Tuesday, April 29, 2014

TAMAN BOTANI PUTRAJAYA




TAMAN BOTANI PUTRAJAYA | Pada bulan yang lepas, ena ada menceritakan kisah ena pergi berbasikal di Taman Botani Shah Alam. Kali ini, ena nak membawa you all ke satu tempat rekreasi dan juga tempat para pengkaji alam flora fauna, iaitu Taman Botani Putrajaya. Mungkin sudah ramai antara you all pernah pergi, malah mungkin ada yang jadikan taman ini sebagai tempat you all meluangkan masa setiap petang/pagi, namun ena ni baru pertama kali jejak kaki kat sini.

Taman ini direka khas untuk rakyat Malaysia untuk mengenali dengan lebih mendalam mengenai tumbuh tumbuhan yang terdapat di alam sekitar kita. Bukan sekadar itu sahaja, para pengkaji juga boleh datang untuk membuat kajian mengenai taxonomy tumbuh tumbuhan.




Taman Botani Putrajaya ini terletak di utara Precinct 1. Di bawah ni ena sediakan alamat lengkap:-

Taman Botani Putrajaya,
Precinct 1,
62000 Putrajaya




Alhamdulillah, ena berpeluang untuk beriadah di sini sambil ditemani oleh kakak kakak Tya Salmid. Terima kasih sebab sudi bawa ena ke Taman Botani Putrajaya ni. Dekat sini, kita juga boleh sewa basikal dan berbasikal di dalam Taman Botani ini. Cuma dekat sini tak ada sangat bukit bukau macam di Taman Botani Shah Alam.

Kami hanya menyewa basikal selama sejam. Memang tak cukup satu jam sebenarnya, tetapi memandangkan banyak tempat tengah renovation, so memang cukup cukup je masa kami untuk melawat semua tempat.




Ena sarankan supaya datang pada waktu pagi. Sejuk je waktu pagi, udara pun nyaman dengan embun embun pokok di sini membuat suasana bertambah menarik. Waktu petang pun boleh juga kalau nak datang, tapi waktu pagi much better bagi diri ena.

Ena memang jenis suka pergi ke tempat sebegini, ada pokok pokok, banyak kehidupan semula jadi. So, kepada mereka yang memiliki cita rasa seperti ena, boleh la datang ke sini. Bawa family ke, bawa orang yang kita sayang ke. Sambil tu, kita boleh ketahui nama nama pokok yang terdapat kat sini. 

Apapun, sebarang maklumat dengan lebih lanjut, you all boleh la hubungan pihak mereka melalui:-



Tel: 03 88877770

Fax: 03 88875037



More Nyummy Here

Friday, April 18, 2014

SELANGOR BIRDS RACE 2014




SELANGOR BIRDS RACE 2014 Pada 25/4/2014(Jumaat) hingga 27/4/2014(Ahad), Majlis Daerah Hulu Selangor ( MDHS) akan menganjurkan sebuah Program Wings of KKB 2014 : Selangor Birds Race 2014 untuk kali ketiga. Penganjuran kali ini lebih meriah kerana Resorts World Genting akan turut serta menjadi penganjur untuk program Selangor Birds Race 2014, malah merangkap penaja utama untuk program ini.

Tujuan utama program ini dijalankan adalah bagi memeriahkan dan menyokong Tahun Lawat Malaysia 2014, ianya melihat mampu menarik pelancong dari luar terutamanya pemerhati burung atau ahli pengkaji burung.

Tambahan pula, 2 kategori penyertaan telah ditambahkan pada tahun ini iaitu kategori untuk pelajar IPTA dan IPTS, serta pertandingan fotografi burung.




Pihak penganjur telah menyediakan hadiah yang menarik untuk para pemenang. Bagi acara Bird Race, pemenang akan menerima hadiah sejumlah RM10 000 dalam bentuk barangan "outdoor" bagi ketiga tiga kategori penyertaan. Selain itu, untuk pemenang fotografi burung, hadiah utama merupakan Nikon DSLR.

Walau bagaimanapun, pihak Resorts World Genting turut menyediakan hadiah penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan. Pengunjung juga turut berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang akan berlangsung sepanjang program ini dijalankan.

