Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, May 26, 2014

KENANGAN KETIKA EPHYRA TREASUREHUNT 2014


KENANGAN KETIKA EPHYRA TREASUREHUNT 2014 | Rahsia kejelitaan kulit seawal 7 hari bersama dengan Ephyra. Ephyra adalah  minuman kesihatan keluaran OceanLife  dan sesuai di ambil oleh semua golongan. Di jamin keselamatannya oleh KKM dan halal oleh JAKIM. You all tak perlu lagi risau tentang semua hal tu lagi.

Kelebihan Ephyra adalah merawat kulit kusam, menghilangkan parut jerawat dan juga mengurangkan jerawat di muka, memberikan kesegaran dan kelembapan pada kulit, dan mengurangkan lebam di bawah mata.

Credit to : PenaBerkala

Pada 24.5.2014 (Sabtu), team Ephyra dan team Denaihati telah menganjurkan satu pertandingan yang sangat menarik iaitu Ephyra Treasure Hunt. Seramai 27 blogger yang telah menceburi pertandingan ini.

Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan satu kumpulan mempunyai 4 ahli yang telah ditetapkan oleh  pihak atasan. Setiap kumpulan akan diberi nama mengikut ingredients yang terkandung dalam produk kesihatan Ephyra. Kumpulan ena adalah group nombor tiga dan diberi nama ACAI BERI


TEAM ACAI BERI:



Pada mulanya, kami semua dikehendaki berkumpul di Puspanita Puri , Persint 9, Putrajaya. Makan minum untuk waktu pagi telah disediakan oleh pihak atasan. Tak perlu risau lagi tentang semua tu dan hadirkan diri sahaja. Sebelum memulakan treasure hunt ini, kami semua telah diberi taklimat dan kata kata semangat dari pihak Denaihati serta pihak Ephyra.

Setelah selesai semuanya, baru kami dilepaskan untuk memulakan treasure hunt ini dan dikehendaki menyelesaikan semua soalan yang telah diedarkan untuk setiap kumpulan. First place yang kami tuju adalah Taman Botani Putrajaya.

Di Taman Botani Putrajaya, kami dikehendaki mencari nombor siri, nama sainstifik dan nama tempatan untuk pokok pokok yang terdapat di taman ini. Sambil mencari treasure, sambil kita timba ilmu tentang alam flora. Alhamdulillah.


Apa yang perlu kami lakukan untuk task yang seterusnya adalah ber 'SELFIE' di depan banner Ephyra yang betul betul terletak ditepi jalan raya. Fiiiuuuhh! Best juga dapat selfie tepi jalan raya ni. Tak pernah ena buat sepanjang umur ena.

Kereta yang ada kat jalan raya pakat pakat hon kat kami. Kerana nak menang, kami abaikan semua itu. Janji semua task dapat disiapkan dengan selamat sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu KLIA2.


Selepas berpanasan selfie di tepi jalan raya, kami terus menuju ke KLIA2. Alhamdulillah, dapat juga ena jejak kaki dekat KLIA2. Asyik tengok orang lain yang pos pasal KLIA2, ena pun nak juga tengok sendiri KLIA2 ni macam mana suasananya, macam mana keadaan tempatnya.


Ketika di KLIA2, kami dikehendaki berkumpul di Starbuck kerana pihak pengurusan semua ada disitu. Kebanyakkan task seterusnya di adakan di KLIA2. Kami kena berkomunikasi dengan pelancong pelancong yang ada di sini, kena cari nama kedai dan pelbagailah lagi.

Masa tamat adalah pada pukul 2.30 petang, so kepada group yang dapat buat banyak task, dapatlah markah yang tinggi. Alhamdulillah, walaupun kami tidak sempat habiskan semua task ketika di sini tapi banyak juga yang telah selamat kami selesaikan.









Tamat sudah task kami kat KLIA2 dengan jayanya. Alhamdulillah. Selepas itu, kami pergi berehat dan makan untuk tengahhari pula. Makanan dan minuman tidak perlu beli lagi sebab semua tu dah disediakan.  Kami hanya perlu bersiap sedia untuk ke Booth Ephyra JOM HEBOH PUTRAJAYA pula. Ada lagi task yang sedang tunggu kami di situ. 




Kami semua dikehendaki berkumpul di Booth Ephyra JOM HEBOH kerana di sini adalah tempat terakhir dan penutup untuk Treasure Hunt kali ini. Sebelum tamat, kami diberi lagi satu task yang terakhir iaitu BLIND SOCCER, dimana kami dikehendaki main bola sepak dengan mata yang tertutup. Task ini dibuat semperna World Cup yang bakal menjelma tak lama lagi.

Cara permainan blind soccer ni adalah kalah mati. Dan team kami, Acai Beri telah berjaya gol kan bola ketika berlawan dengan team Tomato. Bila dah selesai game Blind Soccer ni, maka tamat la sudah Ephyra TreasureHunt 2014.

Masa telah tiba untuk ketahui  team mana yang akan bawa pulang wang tunai sebanyak RM2000. Jeng Jeng Jeng. Group manakahhhhhhhh~ Jom scroll kat bawah ni.


Tempat Pertama (RM2000 + Gift Produk Ephyra ):

Group Glutathion

Tempat Kedua (RM1200 + Gift Produk Ephyra ):

Group ACAI BERI!

