LUAHAN PERASAAN | ANDAI MASA ITU BOLEH DIPUTAR SEMULA

by - Tuesday, July 15, 2014



LUAHAN PERASAAN | ANDAI MASA ITU BOLEH DIPUTAR SEMULA | Dah lama rasanya tak buat entry mengenai luahan perasaan. Tetiba kali ni nak luahkan apa yang terbuku dalam hati ena selama ni.

Adai masa itu boleh diputarkan semula. Yes! Ena selalu berharap pada masa supaya dapat diputarkan semula. Selalu bertanya dalam hati "Kalaulah masa boleh diputarkan semula..." "Kalaulah ada alat yang boleh bawa kita kembali pada masa silam...." Kalau lah kan. Kalau lah semua tu wujud alangkah gembiranya hati ini.

Entahlah, ena ni kalau boleh nak patah balik waktu. Ketika zaman ketenangan dan kegembiraan. Tidak mahu berjumpa dengan orang yang menyakitkan hati, orang yang kita anggap selama ni kawan sebenarnya dialah musuh, orang yang menambahkan lagi kekecewaan di hati. Malah, tak nak langsung lalui masa masa kesakitan, kekecewaan dan keserabutan.


Membazir! Hurmmm. Alangkah bestnya andaikan masa itu boleh diputarkan semula. Ena nak perbetulkan kesilapan ena, kesilapan atas tindakkan ena. Life is not easy. Makin tercabar jiwa, perasaan, kesabaran, maruah dan pemikiran. Penat sebenarnya. Penat nak pujuk diri. 

Namun, apakah daya, semua ni kena harungi juga. Kalaulah, kalau lagi. Hehehehe. Kalaulah ada alat yang boleh hilangkan memori kita yang sakit sakit ni dalam sekelip matakan best! Boleh lupakan manusia yang menyakitkan hati supaya tiada lagi perasaan amarah, benci dan sudah pasti dendam.

Berserah kepada ketentuan Illahi. Semoga diri ini tabah! ^_^


You May Also Like

20 Comments

  1. Kan kan kan kak Ena? Andai lah boleh diputar balik...

    ReplyDelete
  2. semuanya berlaku bersebab...ada hikmah..sama ada nampak atau tidak,cepat atau lambat :) yakin dgn Allah

    ReplyDelete
  3. Ena kuat! Semua berharap agar masa boleh diputar. Tapi, itu mustahil kan? Just move on :)

    ReplyDelete
  4. yang boleh kita buat... terus pandang ke hadapan... terus harungi kehidupan hingga sampai syurga, In Shaa Allah

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ena, akak tau adik memang kuat. jangan cepat give up ya. yang lalu jadikan pengajaran untuk masa depan kamu ~~~

    ReplyDelete
  6. kalau ena masuk ke fantasi doraemon mungkin ena akan merasai apa yg ena nak tu... ; tapi ini semua hanya cerita kartun saja..mana mungkin masa boleh berpatah balik ; cuma apa yang boleh hanya kesedaran untuk kita muhasabah tentang kesilapan lalu..

    ReplyDelete
  7. sabar ye ena..
    setiap ujian itu ada hikmah nye kan :)

    ReplyDelete
  8. klu masa itu diputarkan semula, kematangan tu mungkin hilang dari kita

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dear..

    kan..andai masa boleh diputarkan..yaya pun pernah berharap mcm tu tapi yaya tahu ia takkan pernah jadi..

    masa..waktu..kegembiraan...keindahan..
    semua kita nak..nak kecapi balik..
    kalau boleh tak nak masa tu berubah kan?

    kalau boleh kita tak nak langsung sakit..terluka..kecewa..
    tapi itulah hakikatnya..
    dlm kehidupan pasti kita akan merasa suka dan duka..
    antara sakit dan gembira..
    walaupun terkadang rasa sakit tu mcm kita tak mampu nak tanggung sgt..

    tapi percayalah ada hikmah kan semua tu ena..

    semua yang jadi dalam hidup kita mematangkan kita dan memberi pengajaran agar kita berhati-hati kemudian hari.. ^__^

    ReplyDelete
  10. Hakak pun selalu harap masa tu boleh diputarkan kembali... betapa banyaknya hakak terlajak dalam hidup ni.... haaa kan dah emo :(

    Anyway, all the best for ur life ya laling :) Past is already past.. hukk

    ReplyDelete
  11. :'( KAK UZU FAHAM APA YG ENA lalui :'(

    ReplyDelete
  12. Sedih baca luahan hati ena...akak pun dah lama tak buat entry dari lubuk hati macam ini...selalu menjaga hati orang dalam berblog...tapi hati sendiri menangis kerana mahu lihat org lain gembira...ena...wpun akak ni adalah orang yang tak betul nak bagi nasihat, akak boleh cerita pengalaman akak dulu...jadikan pengalaman lalu sama ada pahit atau manis sebagai sempadan...kadang kala bila kita terlalu melihat ke belakang, tapi kita punya banyak ruang didepan yang terbentang luas untuk kita berhak kecapi hidup bahagia...grab it ainaa....akak dulu selalu gak pandang ke belakang...tp itu lagi menambahkan kelukaan...tp bila kita beri peluang pada diri kita di depan...subhanallah, alangkah nikmat perasaan itu ena...malah kita bersyukur, kita masih ada lagi orang2 yg masih sygkan kita...tetap azalinya ibu dan ayah...forever love...

    ReplyDelete
  13. sabar ena :) setiap apa yang kita lalui pasti ada hikmahnya, walaupun kita tak nampak sekarang, tapi mungkin akan dtang baru kita sedr betapa pentingnya segala pengalaman hidup yang kita tempuhi :)

    ReplyDelete
  14. tabah dan sabar ena..apa yg penting..masa xkn berubah dan bpatah balik..kite mst teruskn hdp..terus mnjd org yg lebih postif dan matang dlm khidupan :) buang yg keruh ambil yg jernih sygg.. :)

    ReplyDelete
  15. "kalau,kalau dan kalau" nnt jadi mcm mat jenin la.. masa silam akan buatkan kita ni samada makin kuat,makin lemah,semakin sedar or semakin melakukan kesilapan yang lampau... the past was the past, the future we don't know, and the present is what we are.. so? keep it up or improvise our life to be better.. insha Allah..

    ReplyDelete
  16. betul tue..kadang-kadang cik nur ada jugak terfikir kalaulah ada ubat yang bila kita makan je segala kenangan & memori pahit terus hilang dari ingatan kita...

    ReplyDelete
  17. Perkataan kalau, andai, jika tak digalakkan dalam Islam sebab ia boleh meragukan iman awak. Semua tu hasutan nak membolak balik kan hati awak. Yaya tahu ena kuat. Sabar banyak ye sayang. Doa banyak banyak. :')

    ReplyDelete
  18. Perkataan kalau, andai, jika tak digalakkan dalam Islam sebab ia boleh meragukan iman awak. Semua tu hasutan nak membolak balik kan hati awak. Yaya tahu ena kuat. Sabar banyak ye sayang. Doa banyak banyak. :')

    ReplyDelete
  19. tak paa ena.. benda ni laa yg mematangkan kita..
    belajar nak pilih kawan..:)

    ReplyDelete
  20. setiap benda yang berlaku ade hikmah disebaliknya

    ReplyDelete