Saturday, May 31, 2014

BAJU SOCIAL MEDIA | INSTAGRAM AINAA ROSEBERRY




BAJU SOCIAL MEDIA | INSTAGRAM AINAA ROSEBERRY | Sekarang ni, bukan sekadar di atas kertas sahaja kita boleh promote social media kita seperti Facebook, Twitter, Wechat; malah kat atas baju pun boleh. Macam macam sekarang ni kan, makin kreatif dengan adanya kemudahan teknologi yang telah disediakan untuk kita semua.

Ena pun tak nak lepas peluang untuk memiliki baju social media sendiri. Kali ni ena buat untuk social media instagram ena dengan harga RM35 sekali postage untuk area semenanjung.



INSTAGRAM: @ainaaroseberry
HARGA: RM35 (Include postage)
DESIGN: Silkskrin


Untuk saiz baju, ena pilih saiz M tapi agak besar untuk tubuh ena, sepatutnya ena pilih S. Mungkin potongan dan ukuran baju ni mengikut saiz badan orang barat. Tak mengapalah, janji kainnya sedap dan selesa untuk dipakai. Berpuas hati.




Kalau you all ingin memiliki baju seperti ena pakai di atas, bolehlah contact di FIZGRAPHIC. Nak design macam mana; silk skrin ke, hitpress ke dan nak letak kat bahagian belakang baju ke, tepi lengan ke, you all boleh consult dengan Fizgraphic ye. Terpulang pada keinginan masing masing. Harga pun boleh dirunding.

Apa lagi, jom kita beramai ramai memiliki baju social media kita sendiri. Trend baju sekarang. Murah dah berkualiti. Jangan lepaskan peluang yang ada. Jom beli!






More Nyummy Here

Thursday, May 29, 2014

ALEXA RANK BAWAH 1000 | MALAYSIA


ALEXA RANK BAWAH 1000 | MALAYSIA | Alexa Rank merupakan salah satu medium untuk kita mengetahui informasi tentang ranking dan percapaian blog masing masing. Cara pengiraannya adalah berdasarkan jumlah trafik yang masuk dalam blog kita. Cara bacaannya pula adalah semakin rendah nombor rank, semakin bagus percapaian blog tersebut


Boleh semak Alexa Rank di sini:-

(Letak link blog masing masing)


Ena setiap hari akan semak setakat mana tahap percapaian blog ena yang tak seberapa ni. Namun alhamdulillah, setiap hari ada perningkatan. Itu yang buat ena semangat nak berblog.Kalau nak dapat percapaian yang bagus, kenalah rajin update entri, kena tahu SEO dan cara nak gunakan SEO ni macam mana, dan pelbagai lagi yang perlu kita ambil tahu.

Apapun bila dah ada blog ni kenalah diri tu rajin sedikit. Tak boleh sedikit, kena banyak rajinnya tu. Tapi jangan sampai abaikan pula hal hal yang lain seperti family kita, solat kita, hubungan kita dengan Allah. Pandai uruskan masa, itu yang paling penting.



Alexa Rank: Ainaa Roseberry
GLOBAL RANK : 344762
MALAYSIA RANK: 1487


Apapun, target ena sekarang adalah nak Alexa Rank untuk Malaysia bawah 1000. Teringin nak merasa rank blog ena bawah 1000. Tapi mampukah ena untuk sampai ke tahap itu?? Berdoa, berusaha dan bertawakal. Itu sahaja yang mampu ena lakukan.



More Nyummy Here

Monday, May 26, 2014

KENANGAN KETIKA EPHYRA TREASUREHUNT 2014


KENANGAN KETIKA EPHYRA TREASUREHUNT 2014 | Rahsia kejelitaan kulit seawal 7 hari bersama dengan Ephyra. Ephyra adalah  minuman kesihatan keluaran OceanLife  dan sesuai di ambil oleh semua golongan. Di jamin keselamatannya oleh KKM dan halal oleh JAKIM. You all tak perlu lagi risau tentang semua hal tu lagi.

