Monday, June 30, 2014

CARA PING ARTIKEL | KARTIKELdotCOM



CARA PING ARTIKEL | KARTIKELdotCOM | Salah satu cara untuk meningkatkan trafik viewers dalam blog adalah ping entri di mana mana medium yang boleh kita submit entri untuk di sebarkan kepada pembaca yang lain.

Kali ini, ena ingin memperkenalkan kepada you all salah satu tempat yang boleh para blogger untuk kongsikan artikel atau entri iaitu di Kartikel.com Kartikel.com salah satu medium yang akan bertanggungjawab untuk membantu para blogger untuk tingkatkan viewers serta menambahkan lagi viewers yang sedia ada.



CARA CARA UNTUK PING ARTIKEL

1) Pergi ke Kartikel.com > Klik DAFTAR . Ikutlah nak daftar melalui apa, facebook ke, twitter ke, email ke. Kalau ena, ena suka melalui email.



2) Dah siap daftar, jangan lupa VERIFIED EMAIL you all dahulu ye.



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



DIBAWA NI KHAS BAGI YANG NAK AUTO PING ARTIKEL

1) Dapatkan code widget. Bila dah verified email > halaman utama > klik Autoping Trafik Widget. Untuk mendapat kelulusan dari pihak Kartikel.com, you all kena pasang widget kat blog.

Masukkan link blog dan niche blog



Status pun masih dalam pertimbangan. Dapatkan widget terlebih dahulu, baru status 
akan diterima




Pilihlah ikut creativity masing masing. 
Cara nak letak Dashboard > Layout > Add A Widget > HTML/JAVASCRIPT



Semak status you all.



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


DIBAWAH NI KHAS YANG NAK CARA MANUAL PING ARTIKEL


1) Submit Artikel. Pergi Halaman Utama > Klik Ping Artikel


Masukkan link entri


Tunggu dapat pengesahan dari pihak Kartikel.com

Kalau link entri dah diluluskan, akan keluar kat bahagian 'PROFILE'



Apalagi, jom beramai ramai ping blog you all kat sini pula. Siapa yang tak mahu tingkatkan traffik kan?? Jangan lepas peluang keemasan ni. Kepada yang ada masalah apa apa semasa nak berdaftar ke, nak submit entri ke, you all boleh contact ena di facebook.





More Nyummy Here

Friday, June 27, 2014

CARA MENGHILANGKAN STRESS | VIDEO PRANK



CARA MENGHILANGKAN STRESS | VIDEO PRANK | Hidup ini tidaklah selalunya berasa gembira dan bahagia. Ada masanya kita akan bersedih hati, kecewa dan macam macam lagi. Itu namanya kehidupan.

Namun, bila datangnya dugaan dan ujian dalam kehidupan seharian kita, mulalah kita akan mengalami satu sindrom  iaitu TEKANAN JIWA atau lebih dikenali sebagai S-T-R-E-S-S. Stress ini sebenarnya elok untuk diri sendiri kerana stress merupakan salah satu titik tolak untuk berjaya dalam kehidupan. Namun, kalau berlebihan atau kita tida pandai kawal stress tersebut, ia boleh mendatang kebinasaan pada diri sendiri.








Video di atas ini bukan lah video seram tapi sebenarnya adalah video lawak atau video prank. Ena share video prank ini sebab pertama sekali mestilah untuk bagi you all tengok. Selain itu, ia juga merupakan salah satu cara bagaimana untuk mengawal stress supaya sentiasa kelihatan bersemangat dan tenang.

Setiap orang ada masalah masing masingkan?? Termasuklah dengan diri ena. Namun, apa kata kita rehatkan minda kita terlebih dahulu dan tengok video prank kat atas ni. Sure you all pun akan tergelak melihatnya. Ketawa adalah pengubat hati yang sedang lara.

Banyak video prank yang ena dah tengok, you all boleh search sendiri ye. Selamat menonton~






Promosi perfume semperna bulan RAMADHAN. Murah murah, sebotol hanya rm60. Kalau beli dua botol dapat percuma satu botol lagi. Malah, ada hadiah untuk pembeli yang bertuah. Kalau nak ketahui lebih lanjut, sila rujuk di bawah ni






More Nyummy Here

10 KESALAHAN PALING MELETOP | RAMADHAN 2014



10 KESALAHAN PALING MELETOP | RAMADHAN 2014 | Tak lama lagi seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dan bermakna selama sebulan kita akan menunaikan rukun Islam yang ke 4 iaitu puasa. Ena pun sangat excited sebab tahun ni dapat berpuasa dengan family. 