Berminat untuk menyertai??? Okay, untuk mendapatkan borang penyertaan dan maklumat lebih lanjut, bolehlah melayari website Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)




Website MDHS:  http://www.mdhs.gov.my/

Facebook: Kuala Kubu Bahru

Nombor Telefon:
03 60641331 (Puan Azlina Mokhtar) 
03 60641555 (Puan Nurul Huda Khairuddin)



More Nyummy Here

Thursday, April 17, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU NADIA JOHARI




Mesti ramai antara you all kenal dengan kak Nadia Johari ni kan?? Seorang blogger yang peramah, baik dan cantik. Rajin tegur kawan kawan blogger yang lain. Ena pun tak serajin dia. Hehehe.

Pada 12.4.2014 (Sabtu) yang lepas, kak Nadia Johari telah selamat menjadi isteri yang sah kepada abang Faizul Hisham. Alhamdulillah, ena turut tumpang gembira yang amat sangat sebab salah satu kawan blogger yang ena rapat sudah menjadi isteri orang. Lepas seorang demi seorang dah lepas. Ena ni bila laaa pula boleh dapat pangkat "PUAN"  ni. Ahaks~

Pada hari akad nikah kak Nadia, ena tak dapat hadirkan diri. Tetapi pada hari keesokkannya, 13.4.2014 (Ahad), alhamdulillah ena dapat juga hadiri majlis walimatul urus kak Nadia belah perempuan di Meru, Klang bersama sama kawan blogger yang lain. 




Blogger yang hadir dan yang sempat ena jumpa:-

1) http://www.yanasakura.my/ (Liyana Hamid)
2) http://www.norainyusoff.com/ (Norain Yusoff)
3) http://lilizazaliza.blogspot.com/ (Liyliz Yusof)
4) http://www.irwanalessatyme.com/ (Irwan Alessa)
5) http://tyasalmid.com/ (Athirah Carelink)
6) http://www.broframestone.com/ (Bro Framestone)
7) http://duniafarisya.com/ ( Farisya Anastasyia)
8) http://faridlaham.com/ (Farid Laham)
9) http://msieda.blogspot.com/ (Eida Baharum)



Si cantik dan si comel, Liyliz Yusof dan Athirah Carelink

Blog Kak Nadia Johari: http://miszrockers.blogspot.com/


Apapun, ena di sini mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kak Nadia Johari dan juga suami yang tercinta. Ena doakan semoga kehidupan kak Nadia selepas ini sentiasa dimurahkan rezeki dan hidup diberkati oleh Allah SWT. Selain itu, semoga hubungan ini bahagia hingga ke syurga yang kekal abadi. InsyaAllah, amin.

Lepas ni turn ena pula. Ehhhhh~


More Nyummy Here

Wednesday, April 16, 2014

DIP & DIP BANGSAR VILLAGE



DIP & DIP  |  Mungkin ramai yang dah pernah makan kat sini, tetapi ena baru je dapat merasa makan kat restoran Dip & Dip ni. Dip & Dip adalah syurga makanan yang serba serbi berasaskan cokolat, manisan dan coffee. 

Di Malaysia, baru ada dua cawangan Dip & Dip ini ditubuhkan iaitu di Jalan Telawi, Bangsar (MAPS) dan The Curve, Damansara (MAPS). Dip & Dip ini bukan setakat ada kat Malaysia, malah kat luar negara pun ada tetapi ena tak pasti halal ke tidak. 



Website: http://www.dipndip.com/ (Click)

Ena sebagai penggila chocolate dan coffee, memang rasa sangat gembira dapat makan kat Dip & Dip, memandangkan dah lama teringin nak makan kat sini. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat di hati. Terima kasih Tya Salmid dan kakak dia sebab bawa ena makan kat sini.

Memang sedap  makanan kat sini dan tempatnya pun selesa untuk kita menghayati setiap makanan yang diorder. Ena cadangkan kepada you all yang gemar dengan makanan berasaskan chocolates / sweets / coffee untuk makan kat sini bagi yang masih belum pernah cuba lagi. 

Di bawah, ena nak share makanan yang kami makan di sini. Untuk minuman, kami pilih air mineral sahaja supaya mengelakkan diri dari cepat kenyang.


Waffle Stick : RM10

Triple Chocolate Crepe : RM17

Fettuccini Crepe : RM24.50

Crunchy Ice Cream : RM17



Nampak menarik bukan? So apa lagi, marilah beramai ramai terjah ke sini dan jom merasai kenikmatan makan makanan yang berasaskan chocolate. Memang terjamin kesedapannya. Bagi mereka yang ingin tahu dengan lebih lanjut, bolehlah rujuk di: 




Website: http://www.dipndip.com/ (Click)

Branch 1: Jalan Telawi, Bangsar
Address: Jalan Telawi, Bangsar 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telephone: 03-22015052

Branch 2: The Curve, Damansara
Address: The Curve Mall, First Floor at the Link 2 to eCurve No lb-2
Telephone: 03-77334442


More Nyummy Here

Saturday, April 12, 2014

SERI PENAWAR BEAUTY




SERI PENAWAR BEAUTY  |  Seri Penawar Beauty adalah set penjagaan muka dari keluaran YD Health Beauty yang sesuai digunakan untuk semua jenis masalah muka. Selain itu, set penjagaan muka ini bebas dari hiqroquinon dan mercury yang boleh mengundang kepada barah kulit.

