Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, June 21, 2014

EWANA FM | SEGMEN HAI BLOGGERS!



EWANA FM | SEGMEN HAI BLOGGERS | Pada hari 13/6/2014 (Jumaat), ena dengan kak Mastura Rara berpeluang untuk memeriahkan lagi Segmen hai Bloggers! di Konti Ewana.fm yang terletak di Kuala Lumpur.

Untuk segmen kali ini, kami diberi satu pengalaman yang best iaitu pengalaman menjadi seorang penyapai radio a.k.a DJ. Wow, nampak hebat bukan??? Bukan senang nak dapat pelawaan jadi DJ ni. Terima kasih kepada sahabat blogger ena iaitu big bos kepada Hai Bloggers!Halim Brothers kerana telah menjemput ena dan kak Mastura Rara ke sini.




Ewana.fm merupakan radio internet yang memudahkan pendengar berinteraksi secara live dengan penyampai radio a.k.a DJ yang bertugas dengan menggunakan teknologi yang terkini. Memandangkan zaman sekarang ni serba serbi menggunakan internet. Ena dah lama tahu kewujudan Ewana.fm tapi tak sangka ena diberi peluang untuk menjadi DJ walaupun hanya selama 60 minit.

Menjadi DJ ni bukan la senang dan mudah yang kita fikirkan selama ni. Walaupun tidak berhadapan dengan orang ramai, tapi ena tetap gagal untuk menjadi seorang DJ yang bagus dan berkaliber. Tiba tiba pada hari tersebut, darah gemuruh menimpa menimpa dalam diri ena. Mungkin penat drive jauh dari Tanjong Malim. Haaa.. Nampak tak ke'excited'an untuk join Segmen hai Bloggers!, sanggup datang dari jauh.

Tak tahu la apa yang ena merapu masa tu, cakap pun dah tak betul sebab gugup yang amat sangat. Pertama kali jadi DJ ni. Ketika jadi DJ, Ena perlu kongsikan serba sedikit mengenai tentang diri ena, apa terkandung dalam blog ena dan last sekali promote tentang Hai Bloggers!.




TARIKH ENA ON AIR:
23/6/2016
Isnin
8 Malam


Kat atas ni, jadual ena on air. Mohonlah dengar ye tapi ena cakap awal awal kat sini, memang merapu ena jadi DJ. Akan kedengaran suara ena tengah ketakutan dan susunan kata kata pun berterabur. Malu sangat! Tapi apapun, bak kata parents ena ambil pengalaman. Next time kalau dapat jemputan macam ni lagi, boleh perbaiki apa yang tak betul dan apa yang salah.

JANGAN LUPA DENGAR YE KAWAN KAWAN!!!!

Di bawah ni ena share gambar ketika jadi DJ yang tak bertauliah. Bukan senang nak jadi DJ ni tapi jangan takut dan jangan risau kerana blogger Halim Brothers akan sentiasa bersama untuk memberi sokongan tunjuk ajar dan bantuan apa yang patut.






Kepada bloggers di luar sana, jomlah join Segmen hai Bloggers! ini. Ambil pengalaman menjadi seorang penyampai radio a.k.a DJ. Jangan lepaskan peluang ini. Selain itu, you all boleh promote blog you all atau barangan niaga yang tengah you all usahakan sekarang. Jom jom jom.

Kepada yang ingin memeriahkan lagi segmen kali ini, you all boleh PM atau contact Halim Brothers ye. Jangan malu, dia baik orangnya. Inilah masanya untuk kita branding kan blog kita.





Sebelum terlupa, jom beramai ramai install Application Hai Bloggers! dalam telefon bimbit android you all sekarang. Boleh chit chat dengan para blogger dari seluruh Malaysia. Itu sahaja untuk entri kali ini, jangan lupa dengar on air dari ena pada pukul 8 malam hari Isnin bersamaan 23/6/2014.



Ena bersama dengan big bos, Halim Brothers.


TARIKH ENA ON AIR:
23/6/2016
Isnin
8 Malam

Share

Other Article

EWANA FM | SEGMEN HAI BLOGGERS!
4/ 5
Oleh

17 Comments

Tulis Comments
avatar
21.6.14

salam Aina...terima kasih selalu komen kat blog sy...semoga berjaya dalam Kehidupan Ainaa...^^

Reply
avatar
21.6.14

wah, bestnya! Tak sabar nak dengar. ^_^ Teringin juga nak jadi DJ hahah XD

Reply
avatar
22.6.14

Oh, saya ketinggalan sungguh bab radio secara maya. :-)

Reply
avatar
22.6.14

wah..syoknya ada pgalaman jadi dj.. klu dekat nak gak join.. hehe :D

Reply
avatar
22.6.14

yumida pernah menang kontes review halim brother
x sangka halim brother ada konti dj radio
beznye! teringin nak berceloteh dlm fm
menabung nuff sini - volswagen

Reply
avatar
22.6.14

malam esok la..ayie baru tau nama radio tu..mmg skrg jarang2 dengar radio..

Reply
avatar
22.6.14

Tahniah ena! Alhmdlh rzki

Reply
avatar
22.6.14

wahhh... bestnye...
nk gak ikut, tapi jauh nak pergi kl huhu..

tahniah ena..
rezeki murah selalu ni hehe :)

Reply
avatar
23.6.14

Waa.. bestnya...
Tak sempat nak dgr...
rugi2...

Reply
avatar
23.6.14

dj ena...ehem ehem... tolong promote blog saya boleh? ;)

Reply
avatar
23.6.14

wah,,, :) hebat la mu,, mana tahu boleh ganti big boss tu pula hihi

Reply
avatar
23.6.14

Macam sekarang je , hehe . Alhamdulillah , dah ada pengalaman (:

Reply
avatar
25.6.14

Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! melepas nak dengar suara DJ Ena kita! Tahniah Ena, ini merupakan kekdah yang berkesan untuk bloggers lebih rapat dengan masyarakat.

Semoga Ena terus maju dan sukses ya (^_^)

Reply
avatar
25.6.14

aku tk sempat dengar. tp aku ada dgr yg macam promo dia.

Reply
avatar
1.7.14

wah seronok dapat masuk konti radio..xsempat nak dengarlah ena

Reply