Walau bagaimana pun, kita hendaklah jaga tingkah laku supaya puasa kita selama sebulan ini tidak disia siakan. Ada perbuatan yang kita lakukan tanpa sedar boleh menyebabkan puasa kita tak di redhai Allah. Oleh itu, di bawah ini ena share 10 kesalahan yang sering kali kita lakukan ketika puasa. Termasuklah diri ena ni tapi kali ni kita buat yang terbaik untuk mendapat keredhaan Allah.



10 KESALAHAN PALING MELETOP KETIKA RAMADHAN

1) Tidak Sahur
  - Puasa orang Yahudi dan orang Islam sama sahaja. Apa yang membezakan ialah puasa orang 
    Islam ada sahur. Sahurlah walau dengan segelas air.

2) Sahur Terlalu Awal
   - Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan Sahur tapi itu 
     dipanggil Supper.

3) Terlebih Tidur
   - Lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan 
     sebagai ibadah. Tapi kalau over sangat di anggap bedebah.

4) Berbuka Secara Berlebihan Sampai Terlbih Kenyang.
   - Ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Terawih pun tak
     buat.

5) Membazar sehingga membazir
   - Lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tapi lepas dah berbuka, banyak makanan
     yang dibuang. Sila sedekahkan kepada anak anak yatim atau fakir miskin kan lebih elok.

6) Sambut Hari Raya Mengalahkan Ramadhan
   - Bulan Ramadhan yang dimuliakan oleh Allah, bukan Syawal. Syaitan dikurung pada
     Ramadhan dan dibebaskan pada 1 Syawal.

7) Solat Tarawih Tapi Tidak Qiamullail Pada Lailatul Qadr
  - Nabi kadang kadang meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan bertungkus lumus pada 10 malam 
    terakhir untuk mencari Lailatil Qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu.

8) Puasa Tapi Tak Solat
   - Pahala puasa pending sebab tak solat. Malah ada yang tinggalkan solat wajib tapi solat 
     tarawih tak pernah miss. Tak boleh juga tu.

9) Sibuk Beribadah, Lupa Cari Ilmu
  - Bulan Ramadhan adalah bulan Ilmu. Semua ibadah tiada guna kalau tanpa ilmu di dada.
    Malah yang lebih teruk, ada juga yang melarang tazkirah ketika Ramadhan.

10) Gagal Upgrade Iman Selepas Lalui Ramadhan
   - Ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar, tapi kekotoran di badan sengaja tidak 
     dibersihkan.


Jom kita beramai ramai amalkannya ye. Semoga puasa kita kali ini lebih diredhai dan diberkati oleh Allah. Selain itu, semoga Allah mempermudahkan urusan puasa kita selama sebulan. InsyaAllah. Ena pula tengah tak sabar nak iftar bersama dengan para blogger nanti. Dah lama tak jumpa kawan kawan blogger yang lain, kerinduan!


JOM FOLLOW MELLOW

My Instagram:


More Nyummy Here

Tuesday, June 24, 2014

PROMOSI UNTUK RAYA | PERFUME MURAH | MYFAVPERFUMES



PROMOSI UNTUK RAYA | PERFUME MURAH | MYFAVPERFUMES | Salah satu faktor yang boleh meningkatkan keyakinan diri apabila berhadapan khalayak ramai ialah bau badan kita. Kita hendaklah kekalkan kesegaran dan kewangian bau badan kita supaya orang selesa bergaul dengan kita. Namun, biarlah kewangian tu mendatangkan keselesaan untuk orang lain juga. Berpada pada

Oleh itu, Myfavperfumes telah menyediakan pelbagai jenis perfume yang high grade original dari Dubai yang sesuai dipakai oleh semua golongan. Semua bau minyak wangi yang dipilih memang sangat sedap dan tak terlampau menyusuk hidung sang penghidu.




