POS MALAYSIA | TIDAK AMANAH | 2014

by - Thursday, August 07, 2014



POS MALAYSIA | TIDAK AMANAH | 2014 | Alhamdulillah, happy sangat bila petang tadi ena dapat kad raya dari kak blogger Kisah Tatie, yang telah sekian lama menunggu ketibaannya. Terima kasih banyak banyak kak Tatie atas kad raya yang diberi. Ena hargai sangat sangat.

Namun sangat mendukacitakan apabila sampul kad raya yang diterima sudah disentuh, sudah dibuka malah telah digam semula sebelum sampul tersebut sampai ditangan ena. Terus ena rasa tak sedap hati.Apa lagi, ena terus tanya kak Tatie untuk kepastian.




Sah! Sampul kad raya ni dah dibuka oleh pihak yang uruskan penghantaran kad raya ni. Tidak amanah langsung! Tengoklah tempat yang ena dah bulatkan dengan warna merah tu. Nampak sangat. Okay, ai is geram!

Yang lagi sadis, duit raya kak Tatie bagi kat ena pun lesap, tinggal RM1 sahaja. Yang lain habis diambil oleh pekerja yang tidak jujur dan tidak amanah ni. Bukan ena seorang je yang kena, kawan kawan lain pun kena benda yang sama. Kad Raya dari kak Tatie juga.



Nasib baik yang ena ni tinggal seringgit je. Kawan yang lain lesap terus duitnya. Bukan sedikit wangnya, banyak. Memang kayolah siapa yang ambil tu. Hurmmm, kesian kak Tatie. Geram tu memang geram tapi nak buat macam mana. Hurmmmm

Biarlah kejadian sebegini jadi peringatan kepada kita semua. Lepas ni jangan sewenang wenangnya bagi duit dalam bentuk wang tunai melalui pos sebegini. Macam macam boleh berlaku, kita juga menangis nanti. Kalau nak bagi duit, silalah buat cara yang lebih selamat.

Kepada pihak Pos Malaysia pula, harap pihak Pos Malaysia mengambil tindakkan yang lebih serius mengenai kes sebegini. Jangan lepas tangan begitu sahaja. Kembalikan kepercayaan kami.


Pokok pangkal diri sendiri. Amanah dan jujur ketika bekerja.


You May Also Like

30 Comments

  1. ish3.. teruk nye... dah raya pun masih tak insaf2 juga..apa nak jadi ni pos ni -_-

    ReplyDelete
  2. Ena ke yg kena macam ni. Sabar jelah dgn pekerja pos malaysia. Nama pos malaysia jugak yg busuk :3

    ReplyDelete
  3. alahaai ..sapalah punya kerja yg tak bertanggungjawab tu..., tapi memang tak ada jaminan pejabat pos jika kiriman tunai dalam sampul lesap.. redha je lah...sikap orang kita yg diamanahkan tu kena betul2 amanah la kan...senang citer.

    ReplyDelete
  4. dh bnyk kes cmni..kalau parcel pun diorg leh koyak..apatah lgi surat..mohon pekerja2 yang xjujur dan amanah ni cepat2 la bertaubat..jangan smpaikan duit haram jd darah dlm badan..

    ReplyDelete
  5. aiss macam ni punn boleh jadi, tak amanah langsung. Boleh pulak main bukak :3

    ReplyDelete
  6. oohh, da bukak . sedeh nye . knape depa buat krja macam tu . brg org kott

    ReplyDelete
  7. Mungkin ada certain2 staf dorang yg x amanah.. Tapi tak semua.. Akak sendiri pun geram dengar.. Tp anggap jelah xde rezeki.. Sebab dlm terms pun da bgtau kite awal2 jgn pos benda2 berharga termasuk wang tunai.. Manusia ena, susah kita nak baca hati manusia ni.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  8. teruk betul pekerja yang tak amanah tu. memburuk kan nama pos laju je

    ReplyDelete
  9. gila betul macam mana la leh tau dlm tu ada duit kan ada bau duit ke?

