Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, August 27, 2014

MENGENAI KAD RAYA AIDILFITRI ENA | AINAA ROSEBERRY



MENGENAI KAD RAYA ENA | AINAA ROSEBERRY | Entri kali ni ena nak kongsikan mengenai kad Raya Aidilfitri ena walaupun raya sudah pun menutup tirainya. Rupa kad raya ena tahun ni, you all boleh rujuk pada gambar di atas. Tak secantik kad raya kawan kawan blogger yang lain, simple sahaja. Well, ena ni suka benda yang simple simple janji nampak kemas.

Sebanyak 70 kad telah ena edarkan kepada kawan kawan seperjuangan ena; sama ada kawan sekolah, kawan universiti atau kawan di laman sosial. Dan ena juga tahu ada yang ena terlepas pandang untuk bagi kad raya, hurmmm...maafkan ena ye. Alamatnya, tahun depan ena kena buat lebih supaya semua kenalan ena dapat. Memandangkan tahun ni first time buat kad raya so tak dapat nak buat bajet yang cukup. Doa doakan ena dimurahkan rezeki untuk tahun depan.



Tema warna untuk kad raya ena ialah hitam pink sebab nak bagi sama dengan warna bisnes kad ena. So masa ena hantar kad raya, ena selitkan bersama dengan kad bisnes ena. Dan ada juga beberapa orang yang bertanya pada ena, kat mana ena buat untuk kad raya dan bisnes kad ena.

Oleh itu, ena nak share link yang telah berkhidmat untuk kad bisnes serta kad raya ena. 

DESIGN KAD RAYA:
http://www.zazazehra.com/

PRINTING KAD RAYA:
http://www.duniashida.com/

DESIGN & PRINTING KAD BISNES: 



Haaa mereka ni la yang ena tempah untuk kad raya dan kad bisnes ena. So, kepada you all yang nak buat tempahan design ke, printing ke atau apa apa sahaja la, boleh la you all rujuk kepada mereka diatas. Harga sememangnya murah dan sangat berpatutan dengan kualiti yang mereka hasilkan.

Sangat berpuas hati. Alhamdulillah~

Now, tengah fikir nak buat design yang macam mana pula untuk kad raya pada tahun depan. Nak kena tempah orang buat vector pula. Ahaks, macam macam design dah ada dalam kepala otak ni cuma tak tahu nak pilih yang mana satu.


Share

Other Article

MENGENAI KAD RAYA AIDILFITRI ENA | AINAA ROSEBERRY
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
27.8.14

amboi pinky nyerr kad dia...

Reply
avatar
27.8.14

wah... cantik menarik tertarik ... ;)

Reply
avatar
28.8.14

cantik kad ena :) hitam pink..jrg dibuat org tp bila ade wane mcm tu digabungkan nmpak mnarik juga :)

Reply
avatar
28.8.14

Cantik biz kad ena dan kad raya ena kirim tempoh hari...kak ju simpan elok2...seronok tgk ayat dalam kad tu...ikhlas dari hati...ish tahun depan nak ikut jejak ena la...baru kenalan semua terharu kan yeyyy thanks dik ena cantik :)

Reply
avatar
28.8.14

Assalamualaikum ena, cantiknya. akak suka!

Reply