Tak lama lagi, bulan Ramadhan bakal menjelma dan ada berita baik untuk you all tau iaitu MyFavPerfumes (MPF) telah membuat satu promosi yang hebat semperna Ramadhan 2014. Promosi Ramadhan 2014 ini bermula pada 9/6/2014 (Isnin) hingga 23/7/2014 (Rabu)

Semua mesti nak serba serbi yang baru untuk Hari Raya Aidilfitri nanti kan??? Dan nak cuba bau wangian yang baru?? So, jangan lepaskan peluang ini ye kawan kawan.




BELI 2 PERCUMA SATU
Harga Seunit: RM60
Beli Dua Percuma Satu Botol dengan harga RM120
Percuma postage untuk seluruh Malaysia.

Kupon Promosi: b2f1RAYA2014


Selain itu, pembeli yang bertuah juga akan menerima duit raya berjumlah RM50 dan percuma perfume dari MFP. Kesemuanya adalah bernilai RM110. Dah la murah, dapat duit raya pula tu. Perghhhh menarik bukan???

Haaa apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mana tahu you all akan menjadi pembeli yang bertuah?? Jeng jeng jeng. Kepada yang ingin buat tempahan atau sebarang pertanyaan, you all boleh rujuk link yang ena share dibawah ini.




SMS/WhatsApps:
017 688 0029




More Nyummy Here

Monday, June 23, 2014

RINDU NAK BERSUKAN | SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM


RINDU NAK BERSUKAN | SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM | Pada hari Ahad semalam, 22/6/2014, Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam telah mengadakan Hari Sukan Tahunan 2014. Memandangkan anak anak saudara ena sekolah di situ, so ena tidak lepaskan peluang untuk hadir melihat anak anak buah ena bersukan.


Anak saudara ena rumah merah, ena pun dulu rumah merah

Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam (SKHB) merupakan sekolah rendah ena dahulu dari tahun 1999 hingga 2004. 6 Tahun ena belajar di sini. Dan semalam, ena datang kembali untuk melihat adik adik bersukan.

Comel comel semuanya. Bila tengok mereka tengah buat acara balapan, ena pula rasa nak berlari macam dulu. Ketika sekolah rendah dan menengah rendah, ena memang aktif dalam bersukan. Ena suka sangat bersukan tapi bila dah masuk menengah atas dan sampai sekarang ena dah tak ceburi semua acara sukan. Masuk pun main bola jaring dengan bola keranjang je.




Acara yang paling ena suka masuk dahulu adalah acara Lompat Tinggi dan acara ini juga merupakan percapaian yang paling ena bangga sebab setiap kali masuk mesti Johan. Dapat kalahkan kakak kakak yang lain, ehem. Alhamdulillah. Ada juga acara balapan yang ena masuk seperti lumba lari 4x100m, 100m, 4x400m, 1500m.

Namun itu semua zaman dahulu, sekarang nak lari pun dah tak larat. Lemak sana sini menonjolkan diri. Apatah nak lompat tinggi, kalau lompat juga sure tersangkut bontot kat palang. Bontot berat. Hahahahaha.

Tapi serius, ena rindu semua tu. Rindu suasana bersukan yang ada pebarisan, ada sorakkan, berjemur di panas terik dan macam macam lagi.


Budak pemalas


Oleh itu, kepada ibu bapa diluar sana, janganlah sekat anak anak you all untuk bersukan. Sememangnya bersukan ni sangat elok untuk anak anak dan banyaklah kelebihannya dari keburukkan. Dan kepada pelajar sekolah pula, jangan lepaskan peluang sebegini. Dari asyik kejar cinta monyet yang tidak ketersampaian, baik you all pergi bersukan. 

Ena cakap melalui pengalaman sendiri.

More Nyummy Here

Sunday, June 22, 2014

HASIL MENGGUNAKAN FLORAL MASK | BLACKHEADS WHITEHEADS



HASIL MENGGUNAKAN FLORAL MASK | BLACKHEADS WHITEHEADS | Ingat tak entri ena yang lepas mengenai Floral Mask dan kali ini ena nak tunjuk hasil keberkesanannya terhadap wajah ena. Ena memang ada masalah blackheads dan whiteheads, memandangkan ena mempunyai resdung. Oleh sebab itu, produk macam ni memang ena tengah cari selama ini.

Pada mula mula ena cuba, ena tempek kat seluruh muka. Namun, yang nampak ketara bahagian hidung ena. Seminggu lepas tu, untuk experiment seterusnya, ena tempek pada bahagian yang kritikal sahaja iaitu bahagian hidung.