    ReplyDelete
  10. Eiii tak jujurnyaaa! Ingat seronok ke amik duit haram macamtu. Ni mesti pihak pengurusan dr belah kak Tatie pnya PosLaju sbb sekali pos sekali semua lesap. Haihh sian kak Tatie. Sabar eh kak Ena :/

    ReplyDelete
  11. betul tu ena..
    sebab nila setitik rosak susu sebelanga..
    parasit mcm ni la yang perlu dibendung..
    habis nanti orang tak percaya pekerja pos malaysia yang lain..
    mencemarkan nama betul

    ReplyDelete
  12. same la.. anis pon kena jugak.. nasib baik kad raya tu xde duit raya sekali.. xamanah betul la..ingtkn anis sorang je yg kena.. sape yg buat tu tanggung la akibat di kemudian hari..

    ReplyDelete
  13. Ish Ish Ish . Tak patut. Semoga mendapat balasan yang setimpal si posmen tu. Jahat betul. Btw, salam Aidilfitri :)

    ReplyDelete
  14. Akak pernah terima dari blogger bg duit raya kt anak sis...selamat sampai...ini mesti angkara posmen atau org yg terima kad utk di susun atur ikut kawan..grrrrrrrrrr sabar ye dik ena...dia buat cm tu mkn jadi darah daging haram tu...

    ReplyDelete
  15. banyak dah jadi kes camni, pos laju dan pos biasa, kena laporkan pada pihak atasan pos malaysia .. tiada tindakan, mereka terus menerus mencuri dan tidak berhati2 . sedangkan perkhidmatan mereka berbayar ..

    ReplyDelete
  16. semoga yg buat tu insaf lepas ni..dlm apa jua perkra kne jujur

    ReplyDelete
  17. mcm mana dia tahu pula dlm sampul tu ada duit ya?rajin nye dia bukak satu2.haih,...orang zaman sekarang....

    ReplyDelete
  18. Kena hati hatilah lepas ni. sampai hati bang posmen..

    ReplyDelete
  19. padahal kerja tu dah ada hasil... boleh main curi2 pulak.. menjawablah esok.. besar dosanya bila pecah amanah ni... hmm

    ReplyDelete
  20. Sila buat aduan dekat pihak pos . Biar mereka buat siasatan.

    ReplyDelete
  21. eloknya tukar ke wangpos..duit memang kompem la depa amek..ish depa ni bulan puasa pun buat kerja gini..

    ReplyDelete
  22. diorng tu macam tau2 je ada duit dalm tu kan? heemm...

    ReplyDelete
  23. Semoga kita semua ambil pengajaran..
    Kepada penganjur giveaway, better guna kaedah online transfer untuk menjamin pemenang menerima hadiah yang mereka menangi...

    ReplyDelete
  24. Huhuhu sedihnyerr..kak lya pernah kena jgk FM drp raksn blogger di curi huhuhu...siap tampal blk gam kt sampul huhuhu sedih btol kan ..

    ReplyDelete
  25. Sebab tu tak boleh hantar wang tunai melalui pos. Kalau nak hantar duit guna pos jugak kena guna wang pos. Kalau tunai alamatnya memang jadi macam ni la.

    ReplyDelete
  26. lepas nie kena lebih berhati-hati kan...macam2 perangai orang sekarang nie...

    ReplyDelete
  27. Assalamu’alaikum wbt.

    Pihak kami telah cuba untuk menghubungi pengirim iaitu KisahTatieDotCom melalui panggilan telefon untuk menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan perkara ini tetapi tidak berjaya. Untuk makluman, matawang adalah antara item yang dilarang daripada dikirimkan menggunakan perkhidmatan mel. Pemberitahuan ini juga ada tertera pada laman web : http://www.pos.com.my

    ReplyDelete
  28. Harap dapat disiasat dan bukan maklum itu kesalahan pengirim hantar duit...wlaupun ya salah pengirim hantar barangan beharga..tetap menjadi kesalahan poslaju jika x amanah...

    ReplyDelete