LOVEATS GOURMET BURGER KITCHEN | TANJONG MALIM
LOVEATS GOURMET BURGER KITCHEN | TANJONG MALIM | Kali ini ena ingin membawa you all satu kedai makan area Tg.Malim, Perak Darul Ridzuan, yang menyediakan pelbagai jenis burger mahupun sosej. Nama kedai makan ini ialah Loveats Gourmet Burger Kitchen.
Yang buat ena tertarik nak makan burger kat sini adalah warna roti burger yang lain dari yang biasa ena makan selama ini. Warna burger di sini yang menjadi tarikan orang ramai untuk makan kat sini. Bukan setakat warna sahaja, malah dekorasi setiap menu juga menarik hati pelanggan.
Selain itu, suasana kedai Loveats juga turut nampak selesa, bersih dan tak berbau. Itu menjadi keutamaan ena, kebersihan dan susun atur kedai. Ena makan pun nikmat je tambahan pula pelayan pelayan kat sini pun baik, ramah dan menyenangkan pelanggan.
Sistem pembayaran kat sini pula, kita kena bayar dahulu selepas ambil order. Baru boleh makan dengan nikmatnya. Nak duduk berjam jam kat sini pun boleh, tak perlu serabutkan kepala fikirkan nak bayar apa semua. Tapi pastikan nak duduk berjam jam, mesti order something ye.
Kat atas ni antara menu yang ena sempat snap. Sebenarnya, ada banyak lagi tapi ena tertarik di bahagian yang ini. Kali ini ena memilih categori BEEF sebab ena lebih gemar makan daging lembu dari daging ayam. Dan menunya ena pilih THE MYSTERIOUS FUNGI. Menu ena sama dengan partner ena iaitu kak Mastura Rara.
Ena pilih yang set, ada kentang dan ada air dalam satu harga. Jimat sedikit berbanding kalau al carte. Apa yang terkandung dalam The Mysterious Fungi adalah Salads, Enaki & Shitake Mushrooms, Cheddar Cheese, Secret Redhot Sauce.
THE MYSTERIOUS FUNGI
Ala Carte : RM 12.80
Set: RM 17.80
Minuman pula ena pilih air Pepsi. Dah lama rasanya tak minum air bercarbonate sebab memang tak berapa minat minum air jenis ni. Ini pun pilih sebab tetiba tekak rasa nak minum air carbonate. Kak Mastura Rara pula pilih air cincau.
Kami pilih air yang sesuai untuk dijamah sekali dengan burger yang superb besar dan mengenyangkan ni. So, tak adalah cepat kenyang atau muak. Memang saiz roti burger Loveats agak besar, ditambahkan pula dengan daging lembunya yang banyak dan tebal.
Kami pilih air yang sesuai untuk dijamah sekali dengan burger yang superb besar dan mengenyangkan ni. So, tak adalah cepat kenyang atau muak. Memang saiz roti burger Loveats agak besar, ditambahkan pula dengan daging lembunya yang banyak dan tebal.
Satu harga air ni ena tak pasti berapa sebab ena order yang satu set. Tapi yang pasti saiz gelas pun memang besar. Memang serba serbi besar la kat sini. Puas hati sangat. Dah la sedap, mengenyangkan pula. Alhamdulillah, rezeki ena dan kak Mastura Rara.
Tak menyesal perabiskan duit kat sini. Oleh itu, ena sarankan you all mari singgah di sini untuk merasai burger warna hitam yang menjadi tarikkan pelanggan.
Maaf, gambar agak kurang berkualiti sebab guna kamera yang kurang berkualiti. Hahahahaha. Selamat mencuci mata ye.
CEO:-
Fazlizam Bin Abas
ALAMAT:-
No 22, Jalan U1,
No 22, Jalan U1,
Taman Universiti 35900,
Tanjong Malim, Perak
NOMBOR TELEFON:-
NOMBOR TELEFON:-
012 309 2069
017 645 6505
017 645 6505
EMAIL:-
fazlizam_abas@yahoo.com
INSTAGRAM:-
INSTAGRAM:-
http://instagram.com/Loveats
FACEBOOK:-
FACEBOOK:-
18 Comments
macam best je...
ReplyDeletePerghh burger mengancam tekak betul la! hehe. Terpejam pejam mata ena, sedap bebenau agaknya tu ye hehe :D
ReplyDeletewahh sedapnya..nak sikit :p
ReplyDeletesalam singgah. wah hebat. sini belum ada yg buka kedai burger cenggini. yg ada pun stall tepi jalan ja. sapa ye yg nak buat cenggini kat pekan koboi ni. hehehhe ^_^
ReplyDeleteWowww , daebakkk
ReplyDeleteAlaaaa..terliur tengok kak ena makan..Nak sikittt
ReplyDeleteWah..serious tertarik tgok warna burger tu
ReplyDeleteUnik burger di Tanjung Malim nih.
ReplyDeletebolehlah singgah nanti otw balik Teluk Intan,memang lalu Tg Malim ni..thanks for sharing dear..
ReplyDeletewah dah tukar template blog...nampak kemas dan cantik...
ReplyDeleteSpesel betul warna burger tu...teringin pula nak mkn burger....
Errrr..akak ni part burger klu bkn dr gerai mmg kureng. Dh tu, klu warna gini xtau blh tln ke x..huihuihui..
ReplyDeleteBanyak juga kedai makan yang best-best dekat Tg Malim...
ReplyDeleteTak nak apply jadi duta Tg Malim ke?
bestnya, meriah makan di sana. Nampak menyelerakan dan sedap
ReplyDeleteya ampunnn. nak jugak
ReplyDeletewarna roti burger tu gelap mcm tebako je kan ... ;) ... roti tu rase coklat ye...?
ReplyDeleteslurppp...ena..tliur dah teman nengok burger tu..meh pos sini skit...haha
ReplyDeletedr tahun lepas da femes burger ni. aku je tk dpt rasa lg
ReplyDeletemacam menawan je menu itu !!
ReplyDelete