CARA CARA ENA ADAPTASI FLORAL MASK:-

1) Wapkan muka terlebih dahulu atau tekapkan hidung dengan tisu basah yang direndam dalam air 
    panas untuk bukakan liang roma. Jangan keringkan, biar basah.

2) Ambil sedikit gel floral mask dan tempekkan kat tempat yang bermasalah.

3) Tunggu sampai betul betul kering, dalam 30 minit macam tu.

4) Koyakkan dari bawah dan ke atas. Lihat hasilnya.


Dan hasilnya, tadaaaaaa (sila rujuk gambar di bawah)... memang keluar seketul seketul walaupun tak banyak. Puas sangat apabila kotoran kat hidung dah keluar. Namun, ia perlu lakukan sekali atau dua kali dalam seminggu. Kalau setiap hari, memang tak ada effect apa apa sebab kekotoran ni akan terkumpul dalam jangka beberapa hari. 



FLORAL MASK 50ML
Harga: RM40 
(Include postage in SM only, for SS postage RM5)


Yang ena bulatkan dengan warna merah tu, itulah kotoran yang paling besar, mak segala whiteheads atau blackheads. Yang nampak bintik bintik putih tu, anak anaknya. Perghhhh memang rasa syok sangat tengok blackheads dan whiteheads tu melekat kat Floral Mask.

Lepas ni, memang ena akan pilih Floral Mask untuk kurangkan blackheads dan whiteheads di muka. Ena telah saksikan sendiri akan keberkesanan Floral Mask. Thumbs Up! Minggu depan ena nak cuba lagi. Tak sabar. Hehehehe.

 Ena dah mencubanya, you all bila lagi????


DIAN PIXY ENTERPRISE
Jalan Indah PA8,
Taman Indah Pengkalan Aur,
34000 Taiping Perak.

Website: FLORAL MASK


Untuk sebarang pertanyaan atau nak order Floral Mask ni, boleh lah hubungi mereka di

PM FB : http://tinyurl.com/q8cllk6
WhatsApp: 012 346 3414





More Nyummy Here

Friday, June 20, 2014

LOVEATS GOURMET BURGER KITCHEN | TANJONG MALIM




LOVEATS GOURMET BURGER KITCHEN | TANJONG MALIM | Kali ini ena ingin membawa you all satu kedai makan area Tg.Malim, Perak Darul Ridzuan, yang menyediakan pelbagai jenis burger mahupun sosej. Nama kedai makan ini ialah Loveats Gourmet Burger Kitchen.

Yang buat ena tertarik nak makan burger kat sini adalah warna roti burger yang lain dari yang biasa ena makan selama ini. Warna burger di sini yang menjadi tarikan orang ramai untuk makan kat sini. Bukan setakat warna sahaja, malah dekorasi setiap menu juga menarik hati pelanggan.




Selain itu, suasana kedai Loveats juga turut nampak selesa, bersih dan tak berbau. Itu menjadi keutamaan ena, kebersihan dan susun atur kedai. Ena makan pun nikmat je tambahan pula pelayan pelayan kat sini pun baik, ramah dan menyenangkan pelanggan.

Sistem pembayaran kat sini pula, kita kena bayar dahulu selepas ambil order. Baru boleh makan dengan nikmatnya. Nak duduk berjam jam kat sini pun boleh, tak perlu serabutkan kepala fikirkan nak bayar apa semua. Tapi pastikan nak duduk berjam jam, mesti order something ye.





Kat atas ni antara menu yang ena sempat snap. Sebenarnya, ada banyak lagi tapi ena tertarik di bahagian yang ini. Kali ini ena memilih categori BEEF sebab ena lebih gemar makan daging lembu dari daging ayam. Dan menunya ena pilih THE MYSTERIOUS FUNGI. Menu ena sama dengan partner ena iaitu kak Mastura Rara.

Ena pilih yang set, ada kentang dan ada air dalam satu harga. Jimat sedikit berbanding kalau al carte. Apa yang terkandung dalam The Mysterious Fungi adalah Salads, Enaki & Shitake Mushrooms, Cheddar Cheese, Secret Redhot Sauce.



