahan pada diri sendiri. Bila ena diberikan tugas, ena menjadi lebih yakin dan tenang. Yakin dengan keputusan sendiri dan berani berhadapan dengan kesalahan diri. Disamping dorongan dari kawan kawan yang sentiasa membantu ena, ena menjadi bertambah yakin untuk menghadapi dunia ni.

Sebagai contoh la, ena selama ni memang teringin sangat nak pandai berenang kuak rentang. Ala, seolah olah kita tengah baring di atas air tu.  So, dalam berapa tahun ni ena cuba belajar kuak rentang tapi tetap gagal. Gagal disebabkan takut tenggelam dan tiada yakin dengan diri. 


KALAU ORANG LAIN BOLEH BUAT, AKU PUN BOLEH BUAT
KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, AKU PUN BOLEH BERJAYA
MALAH I CAN BE THE BEST AMONG THE BEST


Baru baru ni, dengan bantuan beberapa kawan ena yang lain, Alhamdulillah ena berjaya buat kuak lentang yang diidamkan selama ini. Dari situ, ena sedar bahawa keyakinan diri itu sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Namun, elakkan diri dari yakin yang melampau lampau kerana yakin jenis ini boleh memakan diri sendiri.

Gembira sangat apabila kita dapat melakukan apa yang kita tak boleh buat selama ini. Syukur sangat ke hadrat Illahi. Itu sahaja luah dari ena. Apapun, ena nak jemput para pembaca untuk follow Instagram ena:-


INSTAGRAM ENA:

Share

Other Article

KEYAKINAN DIRI ITU PERLU
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
17.11.14

Takut tu melebihi yakin..kdg2 amek mase untuk lebih yakin ni...apepun Tahniah ena

Reply
avatar
17.11.14

berenang boleh menghindari diri dari kegemukkan..hehehe

Reply
avatar
17.11.14

Jangan lupa, dari segi penulisan kita di blog pun pembaca boleh baca kita ni yakin ke tidak dengan celoteh yg kita karangkan dik...syabas dik berjaya hapuskan sedikit gelabah nak buat kuak lentang...yeyyy lepas ni leh ajar sis berenang hehehhe

Reply
avatar
18.11.14

keyakinan diri tu mg pntg

Reply