Wednesday, October 29, 2014

MYNY CAFE | PUTRA SQUARE 3 | KUANTAN



MYNY CAFE | PUTRA SQUARE 3 | KUANTAN | Minggu lepas, ena dengan kawan-kawan ena pergi makan tengah hari di sebuah kedai makan yang diberi nama, MYNY Cafe. "MYNY" ini singkatan untuk Malaysia NewYork. Popular juga cafe ini dikalangan pelajar UIAM Kampus Kuantan. Oleh itu, ena pun nak cuba try test merasai makan di cafe ini.

MYNY Cafe terletak di Putra Square 3, China Town, Kuantan, Pahang yang berhampiran dengan East Coast Mall (ECM)iaitu sebuah shopping complex yang paling gah di area Kuantan ini. Selain itu, menu simbolik untuk cafe ini adalah pizza dan kek. Makanan yang lain seperti pasta, burger dan sebagainya lagi turut juga ada disediakan. So, jangan risau bagi mereka yang tidak gemar akan pizza dan kek.

Entri kali ena ingin kongsikan serba sedikit menu yang kami order di MYNY Cafe. Kepada mereka yang baru sahaja ingin mencuba makan makanan di cafe ini, bolehlah try makanan yang ena cuba pada minggu lepas.



Ribena Longan dan Iced Honey Lemon

Set Aglio Olio, ada Garlic Bread dan Air (Ribena Longan) 

Set Panna, ada Garlic Bread dan Air ( Iced Honey Lemon ) 

Pizza: Yankee Stadium Slices dan Hawaiian Slice


Bagi ena, pizza kat sini boleh tahan rasanya. Cheese pun banyak dan ketebalan roti pizza pun senang untuk dimakan. Rasa pastanya pun boleh diterima oleh anak tekak. Sedap tapi masih ada kekurangan di setiap rasa pasta tersebut. Apapun, ena puas hati dengan harga di sini, murah dan berpatutan. Sesuai untuk student makan di sini.

MYNY Cafe ini baru buka cawangannya di hadapan Hotel Sri Manja, Indera Mahkota 7 yang berhampiran dengan universiti ena iaitu UIAM Kampus Kuantan. Bila beroperasi ena tak pasti tapi lepas ni tak payah lagi ena hendak ke bandar Kuantan lagi untuk menikmati lagi makanan di MYNY Cafe.



Kepada mereka yang ingin lagi kepastian, boleh lah pergi sendiri ke sini ataupun usya usya laman social cafe ini. 



Alamat:

MYNY CAFE SDN.BHD
Putra Square 3,
No 13, Jalan Putra Square 3,
China Town, Putra Square,
25200 Kuantan, Pahang


Facebook:



Website:




Share

Other Article

MYNY CAFE | PUTRA SQUARE 3 | KUANTAN
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
29.10.14

Terliur melihat menu-menu yang disediakan. :)

Reply
avatar
29.10.14

tgk jer dah nampk lazat belaka ... ena tukar link ya ...

Reply
avatar
31.10.14

sedapnya Aglio Olio tu..nak sikit :p

Reply
avatar
6.11.14

garlic bread tu nyum2..

Reply
avatar
6.11.14

wahh nyum nyum... nampak sedap.. harganya ?

Reply
avatar
26.11.14

Wow nanti blik kg Ina belanja Mahamahu makan ok hehehehe...

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)