THE MYSTERIOUS FUNGI
Ala Carte : RM 12.80
Set: RM 17.80



Minuman pula ena pilih air Pepsi. Dah lama rasanya tak minum air bercarbonate sebab memang tak berapa minat minum air jenis ni. Ini pun pilih sebab tetiba tekak rasa nak minum air carbonate. Kak Mastura Rara pula pilih air cincau.

Kami pilih air yang sesuai untuk dijamah sekali dengan burger yang superb besar dan mengenyangkan ni. So, tak adalah cepat kenyang atau muak. Memang saiz roti burger Loveats agak besar, ditambahkan pula dengan daging lembunya yang banyak dan tebal.




Satu harga air ni ena tak pasti berapa sebab ena order yang satu set. Tapi yang pasti saiz gelas pun memang besar. Memang serba serbi besar la kat sini. Puas hati sangat. Dah la sedap, mengenyangkan pula. Alhamdulillah, rezeki ena dan kak Mastura Rara.

Tak menyesal perabiskan duit kat sini. Oleh itu, ena sarankan you all mari singgah di sini untuk merasai burger warna hitam yang menjadi tarikkan pelanggan.



Maaf, gambar agak kurang berkualiti sebab guna kamera yang kurang berkualiti. Hahahahaha. Selamat mencuci mata ye.

CEO:-
Fazlizam Bin Abas
ALAMAT:-
No 22, Jalan U1,
Taman Universiti 35900,
Tanjong Malim, Perak

NOMBOR TELEFON:-
012 309 2069
017 645 6505

EMAIL:-
fazlizam_abas@yahoo.com

INSTAGRAM:-




More Nyummy Here

Thursday, June 19, 2014

TEMPERED GLASS SCREEN PROTECTOR | HARGA BERPATUTAN



TEMPERED GLASS SKRIN PROTECTOR | HARGA BERPATUTAN | Pada entri sebelum ni ena ada promote mengenai Anti-SpyTempered Glass yang murah, dan kali ini pula ena nak review mengenai Tempered Glass Skrin Protector. Screen protector a.k.a pelindung skrin yang kali ini hanya sekadar tempered glass biasa, tiada anti-spy/privacy. Namun, tetap mempunyai banyak kelebihan untuk telefon bimbit kita.

Antara kelebihan adalah pelindung skrin ini diperbuat daripada kaca yang tahan lasak, kualiti yang sama seperti Anti-Spy Tempered Glass. Selain itu, dengan adanya Tempered Glass ni, skrin telefon bimbit tidak akan mudah bercalar dan juga melindungi skrin telefon daripada pecah mahupun retak.



Tambahan pula, harga yang ditawarkan pun turut murah. Mana lagi nak cari yang murah macam ni. Serius, bagi ena rugi kalau tak beli kat sini. Di bawah ni, ena kongsikan harga seunit untuk Tempered Glass Screen Protector. Kalau tak mampu beli Anti-Spy Tempered Glass, dapat yang ini pun jadi la. Tengah hangat di pasaran okay.


JENIS TELEFON BIMBIT:
Iphone 4 / 4s / 5 / 5c / 5s
Samsung Note1 / Note2 / Note3 / S3 / S4 / S5
Lenovo S650 / S920 / S930 / P780 / A850 / A880 / K900 / K910


HARGA UNTUK SEMUA JENIS
RM55 (Include Postage)

Promotion Raya: Beli 3 atau lebih (Guna 1 alamat SAHAJA), ada diskaun special.



Murahkan?? Kalau Tempered Glass ni ada untuk jenama telefon bimbit ena, dah lama ena beli satu. Tapi malangnya tak ada. Guna jelah pelindung skrin telefon yang biasa. Hurmmm. Oleh sebab itu, kepada yang ada menggunakan jenis telefon bimbit yang tersenrai di atas, jangan lepaskan peluang ini. Jom rebut!

Lai lai lai.


CONTACT ORDER:
013 791 2142 (Kai)

Atau

Personal msg di FB ena:
 (https://www.facebook.com/enawie)



P/S: Sebarang pertanyaan atau nak order, sila PM FB ena atau hubungi nombor yang ena dah bagi di atas, AKAN DILAYAN. Jangan buat order kat komen entri ni ye, ena tak layan.


More Nyummy Here

JUALAN MURAH | ANTI-SPY TEMPERED GLASS



JUALAN MURAH | ANTI-SPY TEMPERED GLASS | Anti- Spy Tempered Glass adalah sejenis screen protector untuk telefon bimbit yang di perbuat dari kaca yang tahan lasak.