Tempat Ketiga (RM800 + Gift Produk Ephyra):

Group Tomato


Alhamdulillah, happy sangat kerana kumpulan ena menang ditempat kedua. Syabas ACAI BERI!! Walaupun tak ada rezeki untuk menang ditempat yang pertama tapi ini sudah memadai bagi diri kami. Dan tahniah juga kepada group yang lain kerana berjaya memeriahkan Ephyra TreasureHunt 2014 kali ini. Jumpa you all lagi nanti.

Itu sahaja perkongsian ena untuk kali ini. Maaf, entry kali ni memang sangat panjang.Tapi terima kasih kepada yang masih sudi membacanya.

Kepada you all di luar sana yang ingin mengetahui mengenai tentang Ephyra ni dengan lebih lanjut, you all boleh hubungi pihak mereka di:-


Address:
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur


Contact Number:
1) 03 41417889
2) 019 3999238



Share

Other Article

KENANGAN KETIKA EPHYRA TREASUREHUNT 2014
4/ 5
Oleh

31 Comments

Comments
avatar
26.5.14

pong pongg!!

sah kena hon tepi jalan raya..
ahahhaa..

laju nye dia update!

Reply
avatar
26.5.14

Congrats ena. Boleh belanje aimi makan balik Tg Malim nanti. Hahaha

Reply
avatar
26.5.14

Perghhh...memang efisien la yang penting inilah treasure yang cool dan happening...semua orang pun sporting kan....tahniah kepada team denaihati

Reply
avatar
26.5.14

bestnya ena... congrates..hehhe

Reply
avatar
26.5.14

wahhhh dah siap,laju wehhh...kita tak jumpa pc lagi nak update ni huuhuu

Reply
avatar
26.5.14

wohaaa syok giler aku minat gak treasure hunt nih.....tapi duk jauh susah nak join..

Reply
avatar
26.5.14

Wahh bestnya.. Tahniah kak ena! :)

Reply
avatar
26.5.14

Tahniahhh kak ena! Bestnye dpt tresure hunt! Sy suka aktiviti mcm ni :D hehehehe

Reply
avatar
26.5.14

wah dapat 1200 bahagi 4... ermm 300 tu, hilang penat jap ... ;)

Reply
avatar
27.5.14

keta hon sbb ada gadis cantik berselfie di tepi jalan ... tahniah aina n t' gang

Reply
avatar
27.5.14

yeayyyyyy!

heeeee... :D

Reply
avatar
27.5.14

Wah entry terbaik...faster..good

Reply
avatar
27.5.14

tahniah berjaya menang tempat kedua...bab selfie tepi jalan tu...kalau eden pun segan gak..haha

Reply
avatar
27.5.14

Wow! Not badlah Aina. Nombor 2. lepaslah tiket g balik mana2 destinasi dlm msia ni.. Hihi. Ada Nuar Penaberkala lagi. Lagi 2 org tu kwn2 baru kan? Tahniah Acai Berry!

Reply
avatar
27.5.14

Terbaek....... congrats.....

Reply
avatar
27.5.14

Bestnya sebab menang! Hehehe

Reply
avatar
27.5.14

tahniah ena and the team! ephyra treasure hunt havoc! hehehe :)

Reply
avatar
27.5.14

congrats ena ! seronoknya.. ~~ dpat complete kan task, dah sronok. tambah lagi menang lak tuh.. *thumbs up ! ^_^

Reply
avatar
27.5.14

wah tahniah ena..best tu

Reply
avatar
27.5.14

memang best team dengan korang
Acai beri rawks
thanks guys

Reply
avatar
28.5.14

Tahniah..
Dapat gak no 2...

Jeles2.. tak dapat join.. he he..

Reply
avatar
28.5.14

Tahniah dear. Open table!! HaHaHa

Reply
avatar
28.5.14

tahniah ena. okay lewtew.. sorang dapat RM300 hehehe

Reply
avatar
28.5.14

masih sedey sbb terpaksa tarik diri dr treasure ni last minute :(

Reply
avatar
28.5.14

i see u really having fun there..
nama group Acai Beri?
adakah Beri tu disebabkan Ainaa Roseberry? mesti betulkan haha
papepun seronok tgk korang dalam gambar tu..
siap menang duit lagi siapa nak bagi kan ;)

Reply
avatar
31.5.14

Congrats untuk group Ainaa dapat No.2 tak berkesempatan nak join..sobs sobs

Reply
avatar
31.5.14

Tahniah group Ena menang. Hehe. Tapi memang best sangat2 treasure hunt haritu kan..next time klu ada lagi, blh join lagi.

Weekend baru Emi sempat nak terjah blog2 rakan blogger :)

Reply
avatar
2.6.14

yup it's really fun
and I happy to see u again ^^
MY-Emily

Reply
avatar
5.6.14

mesti best kan.... btw tahniah.... jeles pulak i tengok :D

Reply
avatar
13.6.14

bestnya
tahniah ena ..

Reply
avatar
6.8.14

Hi all!
Berminat nak mencuba Ephyra?

Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

Yours truly,
Izza (Pengedar Sah Ephyra)
0192198619
izza_grrl@hotmail.com

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)