Tuesday, September 16, 2014

ROCK IT FRIES | BURGER KING ONE SURIA



ROCK IT FRIES | BURGER KING ONE SURIA | Baru baru ni ena pergi makan tengah hari di Burger King, One Suria yang berhampiran dengan asrama ena. Memandangkan tempat One Suria ni baru sahaja buka pada tahun ni, so ena tak mahu lepas peluang untuk cuba makan di sini. 

Tambahan pula, ena dah lama tak makan melantak kat Burger King. Yela kat Tanjung Malim mana ada Burger King, KFC, Pizza Hut, OldTown White Coffee jelah ada. Terpaksa tahan nafsu bila tengok iklan iklan Burger King keluar dekat TV atau kat surat khabar. Ena lebih suka makan burger di Burger King berbanding burger di McD. Dulu je layan McD, sekarang dah stop makan McD, dah tak bernafsu tengok McD



Rock It Fries. Rock It Fries ialah kentang goreng yang dibubuh serbuk kari dan dimakan bersama dengan sos special. Sudah lama ena teringin nak merasai Rock It Fries dan bila dah ada kat Kuantan ni, dapat juga akhirnya ena makan fries ni.

Harga Rock It Fries ni ena tak berapa nak ingat sebab ena beli sekali dengan set burger. So, kalau sekali set dengan burger dan air, hanya tambah RM 1 sahaja untuk tukarkan dari kentang biasa kepada Rock It Fries.


Mengenai rasa pula, urmmmm agak kurang sedap bagi ena. Mungkin sebab rasa serbuk kari terlampau pekat dan ena pula jenis yang kurang minat makan kari. Hurmmm. Tapi sos special untuk Rock It Fries ni memang sedap bagi ena. Rasa sos special ni pedas pedas manis.

Namun, walaupun tak sedap, ena balun juga sampai habis. Dan dah dua kali ena beli Rock It Fries ni. Dari terbuang kentang kalau beli kentang yang biasa, baik add on RM 1 untuk Rock It Fries. Walaupun tak berapa sesuai dengan tekak ena, janji kentang tu ada perisa. Sambil tu, boleh jadi kudap kudap bila tengah layan movie di lappy kesayangan ena.

Kepada yang berhampiran dengan area Kuantan ni, boleh lah terjah makan kat Burger King di One Suria. Tempat pun cantik, selesa dan tidak berbau. Selain Burger King, Ayam Penyet pun ada. Ayam Penyet tu ena tak rasa lagi la, nanti ena pergi buat review ye. Nantikan review untuk Ayam Penyet pula.

Bawah ni alamat Burger King One Suria



ALAMAT:
Lot A, One Suria,
Jalan Sultan Ahmad Shah,
Bandar Indera Makhota,
25200 Kuantan, Pahang
*Opposite International Islamic University Malaysia Kampus Kuantan*

NO TEL:
016 3300646

MASA:
Monday to Sunday
7am - 12am

KEMUDAHAN:
Free Wifi
Drive Thru
Breakfast




Share

Other Article

ROCK IT FRIES | BURGER KING ONE SURIA
4/ 5
Oleh

12 Comments

Comments
avatar
16.9.14

lapar la pulak.. bila nak belanje saya? hahaha

Reply
avatar
16.9.14

macam sedap je. nak try juga lah nanti! lgpun kentang dia lain dri yg lain sbb letak dlm cup minuman :D

Reply
avatar
16.9.14

Agaknyer serbuk kari tu kene letak sikit je kot baru sedap... kene try n error pulak kat burger king tu hehe...

Reply
avatar
16.9.14

pernah jugak makan.. memang sedappp :)

Reply
avatar
16.9.14

Burger King.. Hubby akak suka makan burger King.. Akak lak sejak 2 menjak ni tak bernafsu nak makan burger.. Huhu.. Kalau gi pun setakat teman hubby makan jelah.. Akak layan kudap2 macam fries cani jer.. Hehe..
Rosmiza Ali Official Blog™

Reply
avatar
16.9.14

Hahaaa.. sedap ke tak..dah beli kena makan.. jangan membazir okeh

Reply
avatar
17.9.14

Tak penah pegi huhuhu..ank2 kak lya suka kfc .. A&W jer hehehe

Reply
avatar
17.9.14

bestnya ena :) nmpak sedap jer akak tgk hehee

Reply
avatar
17.9.14

lapar tgok entry ena ni!

Reply
avatar
18.9.14

kalau dah laapr makan jugak..ehhee

Reply
avatar
19.9.14

saya memang minat makan kari. Semestinya kentang ini sedap dan serasi dengan lidah saya

Mungkin lelaki lebih suka kari dari perempuan

Reply
avatar
19.9.14

tak payah cakap tanjung malim enaa oi kat penang pun tak banyak outlet burger king. banyak mende lain hihihi. akak makan burger king kalau balik bangi aje.. akak ske mushroon burger ooonomnom..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)