ALFATIHAH KEPADA DATO AZIZ SATTAR

by - Tuesday, May 06, 2014


ALFATIHAH KEPADA DATO AZIZ SATTAR | Dalam jam dua pagi tadi bersamaan hari Selasa (6/5/2014), satu berita yang menyedihkan untuk rakyat Malaysia telah tersebar bahawa negara kita baru sahaja kehilangan seorang artis veteran iaitu Dato Aziz Sattar.

Allahyarham menghidapi masalah jantung selama ini. Pada hari ini, Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir dan pulang kepada Rahmatullah. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi hambaNya. Kesedihan ini bukan setakat ahli keluarga Allahyarham yang merasainya, malah ena juga turut merasai kehilangan Allahyarham.



Allahyarham Dato Aziz Sattar merupakan salah satu trio Seniman Bujang Lapok yang sangat disukai dan digemari oleh warganegara Malaysia. Tonton banyak kali pun masih tak rasa jemu, tak pernah ada rasa bosan di dalam hati. Jalan ceritanya membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya. Tambahan pula di sebalik lawak jenaka cerita ini ada terselit nilai murni dan pengajaran untuk kita semua.

Apapun, mari kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Dato Aziz Sattar. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham.

InsyaAllah, turn kita tak lama lagi. Sesungguhnya Mati Itu Pasti. Bersiap sedialah kita menghadapinya. 





You May Also Like

12 Comments

  1. Al fatihah...mereka dalam kenangan. Semoga tenang di sana insyaALLAH.

    ReplyDelete
  2. alfatihah,, moga beliau ditempatkan dalam kalangan orang beriman.. insya ALLAH

    ReplyDelete
  3. dalam kenangan...al fatihah...;'(
    bru habis tgok cte buajng lapok tdi..

    ReplyDelete
  4. Al- Fatihah. .


    btw blogwalking from produk review n done follow u :)

    ReplyDelete
  5. al fatihah dan takziah kpd klyarga allahyarhamm.. ='(

    ReplyDelete