Tuesday, October 21, 2014

TAMAN REKREASI I TAMAN TASIK BANDAR I KUANTAN



TAMAN REKREASI | TAMAN TASIK BANDAR | KUANTAN |  Pada suatu ketika dahulu, di sini lah tempat ena menenangkan pemikiran pada waktu petang apabila sudah habis kelas. Tapi lately ni, kemalasan mula melanda diri, so memang jarang la jejak kaki kat sini. Macam mana lah tak jadi makin gemuk. Hewhewhew.

Taman Tasik Bandar Kuantan ini terletak berhampiran dengan hostel ena, Mahallah Tabari IIUM Kuantan dan juga berdekatan dengan Hotel Sri Manja. So kalau ena ke sini, ena jalan kaki je dengan rakan rakan yang lain. Sebab dekat sangat.

Baru baru ni, ena dengan roomate, Nadia bercadang untuk bermain badminton di sini. So, alang-alang kami ke sini, ena nak snap beberapa permandangan menarik di sini. Sejak kebelakangan ini, ena memang suka tengok permandangan semulajadi tak kira kat mana sekali pun. Rasa sayu je hati melihat kebesaran dan ciptaan Allah SWT. SubhanaAllah~

So ada beberapa gambar permandangan yang ena snap ketika di sini. Jom tengok.






Lepas main badminton, kami pergi round satu tasik ni sambil menghayati permandangan di sini. Kami mengambil masa selama 15 minit untuk habiskan satu round. Sebab jadi lama adalah kerana asyik berhenti dan mengambil gambar mana mana sudut yang menarik bagi pandangan mata ena. Ada banyak view yang sempat diambil, tapi hanya tiga gambar di atas ini sahaja yang menarik bagi ena. Hehehe.

Gambar ena dengan roomate ena pun turut ada. Mana boleh tak tangkap gambar bersama. Memandangkan lagi beberapa hari dah nak pindah ke hostel yang baru dan roomates pun bakal bertukar nanti. Kiranya ini adalah kenangan terakhir antara ena dengan roomate ena. Roomates yang lain, tak sempat nak snap bersama sebab mereka busy dengan hal masing-masing. Nanti kalau ada kesempatan, adalah gambar kami bersama nanti.








Oleh itu, kepada yang masih belum pernah pergi ke Taman Tasik Bandar ini, boleh lah datang sambil menenangkan pemikiran bersama sama dengan orang yang tersayang. Rasanya penduduk di Kuantan ramai yang dah yang tahu taman rekreasi ni kan kan. Hehehehe. Ena ni bukan penduduk Kuantan, ena hanyalah orang luar yang datang dari jauh semata mata untuk menuntut ilmu di sini.


Itu sahaja perkongsian dari ena pada hari ini. Memandangkan esok cuti bolehlah ena beri tumpuan pada blog ena ini.





Share

Other Article

TAMAN REKREASI I TAMAN TASIK BANDAR I KUANTAN
4/ 5
Oleh

6 Comments

Comments
avatar
22.10.14

cantik lah kat sini Ena..memang menenangkan fikiran :) ntah bila dapat ke sini ntah pun.huhu

Reply
avatar
23.10.14

Tak pernah pergi lagi :)

Reply
avatar
23.10.14

Nampak damai kawasan sekitar. Dapat keluarkan peluh boleh rasa lebih segar.

Reply
avatar
28.10.14

Cantik juga view kat sini.. tapi tak pernah sampai.. Huhu..
Rosmiza Ali Official Blog™

Reply
avatar
12.11.14

Ya Allah cantik yer...akak selalu balik kuantan teringin nak singgah sini...tp anak kecil seprti Qi tu akak ragu2 sikit...kang tak pasal2 terjun dalam tasik..tggu dia besar sikit kak ju nak nikmati alam cantik di sini...

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)