Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, September 04, 2014

RECCO COFFEE CAFE | TANJUNG MALIM



RECCO COFFEE CAFE | TANJUNG MALIM | Dah lama ena tak buat review tempat makan di area tempat tinggal ena ni. Sejak kak blogger kesayangan ena iaitu kak Mastura Rara telah tamat pengajiannya di UPSI, so tiada lagi teman seblogger untuk ikut ena pergi makan bersama sama.

Baru baru ni, ena dengan kawan ena pergi minum petang di salah satu kedai makan di area Tanjung Malim iaitu Recco Coffee Cafe. Sudah lama ena perasan kedai makan ini wujud tapi belum diberi kesempatan untuk jenguk dan makan di situ.

Recco Coffee Cafe terletak di Taman Universiti yang berhampiran dengan tempat pengajian tinggi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kedai makan di sini memang menjadi tumpuan pelajar UPSI untuk menjamu selera mereka.



Apa yang buat ena tertarik untuk makan kat Recco Coffe Cafe ni ialah dekorasinya yang menarik dan keadaan kedai makan ni bersih serta teratur. Selesa je ena tengok kedai makan ni. Apa lagi, ena ajak kawan ena untuk singgah sejenak minum petang di sini sebelum hantar dia pulang ke rumah.

Ena tak makan sangat, just minum minum je. Kawan ena pula order nugget, makan yang ringan ringan je. Mula mula ingat nugget kat sini hanya sekadar nugget sahaja, rupa rupanya ada sekali dengan coleslaw, sos dan mayonis. Perrgghhhh! Banyak pula tu coleslawnya, memang ena sukalah. Ena melantak itu je sebab tak gemar sangat makan nugget ni. Mungkin juga masa ni masih dalam kekenyangan yang melampau. Hehehe

Susun atur makanan pun menarik, cuma masa ni tak dapat nak cuba makanan yang lain. So ena tak dapat nak rating kesedapan makanan kat sini berapa banyak. Namun, air yang kami order rasanya memang sangat perfect. So tak menyesal lah lepak makan kat sini sambil minum petang. 


Hot Mocha

Nugget


Kepada yang ada di area Tanjung Malim ni, bolehlah cuba makan kat sini ye. Di bawah ni ena tinggalkan details untuk you all mengenai Recco Coffee Cafe Tanjung Malim. Silalah terjah ye.



ALAMAT:
No 19, Jalan U-1, Taman Universiti
35900 Tanjung Malim, Perak







Share

Other Article

RECCO COFFEE CAFE | TANJUNG MALIM
4/ 5
Oleh

4 Comments

Tulis Comments
avatar
4.9.14

Siap set lengkap. Sedap tengok. Igt ke chichen chop ke. Hehee

Reply
avatar
5.9.14

macam sedap aje.

nanti kalau Gua singgah Tanjung Malim. sila belanja

Reply
avatar
5.9.14

time lelapar ni tengok naget dengan mayonis pun sedap !

Reply