Friday, October 24, 2014

KEINDAHAN PANTAI KELANANG I BANTING


KEINDAHAN PANTAI KELANANG | BANTING | Pantai Kelanang ini berhampiran dengan Pantai Morib. First time ena tahu wujudnya Pantai Kelanang di negeri Selangor, selama ni asyik dengar Pantai Morib orang dok mai cerita. Hehehe. Okay, Pantai Kelanang terletak di Banting, Selangor dan kalau hendak ke sini, boleh ikut jalan menghala ke Pantai Morib. Nanti ada simpang menghala ke Pantai Kelanang ini. Kena pandai cari la. Senang cerita guna waze je. InsyaAllah, ada line kat sini.

Walaupun Pantai Kelanang adalah kawasan bakau tetapi masih ada pasir kat tepi pantai ini macam pantai pantai yang lain. Ena pergi satu port dekat area pantai ini, memang sangat cantik kawasannya. Ada batang bantang pokok yang menjadi perhiasan di situ. Pasirnya pun berwarna putih, bersih. Memang terbaiklah kalau nak shooting dengan sini.




Ena tak sempat hendak pergi keseluruhan Pantai Kelanang ni memandangkan cuaca agak terik dan menyilaukan. Sampai nak buka mata pun agak terseksa. Yela, ena ni silau kuat. Sobs. Oleh itu, untuk entri kali ini, ena nak jamah you all dengan gambar gambar ena bersama permandangan indah di sini. Terima kasih diucapkan kepada tukang pengambil gambar ye. 

Guna kamera handphone cikai je, so kualiti gambar agak kurang cantik dan menyerlah. Maaf~








I love the view so much! Kayu kayu mati tu yang menyebabkan permandangan dekat sini bertambah cantik. Kalau guna kamera DSLR ni mesti nampak lagi lawa. SubhanaAllah! Indah sungguh ciptaan Allah, tenang je pemikiran apabila berada di sini.

Kepada mereka yang berada berdekatan dengan Banting, bolehlah pergi ke sini melihat keindahan alam atau beristirehat di sini dengan keluarga tersayang setelah penat bertungkus lumus mencari rezeki di ibu kota. 



Share

Other Article

KEINDAHAN PANTAI KELANANG I BANTING
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
24.10.14

Cantik nya pemandangan kat situ..
Tenang dan damai je rasa...

Reply
avatar
24.10.14

cantiknyer model dan pantai tu....

Reply
avatar
24.10.14

kalau datang sini pergi mandi je..cantik sangat kat sini, one day nak buat photoshoot kat sini :)

Reply
avatar
25.10.14

eh mmg cantik kawasan tu ena, ..jd pilihan photographer, bila ke sana?

Reply
avatar
28.10.14

Memang cantiklah pantai ni.. Kalau buat wedding outdoor photoshoot cantik nih..
Rosmiza Ali Official Blog™

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)