Saturday, June 14, 2014

MENENANGKAN PEMIKIRAN | TAMAN TASIK EMBAYU PROTON CITY



MENENANGKAN PEMIKIRAN | TAMAN TASIK EMBAYU PROTON CITY | Taman Tasik Embayu Proton City merupakan sebuah taman rekreasi yang sangat dikenali oleh penduduk Tanjong Malim. Tasik Embayu ini merupakan tasik buatan dan juga merupakan tempat untuk penduduk di sini beriadah. Kalau orang luar nak datang pun boleh. Tiada cukai dikenakan.

Di sini juga ada menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai digunakan oleh semua golongan. Antara kemudahan yang ada ialah terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa, keindahan flora dan fauna dapat dirasai di sini. Selain itu, permandangan yang indah serta hampir dengan bukit bukau yang menghijau.





Ena juga memilih Taman Tasik Embayu ni sebagai tempat ena menenangkan pemikiran, berjogging dan juga tempat ena melakukan salah satu hobi ena iaitu photoshoot. Ini jelah tempat yang menarik untuk sesi pengambaran yang ada di Tanjong Malim ini. 

Ena memang suka pergi ke tempat sebegini berbanding pergi ke shopping mall atau ke bandar yang penuh dengan bangunan, kereta dan jalan raya. Dekat sini, ena boleh tengok burung burung yang singgah mencari makanan kat tasik ni, ena boleh menghirup udara yang segar. Selain itu, boleh cuci mata melihat alam flora, rumput yang menghijau.

 Macam macam lagilah.




Di Taman Tasik Embayu Proton City ini merupakan tempat kegemaran ena untuk tangkap gambar. Tak kisahlah gambar sendiri ke, gambar permandangan ke, gambar kawan kawan ke. Ena bukanlah hebat sangat dalam dunia photography tetapi janji dapat penuhkan memory kamera sudah memadai. Hehehe. Dah nama pun hobi.

Gambar gambar yang ena tempek dalam entry ni adalah hasil tangkapan ena la. Taklah secantik mana, tapi bagi ena ini satu kelebihan yang ada pada diri sendiri. Tak salahkan kalau nak rasa sedemikian??




Ena selalunya datang ke sini selain bergambar, ena juga datang bersenam pada setiap petang. Bukan jauh sangat dari tempat tinggal ena. Adakalanya ena pergi seorang diri, adakalanya ena datang ke sini dengan kawan kawan.

Kalau dengan kawan kawan, antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berkelah kat tepi tasik, bergurau senda dengan rakan rakan, photoshoot menghilangkan bosan dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini

Namun, jagalah batas batas ye.







Ingat tak yang ena suruh teka siapakah "orang itu" di entry ena yang ini??? Kepada yang jawab Wahid Senario tu sangat tepat jawapan you all. Alhamdulillah, ketika ena tengah berkelah dengan kawan kawan di tepi tasik embayu ni, ena diberi peluang untuk bertemu dengan Wahid Senario.

Ena bahagia.

Bergambar dengan abang Wahid Senario.


Share

Other Article

MENENANGKAN PEMIKIRAN | TAMAN TASIK EMBAYU PROTON CITY
4/ 5
Oleh

18 Comments

Comments
avatar
14.6.14

bestnya boleh lepak dekat tasik.. :)

Reply
avatar
14.6.14

pcl geram tengok keindahan kat sana,,,terutamanya ada air tasik tu...boleh pancing ikan ke? hih..hobi pcl tu sesambil beriadah dgn family.. selamat bercuti hujung minggu ena.

Reply
avatar
14.6.14

makin menghijau dah ainaa tasik proton city tu

Reply
avatar
14.6.14

tenangnya. hijau je rumput tu

Reply
avatar
14.6.14

yeah betul tekaan eden haritu...dah lama tak nampak wahid senario kat TV.

cantik juga pemandangan kat taman tasik ni. Tp nak wat cane jauh la pulak dr N9

Reply
avatar
14.6.14

sama lah kita . sis klu disuruh memilih antara pantai dan kehijauan , dah pasti sis pilih kehijauan untuk merehatkan minda ...

Reply
avatar
15.6.14

Dah agak dah. Abang Wahid buat apa sana Ena? N errrr...boleh mancing x? :D

Reply
avatar
15.6.14

tau dah wahid senario... saje taknak jawab... ;) ... tapi tempat ni memang menenangkan pemikiran ...

Reply
avatar
15.6.14

waa.. cantiknya pemandangann

Reply
avatar
15.6.14

cantik jugak kat sini ye ena.. wah.. teringin pulak nak ke sini..

Reply
avatar
16.6.14

Indah pemandangan melihat nepal bangla di tepi2 laluan dan tempat duduk yang memerhati gadis2 lalu...hihihi

Reply
avatar
16.6.14

selalu jugak datang sana, tempatnya memang serius lawa and tenang, :) rumahnya pun beso2 hihi

Reply
avatar
16.6.14

cantik tempat nie.. kat kawasan mane ye nie ?

Reply
avatar
16.6.14

Area UPSI, Tanjung Malim.

Reply
avatar
20.6.14

amboi tajuk diaaa jiwang sungguh :p
akak pernah singgah sini sekali dulu..
tapi singgah gitu gitu aja.

Reply
avatar
20.6.14

cantiknya permandangan kat sini..hijau je rumput di terjaga..nice view. :)

Reply
avatar
22.6.14

cantik nya..kte suka tempat macam ni..

Reply
avatar
15.7.14

cantiknya gegambarrrr !

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)