Wajah yang cantik bermula dengan penjagaan kulit wajah secara total. Seri Penawar Beauty menjaga kecantikkan kulit muka dengan rangkaian toner, cleanser, krim pencerah dan krim malam agar kulit muka sentiasa lembut, cerah dan berseri dalam masa 7 hari. 




Mohon klik dan like: https://www.facebook.com/YDHealthBeauty (Click)


Keistimewaan Seri Penawar Beauty ialah produk ini mengandungi gabungan nutrien semulajadi dan disahkan selamat untuk digunakan. Antara bahan semula jadi yang digabungkan adalah sel stem, kolagen, glutathione beserta dengan vitamin A, C dan E yang dapat membantu mengurangkan kedut serta meningkatkan seri wajah muka.

Yang lebih penting, produk Seri Penawar Beauty ini halal digunakan. Harga sekotak RM140 sahaja. Tetapi sekarang ni ada diskaun dari YD Health Beauty iaitu sebanyak 20% untuk produk kecantikkan ini. Cukup murah dan sangat berbaloi dengan kesan yang memuaskan hati selepas menggunakan produk ini.




Harga asal RM140, tapi ada diskaun 20% sehingga 1 Mei 2014


Apa lagi, kepada you all yang ada masalah kulit dan masih belum jumpa produk yang sesuai untuk masalah kulit muka, dapatkan set Seri Penawar Beauty ni ketika harga masih murah ni. Untuk pertanyaan yang lebih lanjut, you all boleh hubungi mereka melalui




1) Personal Msg FB: https://www.facebook.com/YDHealthBeauty

2) SMS/WhatsApp : 012 3520460

3) Email: sales@yusufdanialresources.my

More Nyummy Here

Tuesday, April 08, 2014

KUALA LUMPUR SHOPPING HUNT 2014

KUALA LUMPUR SHOPPING HUNT (KLSH) telah berlansung pada 29 Mac 2014 bersamaan hari Sabtu yang lepas. KLSH ini merupakan pertandingan lebih kurang seperti 'Treasure Hunt" yang bertemakan membeli belah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Seterusnya, event ini dianjurkan oleh Intergrated Media dengan kerjasama Tourism Malaysia Kuala Lumpur.




Lebih kurang pukul 8 pagi, ena dan kawan kawan yang lain ( Meeya TechikCik Hani dan ramai lagi) tiba di perkarangan Kompleks KrafKuala Lumpur, di mana pertandingan KLSH ini berlangsung. Ramai juga para blogger yang lain yang ena terserempak kat sini seperti Khai Artzfar dan kak Tatie . Tapi mereka berada di kumpulan yang lain, tidak sama dengan kumpulan ena. Memang sangat ramai yang menyertai, dijangka lebih daripada 300 peserta yang hadir.

Sebelum acara ni berlangsung, para peserta perlu daftarkan diri di tempat pendaftaran dan akan terima beg berwarna biru yang berisikan baju tshirt khas untuk event ini. Dan setiap peserta wajib pakai baju tersebut sepanjang acara ini berlangsung.

Yang lagi bestnya, mereka juga telah sediakan sebotol air 100plus untuk kami semua. Terima kasih banyak banyak kepada sponsor. Alhamdulillah. Setelah semua peserta selesai tukar baju, kami diberikan taklimat mengenai perlumbaan ini dan sesi bergambar beramai ramai sebagai kenangan.





Setelah selesai semua sesi pendaftaran dan juga sesi taklimat, tepat pada pukul 10 pagi, kami dilepaskan untuk mencari harta karun yang tersembunyi di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Setiap kumpulan disediakan 2 set soalan yang sama untuk sesi yang pertama. Kesemuanya ada dua sesi yang perlu kami lalui dan perlu kami isi kalau nak menang. Eheks.

