Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, June 16, 2014

BREAKING THE ART BLOCK



BREAKING THE ART BLOCK | Bila di fikirkan balik, dah lama juga tangan ena ni tak melukis. Ena ni bukan pandai sangat melukis tapi pada suatu ketika dahulu, melukis adalah salah satu hobi ena. Bila ada masa lapang je, ena mesti melukis. 


Di bawah ni, salah satu entri yang ena share mengenai artwork ena :-



Sejak masuk universiti, ena dah mula jauhi diri dengan hobi ena yang ini. Lama kelamaan, ena mula tinggalkan dunia melukis dan dah jadi exhobi sekarang. Bila kebosanan yang teramat amat sangat, baru ena kembali melukis.

Pada malam tadi, mood bosan yang teramat sangat tu kembali balik sebab line internet ada masalah. Ena tak boleh nak online macam biasa, tak boleh nak blogwalking selalu dan aktivit blogging pun dah tergendala. Oleh sebab itu, ena tetiba rasa nak melukis tapi idea tak ada. Lantak la. Apa lagi, capai kertas, pencil dengan pemadam, capai pen yang ada, ena mulakan lakaran.



Bila dah lama tak melukis ni, memang rasa susah sangat nak mulakan melukis. Nak buat lakaran pun dah sejam. Nama pun breaking the art block kan? Ini pun ena main lukis je.

Gigihkan diri untuk siapkan juga pada malam semalam. Kalau nak tunggu hari ni, memang ena tak akan sentuh dah la. Campak buang dalam tong sampah adalah. Hehehe.

Maaflah, comot sedikit sebab tak padam lagi lakaran asas. Lagipun, guna pen biasa sebab ena memang dah tak beli pen lukisan. Dulu selalu beli ketika zaman belasan tahun. Masa ena nak SPM tahun 2009, memandangkan ena ambil subjek tambahan Seni Visual ketika tu.


Tadaaaaaa. Inilah hasil lukisan ena pada malam tadi. Lukisan ena tak sehebat pakar pakar. Namun daripada buat benda tak senonoh, lebih baik kita melukis kan?? Biarlah buruk asalkan diri bahagia. Itu sahaja nak ena ceritakan kali ni.


Jom follow up :-

My Fanpage: AinaaRoseberry.Blog
My Twitter: https://twitter.com/ainaaroseberry



Share

Other Article

BREAKING THE ART BLOCK
4/ 5
Oleh

38 Comments

Tulis Comments
avatar
16.6.14

pergh. berseni jugak rupanya kak ena ni..

Reply
avatar
16.6.14

Wahh pandai melukis yer best lah untung lah cantik lak tu..

Reply
avatar
16.6.14

cantik lukisan tu ^_^ daebak!!

Reply
avatar
16.6.14

wahh...cantik.... ^^

Reply
avatar
16.6.14

Boleh cuba mengasah bakat melalui lakaran perekaan pakaian atau busana.

Reply
avatar
16.6.14

nice artwork. keep it up

Reply
avatar
16.6.14

Ena...cantik yer dia lukis...kreatif ni...kak julia suka melukis...tp dah lama x asah skill...

Reply
avatar
16.6.14

Ya ampunnnn! ini bukan art block ini masterpiece! Cantiknya Ena lukis! Subhanallah memang terserlah bakat melukis Ena.

Orang sekarang cakap ... cantik siotttt! hahaha

Reply
avatar
16.6.14

waaahhh...ainaa ada bakat melukis ke...ayie baru tahu nih...suka sgt..

Reply
avatar
16.6.14

Wow! Ena..karya yang matang dan cantik. Alamak..jelesnye.

Reply
avatar
16.6.14

ruginya kalau ada bakat cmni berhenti setengah jalan,
mmg shark admire ngan hasil tgn aina nie.
maybe lepas ni bleh lukis atas bag kertas pula,
mana tahu bleh wat konsep untuk dijual :)

Reply
avatar
16.6.14

Cantik.. superb lukisan ena tu.. nice, akak teruja plak.. hehehe

Reply
avatar
16.6.14

ada jiwa seni mengalir rupanya... saya pun pandai melukis... orang lidi ;)

Reply
avatar
16.6.14

wahh ! lawa lahh.. kreatif2.. ## hoho .. jiwa pelukis jugakk eh ena .. leen memang tak lah , complicated nmpak lukisan. tak reti. hohoo

Reply
avatar
16.6.14

uish cantik ar lukisan akak ni. tangan kite ni tak terer sangat hihi

Reply
avatar
16.6.14

Hehehehe sikit2 je boleh la

Reply
avatar
16.6.14

Alhamdulillah.. biase2 je lukisan ena ni... sob!

Reply
avatar
16.6.14

Alhamdulillah.. mekaceh.. hehehehehe

Reply
avatar
16.6.14

Alhamdulillah.. tenkiu sayang

Reply
avatar
16.6.14

Hahahahahha tak layak kot... T_T malas nak berfikir sngt. ekekeke

Reply
avatar
16.6.14

Mekaceh abang madi.. aaauuummmmm

Reply
avatar
16.6.14

Mekaceh kak.. ena ni pun dah lama tak melukis.. sengaja lukis balik sebab bosan yang amat sangat...

Reply
avatar
16.6.14

Bhahahahahhaha malu malu malu.. biase biase je kak... ngeee apapun terima kasih

Reply
avatar
16.6.14

hehehehehe sebab ena dah lama tak melukis auie. Tu kurang tonjol sedikit.. ngeeeeeeeee

Reply
avatar
16.6.14

Hahahaha malunyaaaaa... Terima kasih KA.. aaauuummmm

Reply
avatar
16.6.14

Hahahahah nak buat macam mana, ena ni tak minat sangat melukis even boleh melukis. Huaaaaa

Reply
avatar
16.6.14

heheheh mekaceh kak sayang.. Alhamdulillah

Reply
avatar
16.6.14

Hahahahaha.. orang lidi pun popular ooiii ngeeeeeeeeeeeee

Reply
avatar
16.6.14

hahaha sikit2 boleh la leen melukis ni. Sob!

Reply
avatar
16.6.14

Alhamdulillah, terima kasih dear

Reply
avatar
16.6.14

Saya setuju dengan Shark. Beli beg kanvas yang kosong tu, dan cat, pastu lukis. peh peh peh.. mabeles wa cakap lu.

Reply
avatar
17.6.14

cantiknya lukisan tu kak ena. serius ! buruk apenye.

Reply
avatar
17.6.14

dah lama gak eden tak melukis org lidi.. heee

Reply
avatar
17.6.14

Not bad.. lawa pe.. kite pun sama, minat melukis dulu tapi bila masuk universiti ni dah kurang berseni.

Reply
avatar
17.6.14

Ya Allah.pandainya ainaaa.cantikkk! buat doodle pic akk leh x? kikiki

Reply
avatar
18.6.14

ini yang dikatakan main lukis je??? lawa la tuhhhh :) kalau saya, naak lukis kambing, yang jadinya gajah nanti,, hihi :) say Alhamdulillah dngan klebihan yang ena dpat..

Reply
avatar
18.6.14

cantik sangat!!!!

Reply
avatar
20.6.14

wah wah wah cik adik ni pandai melukis sebenarnya..
:D kalau akak yang melukis.. hahaha kelautlah lukisan itu..

Reply