Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, September 17, 2014

CABARAN 30 HARI | 5 PERKARA YANG DIRINDUI AINAA ROSEBERRY



CABARAN 30 HARI | 5 PERKARA YANG DIRINDUI AINAA ROSEBERRY | Bertemu kembali kita dalam Cabaran 30 Hari. Pada hari ini, bersamaan 17/9/2014,  menandakan sudah tujuh belas hari cabaran ini telah berlangsung. Ada yang sudah tewas dan ada yang masih teruskan perjuangan untuk cabaran kali ini. Ena masih belum tewas dan masih belum ada rasa untuk berputus asa. Dan untuk cabaran hari ini pula, ena perlu senaraikan lima perkara yang dirindui oleh ena.


Untuk pengetahuan you all, perkara perkara yang ena rindui ini adalah perkara yang membuatkan ena terfikir "Alangkah wujudnya mesin masa yang boleh putar balik masa pada zaman ena muda mudi dahulu". Andai kata ena dapat patah balik masa, ena nak perbetulkan segala kesilapan dan kesalahan yang pernah ena lakukan. Namun semua itu mustahil. Yang perlu ena lakukan sekarang hanyalah teruskan kehidupan ini, berubah ke arah yang lebih baik dan bertaubat.

Okay, jom baca 5 perkara tersebut..




5 PERKARA YANG DIRINDUI

1) Diri Ena Pada 14 Bulan Yang Lepas.
Ena rindu diri ena pada waktu itu. Seorang yang ceria, peramah dan bebas dari rasa sakit hati. Tapi sejak diri ini banyak kali dikecewakan, terus perangai ena berubah. Mudah tertekan, mudah marah, mudah melenting dan mudah membenci. Sekarang ni ena cuba untuk kembalikan semula perangai ena yang dulu dulu.

2) Zaman Kanak Kanak Ribenna
Majoriti yang buat cabaran untuk hari ini akan mengatakan bahawa mereka rindukan zaman kecil kecil mereka. Tak terkecuali juga dengan ena. Ena sangat rindu pada zaman kanak kanak dimana diri ini tak perlu fikirkan masalah. Bebas bermain main dengan alat permainan.

3) Rumahku Syurgaku
Rindu rumah! Homesick! Rindu mak dan abah. Tapi kalau balik rumah pun, asyik tidur je. Hurmmm. Bila berjauhan baru terasa rindu bagai. Aduyaiiii!

4) Badan Kurus Melidi
Huarrrghhhhh! Ena memang nak badan ena masa zaman sekolah dahulu. Kurus melidi je dulu. Sekarang ni rasa dah gemuk. Lemak melebih lebih dah sekarang ni. Walaupun nampak agak kurus sekarang tapi kalau rasa lemak kat bahagian perut, bahagian peha ni, Astagfirullah! Itu yang tengah usaha untuk kempiskan.

5) Dunia Blogger Yang Dahulu
Entahlah kenapa ena rindu sangat zaman blogger dulu dulu ni. Zaman sebelum ena mejadi blogger yang aktif. No hard feeling, no cemburu cemburu, no masam masam muka antara blogger. Everything nampak happy je. Tapi sekarang ni, tak tahulah ena nak cakap. Hurmmm. Yang dulu kamching, sekarang ni jadi musuh. Ena pun dalam situasi sama. Banyak juga terasa hati dengan blogger yang lain dan akhirnya ena terpaksa membawa diri sendiri. 



CABARAN 30 HARI #KELABBLOGGERBENASHAARI



Share

Other Article

CABARAN 30 HARI | 5 PERKARA YANG DIRINDUI AINAA ROSEBERRY
4/ 5
Oleh

17 Comments

Tulis Comments
avatar
17.9.14

Apa yg gemoknye ena?? Kak irra tengok ena selim melin jer..hihi dh la cun..

Reply
avatar
18.9.14

laaa... ada juga ya terasa dengan blogger...?? hihi... tak semua rambut sama hitam ena... ada yang blonde bagai... termasuk kaksha... hiks !

rindu jugak zaman kanak2 ribena, happy aje !

Reply
avatar
18.9.14

Kan??akak pun fikir macam tu..kenapa nak sampai bermasam2 muka..kenapa nak dengki dan iri hati.sedangkan ada tu tak pernah jumpa pun.tapi bila berkata2 sampai menyakitkan hati,mula la nak bermasam muka..

Reply
avatar
18.9.14

So agreed tuk no 5 tu.

Reply
avatar
18.9.14

ena..awk sangat comel!
jangan sedih2 tau..kita masih muda!(*sy perasan muda jgk..:p)
jauh lagi perjalanan dan jadikan segala yang pahit itu pengajaran untuk masa depan.
kalau kita ditinggalkan atau dikhianati, its his lose, not us..
ceria2 selalu..^^


p/s:thanks sbb slalu singgah blog kita..

Reply
avatar
18.9.14

Ena ni takut kegemukan eh..jgn sampai takut jd isteri orang sudah la ye. Hormon cepat berubah tau..ha haa.

Kenapa skarang ni ada yg sampai bermasam muka dlm dunia blogging. Huh x faham pcl.

Reply
avatar
18.9.14

kak yuyu tak pernah miss baca blog ena untuk cabaran 30hari nih.. interesting, hehehee..

Reply
avatar
18.9.14

eh sekrang pom kanak2 rebina gak kan..hehe

Reply
avatar
18.9.14

rindu jugak zaman kanak-kank...sobsob

Reply
avatar
18.9.14

ala aina..jangan la moody2..think positif, setiap yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi yang kita sendiri tak tau.tp allah dah aturkan yg terbaik untuk kita..

peace ye :)

follow http://www.greenvitamin.net/

Reply
avatar
19.9.14

Buat rileks rileks sudah sis aina.

Jadilah seperti sungai yang mengalir. Orang campak kopi tak terasa pun pahitnya

Berbanding menjadi secawan air di letakkan kopi. Memang terasa pahitnya

Semakin besar dan kuat jiwa kita, semakin mudah kita ketepikan masalah.

Salam ziarah :)

Reply
avatar
19.9.14

Memang akui saya suka zaman bloggi 2-3 tahun lepas. Meriah dengan berinteraksi dan paling seronok siap berbalas-balas komen berjela. Sekarang suasana tersebut semakin suram.

Reply
avatar
19.9.14

akak pun nak jadi kurus cem dulu. sejak sakit badan macam kena pam pam.. pelan pelan akak dok kayuh so that badan slim balik.. gigih !! loorh ena.. ape yang masam masam muka tu. huuurm.. alaa tanak le cenggitu.

Reply
avatar
20.9.14

Zaman kanak-kanak memang the best, kannn...

Reply
avatar
23.9.14

tetiba akak pn rindu zaman2 dlu huhuhu..super duper best!!!

Reply
avatar
5.10.14

Haha sape x rindu zaman kanak2 Ribenna dulu.. main mercun pop pop

http://kasut-rantau.blogspot.com/2014/10/paris-souvenirs-giveaway-by-jindrisska.html

Anda di tag..

Reply
avatar
6.10.14

wahhh, ena...jangan sedih2 yer... akak suka baca blog ena...keep it up! cheer up, bebeh... time heals almost everything.... :D

jemputlah join giveaway akak yer...akak nak aksi keychain dari PARIS...ada 20 keychain, 3 poskad, dan 3 maps paris untuk dimenangi.... :D jangan terlambat yer, insyaallah GA sampai hujung oktober... :D

Reply