CABARAN 30 HARI | CERITA KASUT AINAA ROSEBERRY

by - Sunday, September 14, 2014



CABARAN 30 HARI | CERITA KASUT AINAA ROSEBERRY | Hari ini sepatutnya dah masuk cabaran ke 16 tapi ena masih terhegeh hegeh buat cabaran untuk hari ke empat belas. Ini pun terpaksa setting tarikh supaya setiap entri Cabaran 30 Hari ni terletak pada hari dan tarikh yang betul.

Okay untuk cabaran kali ini pula, cerita tentang kasut ena. Tsk tsk tsk. Apa ye ena nak cerita pasal kasut ena ni, pening dah memikir. Dah la ena ni jenis bukan suka beli kasut. Beli satu, pakai sampai lunyai baru beli yang lain. Selain itu juga, warna kasut pun ena tak pernah pilih yang warna warni. Putih, hitam, kelabu itu jelah. Nak melawa sedikit, pinjam dari kakak ena. Alamatnya, memang tak kisah sangat pasal kasut ni.

Cuma ada satu kasut ni je buat ena rasa happy dan sayang sangat iaitu kasut pemberian seseorang yang sentiasa ada di sisi ena. Rasa happy bila dia bagi kasut dalam gambar di atas kepada ena. Masih tersimpan cantik dalam kotak kasut. Cadangnya nak pakai pergi ke kuliyah, tapi tetiba rasa sayang pula nak pelasah kasut tu. Takut rosak cepat. Huaaaaaaaaaa.

Tunggu la dua tiga bulan lagi, lagipun kasut yang sedia ada masih elok lagi. Hehehehe. Itu jelah cerita kasut ena. Ena tak ada cerita menarik mengenai hal ini. Maaf sebab tak fullfil sangat cabaran kali ini.



CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI




You May Also Like

7 Comments

  1. samalah kiter. dh buruk baru beli baru. hehe.

    ReplyDelete
  2. cun je kasut tu.. hehhe... ima pun kalo beli kasut, slalu pilih warna itam, kelabu, putih..hhaha

    ReplyDelete
  3. Cantiknya kasut baru Ena tu.. Akak pun jarang beli kasut nih.. Duk tengah penin nak citer apa la pasal kasut.. Adehhhh..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  4. ena sama lah kita ..jrg beli kasut akan pkai kasut yg sama smpai lunyai baru cr baru hehee :D

    ReplyDelete
  5. meh bgi akk pakai..hehe

    ReplyDelete
  6. sama la..spesis pakai sampai lunyai.hehehe

    ReplyDelete
  7. Anonymous19.9.14

    hahaha samalah kita ena oooi. akak suka shopping tapi bab nak beli kasut akak tension. kaki kecik and size selalu tak ada. bila dah berkenan check check size tak ada. then itulah jadinya malas nak shopping kasut. gunalah satu satu smpai hancus then fkir lagi..

    ReplyDelete