Kelebihan Ephyra adalah merawat kulit kusam, menghilangkan parut jerawat dan juga mengurangkan jerawat di muka, memberikan kesegaran dan kelembapan pada kulit, dan mengurangkan lebam di bawah mata.

Credit to : PenaBerkala

Pada 24.5.2014 (Sabtu), team Ephyra dan team Denaihati telah menganjurkan satu pertandingan yang sangat menarik iaitu Ephyra Treasure Hunt. Seramai 27 blogger yang telah menceburi pertandingan ini.

Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan satu kumpulan mempunyai 4 ahli yang telah ditetapkan oleh  pihak atasan. Setiap kumpulan akan diberi nama mengikut ingredients yang terkandung dalam produk kesihatan Ephyra. Kumpulan ena adalah group nombor tiga dan diberi nama ACAI BERI


TEAM ACAI BERI:



Pada mulanya, kami semua dikehendaki berkumpul di Puspanita Puri , Persint 9, Putrajaya. Makan minum untuk waktu pagi telah disediakan oleh pihak atasan. Tak perlu risau lagi tentang semua tu dan hadirkan diri sahaja. Sebelum memulakan treasure hunt ini, kami semua telah diberi taklimat dan kata kata semangat dari pihak Denaihati serta pihak Ephyra.

Setelah selesai semuanya, baru kami dilepaskan untuk memulakan treasure hunt ini dan dikehendaki menyelesaikan semua soalan yang telah diedarkan untuk setiap kumpulan. First place yang kami tuju adalah Taman Botani Putrajaya.

Di Taman Botani Putrajaya, kami dikehendaki mencari nombor siri, nama sainstifik dan nama tempatan untuk pokok pokok yang terdapat di taman ini. Sambil mencari treasure, sambil kita timba ilmu tentang alam flora. Alhamdulillah.


Apa yang perlu kami lakukan untuk task yang seterusnya adalah ber 'SELFIE' di depan banner Ephyra yang betul betul terletak ditepi jalan raya. Fiiiuuuhh! Best juga dapat selfie tepi jalan raya ni. Tak pernah ena buat sepanjang umur ena.

Kereta yang ada kat jalan raya pakat pakat hon kat kami. Kerana nak menang, kami abaikan semua itu. Janji semua task dapat disiapkan dengan selamat sebelum kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu KLIA2.


Selepas berpanasan selfie di tepi jalan raya, kami terus menuju ke KLIA2. Alhamdulillah, dapat juga ena jejak kaki dekat KLIA2. Asyik tengok orang lain yang pos pasal KLIA2, ena pun nak juga tengok sendiri KLIA2 ni macam mana suasananya, macam mana keadaan tempatnya.


Ketika di KLIA2, kami dikehendaki berkumpul di Starbuck kerana pihak pengurusan semua ada disitu. Kebanyakkan task seterusnya di adakan di KLIA2. Kami kena berkomunikasi dengan pelancong pelancong yang ada di sini, kena cari nama kedai dan pelbagailah lagi.

Masa tamat adalah pada pukul 2.30 petang, so kepada group yang dapat buat banyak task, dapatlah markah yang tinggi. Alhamdulillah, walaupun kami tidak sempat habiskan semua task ketika di sini tapi banyak juga yang telah selamat kami selesaikan.









Tamat sudah task kami kat KLIA2 dengan jayanya. Alhamdulillah. Selepas itu, kami pergi berehat dan makan untuk tengahhari pula. Makanan dan minuman tidak perlu beli lagi sebab semua tu dah disediakan.  Kami hanya perlu bersiap sedia untuk ke Booth Ephyra JOM HEBOH PUTRAJAYA pula. Ada lagi task yang sedang tunggu kami di situ. 