Kelebihan Anti-Spy Tempered Glass adalah orang lain tidak boleh nampak apa yang kita tengah lakukan dengan telefon bimbit kita. Nama pun 'Anti-Spy'.  Tak perlu lagi kita nak takut orang yang duduk sebelah kita nampak segala privacy kita.

Kalau you all nak memiliki Anti-Spy Tempered Glass ni, jangan risau, kawan seperjuangan ena ada menjualnya. Harga pun murah dan kualitinya pun terjamin. Harga untuk Anti-Spy Tempered Glass, ena ada share di bawah ni.


JENIS TELEFON BIMBIT:
Iphone 5 / 5c / 5s
Samsung S5/ Note2 / Note3

HARGA:
RM60 (Include postage)

CONTACT ORDER:
013 791 2142 (Kai)

Atau

Personal msg di FB ena:
 (https://www.facebook.com/enawie)

P/S: Sebarang pertanyaan atau nak order, sila PM FB ena atau hubungi nombor yang ena dah bagi di atas, AKAN DILAYAN. Jangan buat order kat komen entri ni ye, ena tak layan.


More Nyummy Here

Wednesday, June 18, 2014

BISNES KAD MURAH DAN BERKUALITI | PRINT HELLO SAILOR



BISNES KAD MURAH DAN BERKUALITI | PRINT HELLO SAILOR | Sudah selamat tiba bisnes kad yang baru untuk blog ena. Alhamdulillah. Kali ini, design kad bisnes ena berlainan dari yang lama dan kualiti pun berbeza. Lebih simple, lebih banyak details dan sure pembikinannya lebih auuummmm.

Kali ini ena cuba tempah kad bisnes di Print Hello Sailor. Ena mula tertarik untuk tempah kat sini sejak baca entri Kak Innanie Ariffin mengenai kad bisnes baru dia. Tengok harga pun murah dan berkualiti nampaknya. Oleh sebab itu, ena terus tempah sebab nak tengok sendiri sejauh mana kualiti kad seperti yang diperkatakan oleh kak Inannie.


Sememangnya ena rasa sangat berpuas hati bila melihat hasilnya sendiri. Tak sia sia ena tempah kad bisnes kat sini. Jenis kertas berkualiti dan harga pun murah. Dekat bawah ni ena sharekan package package yang ada.

PACKAGE 1: RM 60 (Exclude Postage)
500pcs
Art Card 260gsm
Matte Lam
Free Simple Design

PACKAGE 2: RM 80 (Exclude Postage)
500pcs
Art Card 260gsm
Matte Lam 
1 side Spot UV
Free Simple Design

PACKAGE 3: RM 110 (Exclude Postage)
500pcs
Art Card 260gsm
Matte Lam
2 Sides Spot UV
Free Simple Design



Ena memilih package yang kedua sebab memang dah lama teringin nak memiliki kad yang ada Spot Uv. Alhamdulillah, tertunai juga hasrat ena. Ena ingat mahal, tapi murah sangat. Dengan harga RM80, boleh dapat kad yang begitu berkualiti tinggi. Tambahan pula, 500 keping sekali dalam satu harga. 

Lepas ni, boleh ena order kat sini lagi. Tapi banyak macam ni entah berapa lama boleh habis. Okaylah, kepada you all yang masih mencari tempat print bisnes kad atau nak buat bisnes kad yang baru, boleh la cuba perkhidmatan Print Hello Sailor. Ena yakin you all pun berpuas hati.




Kepada yang ingin tengok jenis design yang lain, boleh lah terjah fanpage syarikat ni

https://www.facebook.com/myhellosailor


Kepada yang nak order atau ada sebarang pertanyaan, sila whasApp pada nombor

019 665 6587 (Fish)

Instagram:
@printhellosailor


More Nyummy Here

Monday, June 16, 2014

BREAKING THE ART BLOCK



BREAKING THE ART BLOCK | Bila di fikirkan balik, dah lama juga tangan ena ni tak melukis. Ena ni bukan pandai sangat melukis tapi pada suatu ketika dahulu, melukis adalah salah satu hobi ena. Bila ada masa lapang je, ena mesti melukis. 


