RINDU NAK BERSUKAN | SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM

by - Monday, June 23, 2014


RINDU NAK BERSUKAN | SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM | Pada hari Ahad semalam, 22/6/2014, Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam telah mengadakan Hari Sukan Tahunan 2014. Memandangkan anak anak saudara ena sekolah di situ, so ena tidak lepaskan peluang untuk hadir melihat anak anak buah ena bersukan.


Anak saudara ena rumah merah, ena pun dulu rumah merah

Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam (SKHB) merupakan sekolah rendah ena dahulu dari tahun 1999 hingga 2004. 6 Tahun ena belajar di sini. Dan semalam, ena datang kembali untuk melihat adik adik bersukan.

Comel comel semuanya. Bila tengok mereka tengah buat acara balapan, ena pula rasa nak berlari macam dulu. Ketika sekolah rendah dan menengah rendah, ena memang aktif dalam bersukan. Ena suka sangat bersukan tapi bila dah masuk menengah atas dan sampai sekarang ena dah tak ceburi semua acara sukan. Masuk pun main bola jaring dengan bola keranjang je.




Acara yang paling ena suka masuk dahulu adalah acara Lompat Tinggi dan acara ini juga merupakan percapaian yang paling ena bangga sebab setiap kali masuk mesti Johan. Dapat kalahkan kakak kakak yang lain, ehem. Alhamdulillah. Ada juga acara balapan yang ena masuk seperti lumba lari 4x100m, 100m, 4x400m, 1500m.

Namun itu semua zaman dahulu, sekarang nak lari pun dah tak larat. Lemak sana sini menonjolkan diri. Apatah nak lompat tinggi, kalau lompat juga sure tersangkut bontot kat palang. Bontot berat. Hahahahaha.

Tapi serius, ena rindu semua tu. Rindu suasana bersukan yang ada pebarisan, ada sorakkan, berjemur di panas terik dan macam macam lagi.


Budak pemalas


Oleh itu, kepada ibu bapa diluar sana, janganlah sekat anak anak you all untuk bersukan. Sememangnya bersukan ni sangat elok untuk anak anak dan banyaklah kelebihannya dari keburukkan. Dan kepada pelajar sekolah pula, jangan lepaskan peluang sebegini. Dari asyik kejar cinta monyet yang tidak ketersampaian, baik you all pergi bersukan. 

Ena cakap melalui pengalaman sendiri.

You May Also Like

13 Comments

  1. Mas dulu pn rumah Merah --- tp selalunya dpt rumah biru :) hehe

    ReplyDelete
  2. anugerah subjek terbaik pendidikan seni visual... patut laa pandai mengaler... ;)

    ReplyDelete
  3. wah...banyak betul koleksi pingat dan hadiah...kagum...kagum...^_^

    ReplyDelete
  4. haha... speaking about sukan, i memang teruk sgt bab sukan ni, xboleh pakai lgsg!
    Untung la u pandai sukan! ;))

    Anyway, i'm blogwalking here :) nice to meet u ;)

    ReplyDelete
  5. syira sukan tak aktif..kawad kaki sgt aktif sebab syira ketua platun..hehe..
    seronok kann..

    ReplyDelete
  6. rindunya skolah.. acara sukan mesti nk masuk macam2. nina pun rumah merah jugak

    ReplyDelete
  7. Apa laie..ajak geng main futsal la Ena :P

    ReplyDelete
  8. Ena...akak julia mmg x berpeluang sgt join suka...apatah lagi kokurikulum...mahupun bdn beruniform...abah akak garang...mmg dia tak bg sgt kami masuk join2 ni....series zaman sekolah akak biasa2...nanti anak akak dah besar...akak mmg nak galakkan dia ceburi sukan dan persatuan...taknak jd mcm zaman lampau akak...semuanya terbantut...tp akak x salahkan abah akak...ada sebab kenapa dia buat cm tu

    ReplyDelete
  9. Betul la Ena, tengok budak2 kecik bersuka kita pun nak ikut bersukan. Terer Ena masa sekolah dulu ye, akak harap je kaki panjang tapi lari cam kura-kura hahahaha.

    ReplyDelete
  10. uish aktif nya dia

    ReplyDelete
  11. samalah kak shida pn aktif dlu..alaaa miss time tu jd olahragawati sekolah ^_^

    ReplyDelete
  12. Anonymous2.7.14

    comel sangat makcik tengok anak anak buah bersukan :D

    ReplyDelete
  13. dulu kecik..kuat lari..sekrng tido memnjang je..hehhe

    ReplyDelete