Kami semua dikehendaki berkumpul di Booth Ephyra JOM HEBOH kerana di sini adalah tempat terakhir dan penutup untuk Treasure Hunt kali ini. Sebelum tamat, kami diberi lagi satu task yang terakhir iaitu BLIND SOCCER, dimana kami dikehendaki main bola sepak dengan mata yang tertutup. Task ini dibuat semperna World Cup yang bakal menjelma tak lama lagi.

Cara permainan blind soccer ni adalah kalah mati. Dan team kami, Acai Beri telah berjaya gol kan bola ketika berlawan dengan team Tomato. Bila dah selesai game Blind Soccer ni, maka tamat la sudah Ephyra TreasureHunt 2014.

Masa telah tiba untuk ketahui  team mana yang akan bawa pulang wang tunai sebanyak RM2000. Jeng Jeng Jeng. Group manakahhhhhhhh~ Jom scroll kat bawah ni.


Tempat Pertama (RM2000 + Gift Produk Ephyra ):

Group Glutathion

Tempat Kedua (RM1200 + Gift Produk Ephyra ):

Group ACAI BERI!

Tempat Ketiga (RM800 + Gift Produk Ephyra):

Group Tomato


Alhamdulillah, happy sangat kerana kumpulan ena menang ditempat kedua. Syabas ACAI BERI!! Walaupun tak ada rezeki untuk menang ditempat yang pertama tapi ini sudah memadai bagi diri kami. Dan tahniah juga kepada group yang lain kerana berjaya memeriahkan Ephyra TreasureHunt 2014 kali ini. Jumpa you all lagi nanti.

Itu sahaja perkongsian ena untuk kali ini. Maaf, entry kali ni memang sangat panjang.Tapi terima kasih kepada yang masih sudi membacanya.

Kepada you all di luar sana yang ingin mengetahui mengenai tentang Ephyra ni dengan lebih lanjut, you all boleh hubungi pihak mereka di:-


Address:
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur


Contact Number:
1) 03 41417889
2) 019 3999238



More Nyummy Here

Saturday, May 24, 2014

VITAMIN HAIR SERUM WITH DAMAGE REVERSAL | NSA BEAUTY SDN BHD


VITAMIN HAIR SERUM DAMAGE REVERSAL | NSA BEAUTY SDN BHD | Bertudung atau tidak bertudung, lelaki mahupun perempuan, kita hendaklah memberi perhatian kepada kesihatan rambut masing masing. Jangan asyik utamakan kecantikkan kulit muka, kulit badan tetapi hal rambut diabaikan

Kali ini, ena nak memperkenalkan kepada you all satu produk untuk penjagaan rambut dan kulit kepala kita keluaran NSA Beauty Sdn Bhd iaitu Vitamin Hair Serum with Damage Reversal. Produk ini boleh digunakan semua golongan dan jantina. Ianya berfungsi memastikan rambut kelihatan sihat dan dijaga rapi. Selain itu, 100% diperbuat daripada bahan semulajadi.


100% DIJAMIN BERKESAN DAN PASTI YOU ALL BERPUAS HATI

 1) Melembutkan dan melembatkan rambut
 2) Menyinarkan rambut 
 3) Rambut mudah diurus dan disikat
 4) Elakkan rambut dari bercabang
 5) Merawat rambut rosak akibat bahan kimia & alat pedandan rambut
 6) Melebatkan rambut
 7) Merawat masalah rambut gugur
 8) Hitamkan rambut
 9) Melindungi rambut dari sinar UV



ANTARA KELEBIHAN VITAMIN HAIR SERUM
 a) Pertumbuhan rambut baru, menyelesaikan masalah rambut gatal.
 b) Menghidupkan sel sel akar rambut
 c) Kulit kepala menjadi bersih dan sihat
 d) Menghilangkan sakit kepala, stress dan migrain
 e) Mengurangkan demam panas
 f) Mengelakkan dari lesu dan tidak bermaya
 g) Merawat dan mencegah uban
 f) Mengatasi rambut berbuah dan bercabang


Ada masalah dengan rambut??? Dah guna pelbagai jenis produk tapi masih tak ada perubahan malah ada yang jadi lebih teruk??? Ayoh! Usah tunggu lagi dan dapatkan Vitamin Hair Serum sekarang.