Di bawah ni, salah satu entri yang ena share mengenai artwork ena :-



Sejak masuk universiti, ena dah mula jauhi diri dengan hobi ena yang ini. Lama kelamaan, ena mula tinggalkan dunia melukis dan dah jadi exhobi sekarang. Bila kebosanan yang teramat amat sangat, baru ena kembali melukis.

Pada malam tadi, mood bosan yang teramat sangat tu kembali balik sebab line internet ada masalah. Ena tak boleh nak online macam biasa, tak boleh nak blogwalking selalu dan aktivit blogging pun dah tergendala. Oleh sebab itu, ena tetiba rasa nak melukis tapi idea tak ada. Lantak la. Apa lagi, capai kertas, pencil dengan pemadam, capai pen yang ada, ena mulakan lakaran.



Bila dah lama tak melukis ni, memang rasa susah sangat nak mulakan melukis. Nak buat lakaran pun dah sejam. Nama pun breaking the art block kan? Ini pun ena main lukis je.

Gigihkan diri untuk siapkan juga pada malam semalam. Kalau nak tunggu hari ni, memang ena tak akan sentuh dah la. Campak buang dalam tong sampah adalah. Hehehe.

Maaflah, comot sedikit sebab tak padam lagi lakaran asas. Lagipun, guna pen biasa sebab ena memang dah tak beli pen lukisan. Dulu selalu beli ketika zaman belasan tahun. Masa ena nak SPM tahun 2009, memandangkan ena ambil subjek tambahan Seni Visual ketika tu.


Tadaaaaaa. Inilah hasil lukisan ena pada malam tadi. Lukisan ena tak sehebat pakar pakar. Namun daripada buat benda tak senonoh, lebih baik kita melukis kan?? Biarlah buruk asalkan diri bahagia. Itu sahaja nak ena ceritakan kali ni.


Jom follow up :-

My Fanpage: AinaaRoseberry.Blog
My Twitter: https://twitter.com/ainaaroseberry



More Nyummy Here

Sunday, June 15, 2014

ATASI MASALAH WHITEHEAD ATAU BLACKHEAD | FLORAL MASK


ATASI MASALAH WHITEHEAD ATAU BLACKHEAD | FLORAL MASK | Blackhead atau whitehead merupakan salah satu masalah kulit wajah. Blackhead terbentuk pada permukaan pori yang terbuka dan whitehead pula terjadi pada bawah permukaan pori yang tersumbat.

Whitehead dan blackhead terjadi apabila sel kulit muka kita mati, berminyak dan bakteria terperangkap di dalam liang roma. Masalah kulit ini boleh jadi tidak mengira usia dan jantina. Namun, selalunya masalah kulit ini ada berkaitan dengan perubahan hormon semasa baligh, datang haid, kehamilan dan menopause.


FLORAL MASK 50ML
Harga: RM40 
(Include postage in SM only, for SS postage RM5)


Ena juga mempunyai masalah blackhead dan whitehead, paling ketara di bahagian hidung dan bawah mulut. Kadang kadang rasa kurang selesa bila blackhead dan white makin berleluasa kat muka. Penat dah asyik keluarkan dengan besi yang direka khas untuk keluarkan black atau whiteheads.

Namun, semua tu tiada masalah lagi buat diri ena setelah ena cuba menggunakan Floral Mask produk keluaran Dian'z Pixy. Floral Mask ini direka khas untuk mengurangkan masalah blackhead dan whitehead. Kelebihan Floral Mask ini ialah dirumus oleh extra Multi Vitamin, Q10 dan HA serta menggunakan nano technology.



KENAPA PERLU PILIH FLORAL MASK???
1) Masker purple pertama di Malaysia dan baunya yang sangat wangi dengan 
    haruman lavender.
2) Hanya menarik whitehead / blackhead. 
3) Semasa pakai rasa sejuk dan menenangkan kulit wajah.
4) Walaupun dah kering, strukturnya tetap lembut dan tidak terlalu cekang.
5) Halal. Muslim produk dan buatan Malaysia yang mempunyai KKM.

CARA CARA UNTUK PAKAI
a) Cuci muka terlebih dahulu.
b) Sapukan Floral Mask di seluruh muka atau pada tempat tempat yang kritikal.
c) Biarkan selama 20 - 25 minit sehingga mask menjadi kering sepenuhnya.
d) Tarik keluar mask tersebut dari bawah dan ke atas.
f) Buangkan yang selebihnya dengan menggunakan air atau span basah.
g) Gunakan mask ini seminggu sekali atau dua kali.