Soalan yang diberikan bukan calang calang soalan. Memang otak jadi stuck memikirkan jawapan. Mencari cari di setiap corok yang ada di Kuala Lumpur, dari tempat yang ena tak pernah tahu ianya wujud hinggalah tempat yang ena biasa pergi. Namun, sebenarnya inilah motif aktiviti ini dijalankan. Memberi pendedahan kepada orang luar negara juga kepada orang dalam negara apa yang ada di Malaysia ni.




Tepat pada pukul 2.15 petang, semua kumpulan dikehendaki menghantar kesemua soalan di meja urusetia di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Siap atau tidak, dikehendaki hantar. Kalau lambat dari masa yang ditetapkan, markah akan ditolak sebagai denda.

Setelah selesai semuanya, kami diberi makan tengah hari dan dikehendaki berkumpul di dewan yang telah disediakan untuk kami. Disitulah kami melihat persembahan dan disitu jugalah kami akan mengetahui siapakan yang menang.





Walaupun kumpulan kami tidak menang tapi kami bersyukur kerana dapat menceburi aktiviti sebegini rupa. Memang sangat best walaupun sakit kepala penat memikirkan jawapan. Selain itu, dapat berkongsi idea dengan orang lain dan  dapat jumpa dengan kawan kawan yang baru. Yang lebih penting ena ialah dapat mengetahui tempat tempat yang ena tidak ketahui sebelum ini di sekitar Kuala Lumpur.


Kalau nak tengok gambar kami, bolehlah singgah di sini:-






More Nyummy Here

Thursday, April 03, 2014

KEISTIMEWAAN HARUM MALAM DARI LEGACY



HARUM MALAM | Harum malam dari keluaran LEGACY SECRET TRADING ini adalah minuman kesihatan yang dikhaskan untuk kaum wanita demi menjaga keharuman dalaman dan luaran. Harum malam ini boleh membantu mengekalkan kesegaran bau badan serta kesihatan tubuh badan sepanjang hari kerana produk ini diadun dengan ekstrak ros dan kaya dengan herba herba.

Antara herba yang diguna ialah sirih, buah tin, kismis, madu, goji, limau purut, kayu serapat, buah delima, manjakani, pueraria mirifica yang dapat mengatasi bau badan yang kurang menyenangkan dari tubuh. 

Kesemua herba ini dijamin keberkesanannya dan memang sangat bagus untuk kesihatan dalaman seorang wanita. Selain itu, hubungan intim antara suami dan isteri juga semakin erat dan semakin mesra



Sila click gambar di atas~
Apakah kelebihan dan khasiat yang terkandung dalam harum malam ini?

   1) Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
   2) Bertenaga dan mengatasi masalah vigina yang kering
   3) Membantu mengetatkan dan menganjalkan vigina
   4) Membantu membunuh bakteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
   5) Meningkatkan sistem tahan tubuh badan serta menstabilkan hormon
   6) Mengurangkan tekanan
   7) Membantu menengangkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan
Disamping itu...
   1) Membantu menyegarkan dan menyihatkan badan
   2) Mencantikkan dan menyerikan wajah
   3) Mambantu menghilangkan bau badan dan mulut
   4) Melegakan panas badan
   5) Menegangkan payudara
   6) Memulihkan rasa rapat
   7) Mengencang otot kewanitaan
   8) Menghalang bau tidak enak dan kegatalan
   9) Menyihatkan rahim
  10)Mencantikkan payudara agar sihat dan montok
Cara Pengambilan Harum Malam

Minum 2 kali sehari iaitu 1 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur.


  
RM33 (Semenanjung) & RM39 (Sabah dan Sarawak) : tidak termasuk postage.
RM40 (Semenanjung) & RM45 (Sabah dan Sarawak) : termasuk postage.

Untuk order boleh contact: www.facebook.com/LegacySecretTrading (Click)


Ena baru sahaja cuba produk harum malam ini, tetapi keberkesanannya memang sangat mantap dan ena semakin selesa dengan keadaan tubuh badan ena sekarang. Rasa harum malam ni pun sedap dan menyegarkan. Harga pun berpatutan. Berpuas hati sangat!

Oleh itu, jika you all ada masalah bau badan yang kurang enak, bolehlah cuba try test Harum Malam keluaran LEGACY SECRET TRADING. Cubalah sebotol sekarang, hanya RM33 (Semenanjung) dan RM45 (Sabah dan Sarawak). Tapi yang ini tak termasuk postage. Kalau termasuk postage pula, RM40 (Semenanjung) dan RM45 (Sabah dan Sarawak)



Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah kunjungi ke :-
 Ladys' Dream House (Click)
More Nyummy Here