InsyaAllah, pasti you all akan berpuas hati sebab ramai pengguna yang  telah menggunakan produk ini dan memberikan feedback yang positive. Dan untuk pembelian yang pertama akan mendapat 10% DISKAUN!!! dari harga yang sebenar, cuma you all hanya perlu langgan newsletter di (www.beautymart.my)



Untuk ketahui harga untuk satu botol Vitamin Hair Serum ni, you all boleh rujuk atau hubungi mereka di:-


Fanpage NSA Beauty: 



More Nyummy Here

Friday, May 23, 2014

EPHYRA | JOM HEBOH PUTRAJAYA


EPHYRA | JOM HEBOH PUTRAJAYA | Pada 24/5/2014 (Sabtu) hingga 25/5/2014 (Ahad) dari jam 10am- 10pm, produk EPHYRA yang tengah hangat di kalangan rakyat Malaysia sekarang ini akan membuka booth di Karnival Jom Heboh di Persint 3 Putrajaya.

Lebih memeriahkan lagi, Team Ephyra dan Duta Ephyra iaitu Memey Suhaiza dan Norman Hakim turut juga berada di sana nanti. Oleh itu, kepada yang teringin sangat nak jumpa mereka berdua secara real, marilah beramai ramai datang ke Booth Ephyra ni.

Selain itu, kepada yang belum pernah cuba Ephyra ni, ada juga sampling yang disediakan untuk you all rasa akan kesedapan produk Ephyra yang terkemuka ni. Disamping itu, kalau nak tahu akan kehebatan Ephyra ni, kenalah datang ke booth Ephyra ni ye.



Pada keesokkan harinya, Ephyra juga menjalankan satu aktiviti yang sangat menarik iaitu Treasure Hunt 2014. Seramai 28 orang blogger yang menceburi aktiviti ini dan ena juga turut serta sekali untuk support segala anjuran yang dianjurkan oleh Ephyra. Doakan kejayaan kami pada esok hari ye.



Tarikh : 24 Mei 2014
Masa : 9 pagi hingga petang
Lokasi : Sekitar Lembah Klang (Putrajaya dan lain-lain)
Yuran : PERCUMA! (khas untuk Blogger)
Peserta : 4 orang sekumpulan (28 orang sahaja)
Hadiah : Berkumpulan (Jumlah hadiah bernilai RM5,000)


More Nyummy Here

Wednesday, May 21, 2014

CALIFORNIA STEAK HOUSE & STEAMBOAT | TANJONG MALIM


CALIFORNIA STEAK HOUSE & STEAMBOAT | TG.MALIM | Kali ini ena nak review satu tempat kedai makan di tempat tinggal ena iaitu Tanjung Malim Perak. Sesiapa yang tinggal kat Tg.Malim ni sure tahu kedai makan ni kan. Namun, walaupun ena orang sini tapi ini kali pertama ena cuba makan kat California Steak House & Steamboat Restaurant.


California Steak House & Steamboat
31, Jalan U1, Taman Universiti
35900 Tanjong Malim
Perak


Restoran ini terletak berhampiran dengan Pintu Utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan juga terletak di Taman Universiti. Pintu Utama UPSI tu yang ada tempat perlajar UPSI tunggu bas.




Apa yang buat ena tertarik dengan kedai ini adalah dekorasinya yang sangat unik dan menarik. Banyak barang barang terbuang dan barangan antik dijadikan hiasan untuk Restoran California Steak House and Steamboat ini. Antaranya seperti kayu hoki, bola tenis, jam dinding dan raket badmintoon

Menarik bukan???? Bersih pun bersih, kemas dan tersusun rapi. Tak ada bau yang kurang menyenangkan disini. Suasana yang sangat selesa bagi ena. Ena ni kalau pergi makan kat sesuatu tempat tu mesti ena ambil berat tentang semua faktor ni.