AMARAN: Ketika nak tepekkan mask ni, sila jauhkan dari kawasan rambut atau bulu roma, kening, mata dan kawasan bibir. Selain itu, jauhkan dari terdedah kepada sinaran matahari.


Exercise muka. Hahahahaha.

Namun ena sarankan you all letak pada tempat yang kritikal sahaja. Baru nampak kerkesanannya. Tapi kalau nak letak pada seluruh muka pun boleh. Kepada yang nak tahu hasilnya bagaimana terhadap kulit muka ena, nanti entry seterusnya.


DIAN PIXY ENTERPRISE
Jalan Indah PA8,
Taman Indah Pengkalan Aur,
34000 Taiping Perak.

Website: FLORAL MASK


Untuk sebarang pertanyaan atau nak order Floral Mask ni, boleh lah hubungi mereka di

PM FBhttp://tinyurl.com/q8cllk6
WhatsApp: 012 346 3414



More Nyummy Here

Saturday, June 14, 2014

MENENANGKAN PEMIKIRAN | TAMAN TASIK EMBAYU PROTON CITY



MENENANGKAN PEMIKIRAN | TAMAN TASIK EMBAYU PROTON CITY | Taman Tasik Embayu Proton City merupakan sebuah taman rekreasi yang sangat dikenali oleh penduduk Tanjong Malim. Tasik Embayu ini merupakan tasik buatan dan juga merupakan tempat untuk penduduk di sini beriadah. Kalau orang luar nak datang pun boleh. Tiada cukai dikenakan.

Di sini juga ada menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai digunakan oleh semua golongan. Antara kemudahan yang ada ialah terdapat tempat rekreasi yang luas dan selesa, keindahan flora dan fauna dapat dirasai di sini. Selain itu, permandangan yang indah serta hampir dengan bukit bukau yang menghijau.





Ena juga memilih Taman Tasik Embayu ni sebagai tempat ena menenangkan pemikiran, berjogging dan juga tempat ena melakukan salah satu hobi ena iaitu photoshoot. Ini jelah tempat yang menarik untuk sesi pengambaran yang ada di Tanjong Malim ini. 

Ena memang suka pergi ke tempat sebegini berbanding pergi ke shopping mall atau ke bandar yang penuh dengan bangunan, kereta dan jalan raya. Dekat sini, ena boleh tengok burung burung yang singgah mencari makanan kat tasik ni, ena boleh menghirup udara yang segar. Selain itu, boleh cuci mata melihat alam flora, rumput yang menghijau.

 Macam macam lagilah.




Di Taman Tasik Embayu Proton City ini merupakan tempat kegemaran ena untuk tangkap gambar. Tak kisahlah gambar sendiri ke, gambar permandangan ke, gambar kawan kawan ke. Ena bukanlah hebat sangat dalam dunia photography tetapi janji dapat penuhkan memory kamera sudah memadai. Hehehe. Dah nama pun hobi.

Gambar gambar yang ena tempek dalam entry ni adalah hasil tangkapan ena la. Taklah secantik mana, tapi bagi ena ini satu kelebihan yang ada pada diri sendiri. Tak salahkan kalau nak rasa sedemikian??




Ena selalunya datang ke sini selain bergambar, ena juga datang bersenam pada setiap petang. Bukan jauh sangat dari tempat tinggal ena. Adakalanya ena pergi seorang diri, adakalanya ena datang ke sini dengan kawan kawan.

Kalau dengan kawan kawan, antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti berkelah kat tepi tasik, bergurau senda dengan rakan rakan, photoshoot menghilangkan bosan dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini

Namun, jagalah batas batas ye.







Ingat tak yang ena suruh teka siapakah "orang itu" di entry ena yang ini??? Kepada yang jawab Wahid Senario tu sangat tepat jawapan you all. Alhamdulillah, ketika ena tengah berkelah dengan kawan kawan di tepi tasik embayu ni, ena diberi peluang untuk bertemu dengan Wahid Senario.

Ena bahagia.

Bergambar dengan abang Wahid Senario.


More Nyummy Here