NASI AYAM SEDAP | SAUDAGAQ SUP JUNIOR | TG MALIM
NASI AYAM SEDAP | SAUDAGAQ SUP JUNIOR | TG MALIM | Setelah sekian nak buat review antara tempat makan yang best di Tg.Malim, akhirnya hari ni dapat juga ena buat juga. Dua tiga hari ni kesihatan diri tak mengizinkan untuk ena update blog. Kentalkan jiwa.
Kali ini ena ingin perkenalkan you all satu kedai makan yang menjadi tumpuan penduduk Tg.Malim iaitu Saudagaq Sup Junior. Kedai makan ni terkenal dengan kesedapan nasi ayam nya. Namun, menu utama atau menu simbolik untuk kedai ini sudah pasti terletak pada kelebihan SUP memandangkan nama kedai pun Saudagaq Sup Junior.
Saudagaq Sup Junior ini terletak berhampiran dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan terletak di Taman Universiti Tg.Malim. Sebaris dengan kedai makan ala ala barat iaitu California Steak House & Steamboat.
Pilihan makanan yang ena paling suka di sini adalah nasi ayam. Kesedapan nasi ayam kat sini memang lain dari yang lain. Warna nasinya yang kekuningan, rasanya yang cukup sedap, ditambah pula dengan kuah sup yang sangat meletop rasanya. Memang patut tempat ni jadi tumpuan orang ramai.
NASI AYAM : RM 4.50
NASI TAMBAH: RM 5.00
DOUBLE AYAM: RM 7.50
DOUBLE AYAM: RM 7.50
Saudagaq Sup Junior ini sebenarnya berasal dari Kedah. Melalui nama kedai pun kita boleh agak bahawa kedai makan ni diasaskan oleh orang Kedah.
Ramai pelajar UPSI memilih kedai makan ini sebagai tempat makan harian mereka. Mengenyangkan dan harga pun murah. Kalau dah sedap, mahal macam mana pun tak terasa sangat. Tambahan pula, kedai ini berdekatan dengan UPSI sebab itu ia jadi tempat tumpuan orang ramai.
Untuk minuman pula, ena mesti order air Bandung Special. Rasa air ini ala ala Air Batu Campur (ABC). Sedap sangat dan tak terlampau manis. Sesuai untuk menghilangkan dahaga.
Selain Nasi Ayam, you all boleh juga makan makanan yang lain seperti bihun sup, mee sup, bubur nasi, sup ayam atau daging bersama dengan nasi putih dan pelbagai lagi menu yang ada yang berasaskan SUP.
Di bawah ni ena share makanan yang dipilih oleh kawan blogger ena, iaitu kak Mastura Rama Rama.
NASI PUTIH + SUP DAGING: RM 4.50
SIRAP CINCAU: RM 3.50
Kepada yang suka nasi ayam atau makanan yang berasaskan sup, bolehlah cuba makan kat restoran ini. Maaf, kali ini ena tak dapat sertakan details kedai ni. Lupa nak tanya pada empunya kedai.
![]() |
Kakak blogger kesayangan Mastura Rama. |
![]() |
Me. Masih tak berapa nak sihat. |
17 Comments
ya ampun.. meleleh tengok. huhu
ReplyDeleteya allah terliurnya tengok...
ReplyDeletenasi ayam biasa je jumpa... tapi part bandung special tu yang tak tahan tu... menggetarkan tekak ;)
ReplyDeleteAina dah buat k.eyza terliur pagi2 ni.. sedapnya..jenuh pulak nak kena pg Tanjung Malim ni..
ReplyDeleteArrghh! mengancam tekak sungguh tengok nasi ayam, tambah telioq tengok kaler air-air tu hehehe.
ReplyDeleteTengok ayam tu nampak menarik betul. Lapaq terus. Haha
ReplyDeleteJauhnya Tg Malim kak Ena. Ehhh kak Ena lawa ahh <33
ReplyDeletenak sikit
ReplyDeleteamboi amboi gmbr. naseb bukn bulan pose tau...
ReplyDeleteHarganya pun berpatutan. Melihat sup tak boleh tahan sudahnya.
ReplyDeletemak aih.. juicy ayamnya..
ReplyDeleteAyam tu nampak macam sedap giler!
ReplyDeleteahhh .. menyelerakann.. haduhh, dhaga neh.. sirap cincau, bandung special.. gulppp.. >_< huhu
ReplyDeleteTu diaa.... kalau abg man Nasi tambah Ayam ekstra..... best betul nie - rasa nak turun tg malin je nie....
ReplyDeleteMacam kenal je tempat ni. Hehe... Sedapp.. sirap bandungnya walaupun tak special tapi sambil tengok orang yang order tu tiba-tiba special... heheh
ReplyDeletepergh..pergh..kalau makan supnyer panas2 memang sedapp
ReplyDeleteenaaaaa..!! terseksa jiwa akak tengok..!! tertekan hahaha..
ReplyDelete