Kalau nak meratapi hiasan sahaja tapi tak merasai kesedapan makanan kat sini amatlah rugi sama sekali. Apa kata kita makan sambil cuci mata tengok benda apa yang dijadikan perhiasan kat sini, itu lebih baik. Makanannya pun tak mahal dan ena yakin pelajar UPSI pun mampu makan kat sini. Semua menu tak ada yang lebih dari RM30 untuk setiap satu. Minumannya pun murah. Puas hati.

Kesedapannya usah di cakap la. Memang teramat sedap dan lain kali boleh makan kat sini lagi. Dah jadi tempat tumpuan ena sekeluarga pula selepas ni kalau inginkan makan makanan ala ala barat. Jom ena share makanan dan minuman serta harga sekali.


MINUMAN

COCONUT LIME JUICE : RM 2.50

APPLE ASAM BOI : RM 2.50

LASSI : RM 2.50


MAKANAN

GRILLED CHICKEN CHOP : RM 10.00

CHICKEN CHOP SPECIAL : RM 10.00

Kepada yang ada berdekatan sini dan tak tahu makan kat mana yang best di area Tg.Malim ni, you all boleh singgah di sini. Memang sangat sedap! Kalau tak percaya, ena sarankan you all cuba makan dan rasai sendiri makanan kat California Steak House & Steamboat.



Kepada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai restoran ini, you all boleh hubungi pihak mereka atau rujuk pada website restoran ini. Di bawah ni, ena ada sertakan nombor telefon dan link website sekali.
Telefon:

1) 012 4797584 ( Chef Shuib)
2) 019 2196800 ( Nor Haslina )


Website:


More Nyummy Here

Monday, May 19, 2014

MEREKA DI U-CAFE | BLOGGERS


MEREKA DI U-CAFE | BLOGGERS | Setiap kali ada event mana mana, mesti akan timbul satu perasaan dalam hati iaitu perasan yang terlampau gembira. Excited! Over excited! Excited sebab teruja nak jumpa para blogger yang lain. Terutama blogger yang belum pernah ena berjumpa dan blogger yang terkenal serta hebat seperti Abang KIDAbang Hazman Fadzil dan ramai lagi.

Ada yang bertanya dengan ena, "best ke blog ni??? Macam tak ada life je". Bagi ena memang sangat best dan blog adalah salah satu sumber bagi ena untuk mengenali apa itu erti kehidupan diluar sana. 

Salah satu faktor yang membuat ena suka berblog adalah sebab ini lah. Ena dapat berjumpa dengan kawan kawan dari seluruh Malaysia, ena dapat memperluaskan ilmu ena bila dapat berkawan yang mempunyai personaliti yang berbeza beza dan ena dapat ramai lagi kawan kawan. Sejujurnya, ena ni suka berkawan dan suka bergaul dengan orang.


Ketika event Food Review di U-Cafe WangsaWalk pada dua tiga minggu yang lepas, ena telah berjumpa dengan para bloggers yang belum pernah berjumpa serta yang pernah berjumpa. Tetiba rasa malu menimpa nimpa tapi dalam hati seronok yang amat sangat.


Gadis gadis pingitan, Kak InnanieKak Mastura dan Kak Wiida. Hehehe. Untuk pengetahuan you all, ini kali pertama ena berjumpa dengan mereka bertiga ni. Semua memang sporting. Cantik dan comel pula tu. 


Dengan para ibu yang awesome, Kak Nadia dan Kak Nory. Ena baru perasan yang Kak Ida tak ada dalam gambar. Mereka bertiga ni memang tak boleh dipisahkan sebenarnya. Sahabat karib okay. Hehehehe. 


Dengan Abang KID dan Abang Jamar. Nak bergambar dengan Abang Eizil tapi malu pula nak ajak sekali bergambar. Hehehe.


