CALIFORNIA STEAK HOUSE & STEAMBOAT | TANJONG MALIM
CALIFORNIA STEAK HOUSE & STEAMBOAT | TG.MALIM | Kali ini ena nak review satu tempat kedai makan di tempat tinggal ena iaitu Tanjung Malim Perak. Sesiapa yang tinggal kat Tg.Malim ni sure tahu kedai makan ni kan. Namun, walaupun ena orang sini tapi ini kali pertama ena cuba makan kat California Steak House & Steamboat Restaurant.
California Steak House & Steamboat
31, Jalan U1, Taman Universiti
35900 Tanjong Malim
Perak
Restoran ini terletak berhampiran dengan Pintu Utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga terletak di Taman Universiti. Pintu Utama UPSI tu yang ada tempat perlajar UPSI tunggu bas.
Apa yang buat ena tertarik dengan kedai ini adalah dekorasinya yang sangat unik dan menarik. Banyak barang barang terbuang dan barangan antik dijadikan hiasan untuk Restoran California Steak House and Steamboat ini. Antaranya seperti kayu hoki, bola tenis, jam dinding dan raket badmintoon.
Menarik bukan???? Bersih pun bersih, kemas dan tersusun rapi. Tak ada bau yang kurang menyenangkan disini. Suasana yang sangat selesa bagi ena. Ena ni kalau pergi makan kat sesuatu tempat tu mesti ena ambil berat tentang semua faktor ni.
Kalau nak meratapi hiasan sahaja tapi tak merasai kesedapan makanan kat sini amatlah rugi sama sekali. Apa kata kita makan sambil cuci mata tengok benda apa yang dijadikan perhiasan kat sini, itu lebih baik. Makanannya pun tak mahal dan ena yakin pelajar UPSI pun mampu makan kat sini. Semua menu tak ada yang lebih dari RM30 untuk setiap satu. Minumannya pun murah. Puas hati.
Kesedapannya usah di cakap la. Memang teramat sedap dan lain kali boleh makan kat sini lagi. Dah jadi tempat tumpuan ena sekeluarga pula selepas ni kalau inginkan makan makanan ala ala barat. Jom ena share makanan dan minuman serta harga sekali.
MINUMAN
![]() |
COCONUT LIME JUICE : RM 2.50 |
![]() |
APPLE ASAM BOI : RM 2.50 |
![]() |
LASSI : RM 2.50 |
MAKANAN
![]() |
GRILLED CHICKEN CHOP : RM 10.00 |
![]() |
CHICKEN CHOP SPECIAL : RM 10.00 |
Kepada yang ada berdekatan sini dan tak tahu makan kat mana yang best di area Tg.Malim ni, you all boleh singgah di sini. Memang sangat sedap! Kalau tak percaya, ena sarankan you all cuba makan dan rasai sendiri makanan kat California Steak House & Steamboat.
Kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai restoran ini, you all boleh hubungi pihak mereka atau rujuk pada website restoran ini. Di bawah ni, ena ada sertakan nombor telefon dan link website sekali.
Telefon:
1) 012 4797584 ( Chef Shuib)
2) 019 2196800 ( Nor Haslina )
Website:
1) 012 4797584 ( Chef Shuib)
2) 019 2196800 ( Nor Haslina )
Website:
15 Comments
telio tengok chicken chop huhu. Tapi, mana steaknya?hehe. Nice review dear :))
ReplyDeleteDulu selalu pergi UPSI, makan nasi lemak kat kedai deret depan tu. Tapi agak mengeceewakan. Nanti boleh try y ni pulak.. :) Thanks ye.
ReplyDeletemak chicken chop... hohoho..lapa :(
ReplyDeleteSedapppppp ye ainaa mamam...nanti kalo turun tg malim nak cubalah...kedai dia menarik betul oh my rajin tuan kedai reka
ReplyDeletesedappp tuu..terliur syira..hehe
ReplyDeleteJika tiada aral... minggu ini akan ke sana
ReplyDeletewww.broframestone.com
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dekorasi dia pun menarikk
ReplyDeletelawa tempat ni ainaaaa.. thanks review
ReplyDeleteaku mcm risau je brg2 tu jatuh time aku makan. kene pale aku
ReplyDeleteSerius decoration dia unique gila kak Ena! Hahaha best gila nak lepak Tg Malim plak lah lepasni hahaha
ReplyDeleteMurah nye makan sini..
ReplyDeleteakak banyak kali jugak lalu tg malim kalo singgah trolak and nak kuar ikut highway tapi penah makan kat secret recipe aje kekeke..
ReplyDeleteunik la suasana tempat ni dengan decoration ni..menu pun sedap
ReplyDeletepopular tempat ni leps ni..dengan dekorasi yang menarik..
ReplyDeleteTERBAIK LAH TEMPAT NE...
ReplyDelete