Thursday, September 11, 2014

CABARAN 30 HARI | KENANGAN LUCU ZAMAN KECIL AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | KENANGAN LUCU ZAMAN KECIL AINAA ROSEBERRY | Fiiuuhhh, terpaksa setting tarikh untuk entri ini memandangkan dah 5 hari ena tak update blog. So sekarang tengah gigih selesaikan entri Cabaran 30 Hari yang mana tertangguh. Chayok ena!

Untuk cabaran hari kesebelas, ena dikehendaki untuk menceritakan kenangan lucu pada zaman kecil ena. Huishhh! Pening juga nak ingat balik pengalaman lucu masa zaman kecil kecil dahulu. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Gambar kecil kecil dahulu pun tak ada sebab semua tertinggal kat rumah ena di Tanjung Malim. So, tempek jelah gambar yang mana nampak agak kebudak budakan di situ. Hehehe.

Jom baca tentang kenangan lucu zaman kecil ena.



KENANGAN LUCU ZAMAN KECIL

Main Kutu. Pernah tak you all dengar orang sebut sebut mengenai main kutu ni?? Surelah pernahkan. Okay ada cerita pasal benda ni masa ena kecil kecil dahulu. Ena tak tahu la benda ni adalah satu kenangan lucu ke tidak tapi bagi ena agak melucukan juga bila teringat balik.

Masa kecil kecil dahulu, ena selalu juga dengar mak dengan kakak ena sebut perkataan 'main kutu' ni. Sikit sikit borak pasal main kutu, sikit sikit cakap pasal duit nak bayar main kutu. Ena masa tu umur dalam 5 atau 6 tahun. Then, you all nak tahu apa yang asyik berlegar dalam kepala otak ni bila mak dengan kakak ena cakap pasal benda?? Main kutu bagi kefahaman ena msa tu adalah main lawan lawan kutu. Kutu yang ulat betul tu. Hahaha.

Pada zaman tu, ena macam pelik jugalah memikirkan macam mana mak dengan kakak ena ni cari kutu semua ni. Cabut kat badan kucing ke atau ada cara yang lain?? Bila cel cel otak bergabung begnilah jadinya. Mengarut ngarut je berimaginasi. Ahaks

Tak lama kemudian, baru ena tanya kat mak ena. Tanya macam mana dia cari kutu tu semua. Mak ena punyalah gelak besar bila ena tanya soalan macam tu kat dia. Nasib baik tak terkucil je mak ena masa tu. Hahahaha. Adeii, lepas mak habis gelak baru dia terangkan apa sebenarnya Main Kutu tu. Barulah ena tahu apa kebenda lah Main Kutu ni sebenarnya.

Itulah salah satu kenangan yang masih segar dalam kepala otak ni. Entah apa apa je ena masa tu. Boleh pula fikir Main Kutu tu adalah mainan laga laga kutu ni. Ni mesti terpengaruh baca buku Kampung Boy ni sebab ada cerita mengenai main lawan labah labah. 


CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI



Share

Other Article

CABARAN 30 HARI | KENANGAN LUCU ZAMAN KECIL AINAA ROSEBERRY
4/ 5
Oleh

8 Comments

Comments
avatar
15.9.14

hehhe..okeh..jenuh la nk mencari kutu kalau main kutu betul2

Reply
avatar
15.9.14

Haha apela.. geli gile kalau main kutu gitu . Laga2kan kutu hidup.. erk! :P

Reply
avatar
15.9.14

hahha.. lawak la ena nie.. :P

Reply
avatar
16.9.14

adehhh...gelak sorang2 baca entri ni pasal KUTU..kih3...biasa la tu...masa kecik2 kan kreatif sikit pemikirannya...saya pun ada juga kisah lucu masa kecik2 dulu...air laut kan ada time pasang dan surutnya...saya pernah tanya, "mana kepala paipnya...tak nampak pun siapa yang pasang.." tak pasal2 je bantai gelak...bila ingat balik memang kelakar la...hee

Reply
avatar
16.9.14

Haha! Kalau akak pun duk pikir benda yang sama kot masa umur baya2 ena masa tu.. Lawak ar Ena ni..

Reply
avatar
17.9.14

hahaaa..mmg lah xfaham lg masa tu baru 5 atau 6 tahun kan..tp mmg lawak hahaa..laga2 kutu mcm ayam eh hehee :p

Reply
avatar
19.9.14

haha..memg kelakar..dulu pun akk pikir gitu..wakaka

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)