Tuesday, April 08, 2014

KUALA LUMPUR SHOPPING HUNT 2014

KUALA LUMPUR SHOPPING HUNT (KLSH) telah berlansung pada 29 Mac 2014 bersamaan hari Sabtu yang lepas. KLSH ini merupakan pertandingan lebih kurang seperti 'Treasure Hunt" yang bertemakan membeli belah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Seterusnya, event ini dianjurkan oleh Intergrated Media dengan kerjasama Tourism Malaysia Kuala Lumpur.




Lebih kurang pukul 8 pagi, ena dan kawan kawan yang lain ( Meeya TechikCik Hani dan ramai lagi) tiba di perkarangan Kompleks KrafKuala Lumpur, di mana pertandingan KLSH ini berlangsung. Ramai juga para blogger yang lain yang ena terserempak kat sini seperti Khai Artzfar dan kak Tatie . Tapi mereka berada di kumpulan yang lain, tidak sama dengan kumpulan ena. Memang sangat ramai yang menyertai, dijangka lebih daripada 300 peserta yang hadir.

Sebelum acara ni berlangsung, para peserta perlu daftarkan diri di tempat pendaftaran dan akan terima beg berwarna biru yang berisikan baju tshirt khas untuk event ini. Dan setiap peserta wajib pakai baju tersebut sepanjang acara ini berlangsung.

Yang lagi bestnya, mereka juga telah sediakan sebotol air 100plus untuk kami semua. Terima kasih banyak banyak kepada sponsor. Alhamdulillah. Setelah semua peserta selesai tukar baju, kami diberikan taklimat mengenai perlumbaan ini dan sesi bergambar beramai ramai sebagai kenangan.





Setelah selesai semua sesi pendaftaran dan juga sesi taklimat, tepat pada pukul 10 pagi, kami dilepaskan untuk mencari harta karun yang tersembunyi di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Setiap kumpulan disediakan 2 set soalan yang sama untuk sesi yang pertama. Kesemuanya ada dua sesi yang perlu kami lalui dan perlu kami isi kalau nak menang. Eheks.

Soalan yang diberikan bukan calang calang soalan. Memang otak jadi stuck memikirkan jawapan. Mencari cari di setiap corok yang ada di Kuala Lumpur, dari tempat yang ena tak pernah tahu ianya wujud hinggalah tempat yang ena biasa pergi. Namun, sebenarnya inilah motif aktiviti ini dijalankan. Memberi pendedahan kepada orang luar negara juga kepada orang dalam negara apa yang ada di Malaysia ni.




Tepat pada pukul 2.15 petang, semua kumpulan dikehendaki menghantar kesemua soalan di meja urusetia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Siap atau tidak, dikehendaki hantar. Kalau lambat dari masa yang ditetapkan, markah akan ditolak sebagai denda.

Setelah selesai semuanya, kami diberi makan tengah hari dan dikehendaki berkumpul di dewan yang telah disediakan untuk kami. Disitulah kami melihat persembahan dan disitu jugalah kami akan mengetahui siapakan yang menang.





Walaupun kumpulan kami tidak menang tapi kami bersyukur kerana dapat menceburi aktiviti sebegini rupa. Memang sangat best walaupun sakit kepala penat memikirkan jawapan. Selain itu, dapat berkongsi idea dengan orang lain dan  dapat jumpa dengan kawan kawan yang baru. Yang lebih penting ena ialah dapat mengetahui tempat tempat yang ena tidak ketahui sebelum ini di sekitar Kuala Lumpur.


Kalau nak tengok gambar kami, bolehlah singgah di sini:-






Share

Other Article

KUALA LUMPUR SHOPPING HUNT 2014
4/ 5
Oleh

15 Comments

Comments
avatar
8.4.14

wahh seronoknya dapat join ^_^ meriah betul ..

Reply
avatar
8.4.14

Ena rajin turun event ye.. bagus2 :)

Reply
avatar
8.4.14

bestnyaa.. bila la dpt merasa join aktiviti mcm ni bersama blogger. hehe

Reply
avatar
8.4.14

Amboih... seronok dia yea.. tak ngajak pong.. i is majok.. bluekk

Reply
avatar
9.4.14

alaaa kalau tau time tu ena join boleh masuk satu team

Reply
avatar
9.4.14

not bad ghak.. ingat boleh shopping2

Reply
avatar
9.4.14

manyakk syok lah ena dapat join event macam ni. :D

Reply
avatar
10.4.14

bestnya! ramai pula yang join event ni

Reply
avatar
11.4.14

Seronoknyaaaaa ! Nak pegi gakk!!!

-www.aimanaziz.com-

Reply
avatar
12.4.14

kemain lagi sejak dok kl ni,, huhu,, good job ena :)

Reply
avatar
12.4.14

menarik... contoh soalan mcm mana... sejarah ke matematik... hehehe

Reply
avatar
12.4.14

Wah bestnya program macam ni... :)

Reply
avatar
12.4.14

Bestnya kalau dapat join event ni..

Reply
avatar
12.4.14

Bestnya kalau dapat join event ni..

Reply
avatar
16.4.14

biar tak menang asalkan happy..hehe..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)