Comelkan Kak Innanie ni. Hehehe. Ramai lagi blogger yang hadir tapi tak sempat nak bergambar macam ni. Sebab masih segan nak bertegur masa ni. Tapi sekarang memang berborak rancang di facebook. Next time jumpa lagi, insyaAllah tak adalah segan segan lagi.

Kat bawah ni, ena nak letak gambar gambar kenangan kami ketika di U-Cafe Wangsa Walk, Wangsa Maju






You all boleh terjah entry ena yang terdahulu mengenai cafe ini. 

Pengenalan U-CAFE: 

Menu menarik di U-CAFE: 



More Nyummy Here

Friday, May 16, 2014

HAPPY TEACHER'S DAY


HAPPY TEACHER'S DAY | Pertama sekali, ena ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada kedua ibu bapa ena yang tercinta. Walaupun sudah bersara sebagai guru, tetapi mereka tetap guru yang pertama dan selamanya untuk diri ena dan adik beradik yang lain. Sebelum mengenali dunia lagi, merekalah yang membimbing ena bertatih, berjalan, makan dan sebagainya. Sentiasa bagi kata kata semangat kepada kami adik beradik. Terima kasih mom dan dad. I love you.

Seterusnya, Selamat Hari Guru kepada cikgu cikgu ena yang telah mengajar dan mendidik ena ketika sekolah dahulu di Sekolah Rendah Hulu Bernam (1999-2005), Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari Tg. Malim (2005-2007) dan Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak (2008-2009).  Terima kasih sebab sabar dan tabah membimbing ena dahulu. Jasa mu tetap dikenang sampai bila bila.

Tak lupa juga kepada lecturer ena yang telah mengajar ena ketika di Center For Foundation Studies IIUM dan di IIUM Kuantan. Pengorbanan mereka memang tak mampu ena balas, yang Maha Esa sahaja yang mampu membalas jasa mereka.


Happy Teacher's Day kepada semua tenaga pengajar di dunia ini. Kepada kawan kawan sepejuangan ena dan juga kawan kawan blogger ena seperti Khai ArtzfarCik LyeenKak Mastura dan Muja, semoga you all satu hari nanti menjadi teacher yang cemerlang dan gemilang. Ena doakan you all dapat mengejar impian masing masing. InsyaAllah. Mana tahu suatu hari nanti, mereka ni lah yang akan ajar anak anak ena nanti. Who knows kan??

More Nyummy Here

Thursday, May 15, 2014

NATURACTOR COVER FACE


NATURACTOR COVER FACE | Lumrah seorang wanita yang inginkan wajah mereka kelihatan cantik dan ada sanggup beli pelbagai produk untuk mengekalkan kecantikkan dan kekemasan kulit wajah mereka. Begitu juga diri ena dan kali ini ena memilih Cover Face keluaran Naturactor sebagai produk kecantikkan wajah untuk diri ena.

Naturactor cover face by Meiko ini merupakan produk keluaran dari negara Jepun. Ena yakin dengan ketulenan produk ini sebab ena telah mencubanya dan mendapati produk ini sangat berkualiti tinggi. Bila ena pakai produk ini, wajah ena tampak natural dan rasa keyakinan dalam diri semakin tinggi bila berhadapan dengan orang lain.


APAKAH YANG TERKANDUNG DALAM NATURACTOR COVER FACE NI??

Kandungan utama dalam Cover Face ini adalah Jojoba Oil (Minyak Jojoba) dan Rice (Beras)


KEBAIKKAN COVER FACE BY NATURACTOR

1) Minyak Jojoba memang terkenal dengan fungsinya untuk melembapkan. Oleh sebab itu, dengan adanya minya Jojoba dalam kandungan Cover Face, ia mampu membantu menghidratkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan cantik berseri.

2) Cover face ini juga adalah rice based powder, ia berfungsi menyerap minyak berlebihan yang terhasil dari kulit kita, mengawal kelembapan kulit agar tidak berminyak, menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat.

