Friday, June 27, 2014

10 KESALAHAN PALING MELETOP | RAMADHAN 2014



10 KESALAHAN PALING MELETOP | RAMADHAN 2014 | Tak lama lagi seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan bermakna selama sebulan kita akan menunaikan rukun Islam yang ke 4 iaitu puasa. Ena pun sangat excited sebab tahun ni dapat berpuasa dengan family. 

Walau bagaimana pun, kita hendaklah jaga tingkah laku supaya puasa kita selama sebulan ini tidak disia siakan. Ada perbuatan yang kita lakukan tanpa sedar boleh menyebabkan puasa kita tak di redhai Allah. Oleh itu, di bawah ini ena share 10 kesalahan yang sering kali kita lakukan ketika puasa. Termasuklah diri ena ni tapi kali ni kita buat yang terbaik untuk mendapat keredhaan Allah.



10 KESALAHAN PALING MELETOP KETIKA RAMADHAN

1) Tidak Sahur
  - Puasa orang Yahudi dan orang Islam sama sahaja. Apa yang membezakan ialah puasa orang 
    Islam ada sahur. Sahurlah walau dengan segelas air.

2) Sahur Terlalu Awal
   - Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan Sahur tapi itu 
     dipanggil Supper.

3) Terlebih Tidur
   - Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan 
     sebagai ibadah. Tapi kalau over sangat di anggap bedebah.

4) Berbuka Secara Berlebihan Sampai Terlbih Kenyang.
   - Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Terawih pun tak
     buat.

5) Membazar sehingga membazir
   - Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tapi lepas dah berbuka, banyak makanan
     yang dibuang. Sila sedekahkan kepada anak anak yatim atau fakir miskin kan lebih elok.

6) Sambut Hari Raya Mengalahkan Ramadhan
   - Bulan Ramadhan yang dimuliakan oleh Allah, bukan Syawal. Syaitan dikurung pada
     Ramadhan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

7) Solat Tarawih Tapi Tidak Qiamullail Pada Lailatul Qadr
  - Nabi kadang kadang meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan bertungkus lumus pada 10 malam 
    terakhir untuk mencari Lailatil Qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu.

8) Puasa Tapi Tak Solat
   - Pahala puasa pending sebab tak solat. Malah ada yang tinggalkan solat wajib tapi solat 
     tarawih tak pernah miss. Tak boleh juga tu.

9) Sibuk Beribadah, Lupa Cari Ilmu
  - Bulan Ramadhan adalah bulan Ilmu. Semua ibadah tiada guna kalau tanpa ilmu di dada.
    Malah yang lebih teruk, ada juga yang melarang tazkirah ketika Ramadhan.

10) Gagal Upgrade Iman Selepas Lalui Ramadhan
   - Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kekotoran di badan sengaja tidak 
     dibersihkan.


Jom kita beramai ramai amalkannya ye. Semoga puasa kita kali ini lebih diredhai dan diberkati oleh Allah. Selain itu, semoga Allah mempermudahkan urusan puasa kita selama sebulan. InsyaAllah. Ena pula tengah tak sabar nak iftar bersama dengan para blogger nanti. Dah lama tak jumpa kawan kawan blogger yang lain, kerinduan!


JOM FOLLOW MELLOW

My Instagram:


Share

Other Article

10 KESALAHAN PALING MELETOP | RAMADHAN 2014
4/ 5
Oleh

19 Comments

Comments
avatar
27.6.14

selamat menyambut bulan ramadhan :-)

Reply
avatar
27.6.14

thanks for sharing

Reply
avatar
27.6.14

satu perkongsian yg baik..semoga sama2 kita hindari...kdg2 kita manusia biasa ni x lepas dr buat benda2 ni...

Reply
avatar
27.6.14

tq atas perkongsian.. huk2.. rasa mcm bab sahur tu teman selalu sahur tgh malam.. =(

Reply
avatar
27.6.14

Selamat berpuasa
Bw :)
Salam singgah dari irra
http://www.irrayyan.com

Reply
avatar
27.6.14

YG LAST TU payah. upgrade iman.

Reply
avatar
27.6.14

puasa Ramadhan rukun Islam ke-3..kn ainaa

membazir tu mmg byk berlakukn..sepatutnya bulan ramadhan belanja harian makin kurang sbb x ada mkn siang..klu bulan lain contoh sehari RM20 bulan ramadhan sepatutnya belanja harian jadi RM15 ke misalnya.

Reply
avatar
27.6.14

semoga dihindarkan la segala kesalahan tu semua..sesungguhnya xde manusia yang dapat lari daripada membuat kesilapan

Reply
avatar
27.6.14

Nice sharing. Slmt menunaikan ibadah puasa.. Semoga kita semua berada dlm lindungan rahmatNya...

Reply
avatar
27.6.14

Terima kasih untuk peringat dan mengingati sesama kita. Moga-moga ibadah yang dilaksanakan bulan Ramadhan adalah terbaik dari sebelum-belumnya.

Reply
avatar
27.6.14

ermm... tengkiu ena... sama2 kita jaga agar jgn buat kesalahan ramadhan ni ye... selamat berpuasa ena

Reply
avatar
29.6.14

uihhhh bahaya ni kesalahan ni hehe

Reply
avatar
30.6.14

Perkongsian terbaik ni...opps iftar bersama blogger? Ena dah dpt jemputan ye...hehhe

Reply
avatar
30.6.14

Betoi tu kenkadang kita sedar tapi sengaja buat2 tak sedar.... lagi2 bila menyopping makanan kat bazaar, yang makan 2org jer tapi beli macam tuk makan 20org....hihihi....adoiii

Reply
avatar
1.7.14

janganlah buat kesalah meletop ni kan

Reply
avatar
2.7.14

selamat berpuasa Ena. hahaha banyak tidur jadinya bedebah :P

Reply
avatar
5.7.14

good sharing dear..setuju benor2 ;)

Reply
avatar
5.7.14

Nice sharing aina...

Reply
avatar
9.7.14

TERBAIK ..satu perkongsian untuk kita semua ..Tq Ena ..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)