3) Kombinasi dua ramuan di atas mampu menghasilkan kulit yang lebih sihat, lembut dan berseri.

4) Cover Face juga terkenal sebagai "moist powder foundation", yang bertindak sebagai bedak asas dan pelembab. Sambil jadi foundation, ia juga bertindak sebagai pelembap kulit wajah.

5) Bertindak sebagai pelindung dari sinar UV, menjadikan kulit tidak mudah gelap apabila terdedah dengan matahari dan juga mengelakkan pigmentasi.

6) Tidak menutup pori pori di muka, ringan, tidak melekik, tidak bertompok tompok apabila pakai.

7) Bertindak sebagai 3 dalam 1 foundation, sebagai bedak asas, pelembab dan sunblock.




Memang sangat berpuas hati bila pakai Cover Face keluaran Naturactor ni. Tak perlu tempek bedak compac berlapis lapis lagi kat muka dan juga sangat selesa bila menggunakannya sebab muka tidak berminyak bila gunakan dalam tempoh yang agak lama. Alhamdulillah.

Kat bawah ni ena letak gambar ketika menggunakan Cover Face ni. Keberkesanannya memang masyukkkk. By the way, no edit okay.



Ena sudah mencubanya. You all bila lagi?? Jangan risau tentang harga, memang sangat murah dan pasti ia mampu dibeli oleh setiap golongan manusia. Apapun, you all boleh buat tempahan atau hubungi pihak Naturactor di:-

Phone: 013 3986129







More Nyummy Here

Tuesday, May 13, 2014

TELEKUNG BERWARNA MURAH | QUEENS CLASSIQUE


TELEKUNG BERWARNA MURAH | QUEENS CLASSIQUE | Sudah sekian lama ena inginkan telekung yang berwarna ni. Selama ni cari, mesti mahal. Lepas tu, ada pula yang kata tak boleh pakai telekung berwarna ketika solat. Macam macam. Sebenarnya, boleh je bawa untuk solat selagi kain telekung tu bersih dari najis, menutup aurat dan tidak berbau. Itu yang lebih penting dan perlu di ambil berat. 

Alhamdulillah, akhirnya ena jumpa juga kain telekung berwarna dengan harga yang sangat sangat murah. Hanya RM 50 sepasang dan juga termasuk kos penghantaran. Dengan hanya RM50!!! RM50!! You all boleh dapat sepasang telekung yang berkualiti.


RM 50 include Postage.

Mula mula ena ingat kainnya jenis lycra yang biasa dan tidak berkualiti tetapi sangkaan ena meleset. Kain lycra yang digunakan adalah yang sangat berkualiti dan juga tebal. Oleh sebab itu, tak payah you all risaukan tentang hal jarang dan sebagainya lagi. Kainnya pun sejuk dan tidak mudah berkedut.

Dari segi labuh pula, you all boleh rujuk pada gambar ena kat atas ni. Ketinggian ena lebih kurang 160cm dan ke atas, itulah labuh telekung ni.  Memang tiada masalah dari segi faktor labuh. Sesuai dengan semua ketinggian.


QUEENS CLASSIQUE

QUEENS CLASSIQUE

Ada pelbagai warna. You all boleh pilih warna mana yang berkenan di hati. Tambahan pula, you all juga boleh jadikan telekung ini sebagai hantaran untuk perkahwinan juga. Dengan harganya yang sangat MURAH, you all boleh berjimat dan duit selebihnya boleh beli kelengkapan perkahwinan yang lain.

Bukan setakat telekung sahaja yang dijual, malah kain ela, tudung dan juga baju kurung turut ada di Queens Classique. You all dialu alukan untuk cuci mata di sini dan kalau berkenan, apa lagi, belilah sebelum terlambat. Hehehe.

Apapun, kalau inginkan telekung ini, you all boleh bertanya dengan lebih lanjut di :-




More Nyummy Here