AYAM GHANTARI PUCHONG

by - Friday, March 28, 2014



AYAM GHANTARI | Selamat sejahtera. Hari ini ena ingin membawa you all ke satu tempat makan yang diberi nama Ayam Ghantari (Click). Kedai makan ini terletak di Lokas Makana Puchong Utama, kalau tak tahu sila guna GPS ye. 

Tempat makan ini baru ditubuhkan pada bulan 12 tahun 2013 dan di Puchong merupakan tempat yang pertama kedai makan Ayam Ghantari ini ditubuhkan. Namun, Ayam Ghantari ini telah meluaskan sayapnya di Taiping, Kuala Terengganu dan Keramat, malah ingin membuka branch yang baru di kawasan Putrajaya dan juga Damansara.




Website: http://www.ayamghantari.biz/ (Click)



APA ITU AYAM GHANTARI??

"Ghanta" bermaksud kehendak atau kemahuan dalam Bahasa Jawa yang membawa erti kemahuan untuk mencipta sesuatu yang luar biasa untuk dipersembahkan pada semua tentang ayam kampung dan selera asia nusantara. Malah "Ri" pula diambil semperna nama salah seorang pengasas Ayam Ghantari iaitu saudara JASRI.

Ayam Ghantari ini sebenarnya makanan dari negara jiran iaitu Indonesia namun segala ramuan dibuat secara try and error, maksudnya disini adalah tiada tunjuk ajar dari mana mana chef mahupun tukang masak dari negara jiran. Direka oleh orang Melayu kita dan diadun sampai sama rasa dengan resepi original dari Indonesia



MASA OPERASI

Day: Monday - Sunday
Time: 6pm - 12 am
Lokasi: Lokas Makana Puchong Utama





KEISTIMEWAAN AYAM GHANTARI

Keistimewaan ayam ghantari ini terletak pada sos nya iaitu sos ghantari dan sos taliwang. Dua dua sos ini akan disapukan ke atas ayam mahupun iga (tulang rusuk) ketika proses pemanggangan. Ikut selera setiap individu, nak perisa ghantari atau tawilang. Sos ghantari agak manis rasanya namun sos tawilang rasanya agak pedas. Dua dua sos ini merupakan "Secret Recipes" di sini bagi menyedapkan lagi menu yang ada.

Selain itu, ayam ghantari menggunakan ayam kampung organik "baby" (yang kecil) dan ayam kampung organik "dara" (muda). Keistimewaan ayam ghantari ini terletak pada empuknya ayam kampung yang dihidangkan.


Dibawah ini ena nak sharekan gambar serba sedikit menu yang ada di sini. Maaf gambar kurang cantik sebab kurang pencahayaan.

Ayam Ghantari Set Nasi Kukus : RM 7.00

Puyuh Ghantari Set Nasi Kukus: RM 7.00

Barongan ( Iga dan Ayam Kampung) : RM 20.00

Iga Ghantari Set Nasi Kukus : RM 12.90

Jagung Ghantari. Menu yang terbaru dan masih belum diletak dalam menu makanan.
So harga masih tidak diketahui. 


Apalagi, jangan lepaskan peluang untuk rasa ayam ghantari ni macam mana. Jom bawa kawan kawan, family serta orang orang yang you all sayang ke sini. Memang sedap sangat sehingga menjilat jari kaki. Ehhhhh. Hehehe. Ena asyik teringat ingat akan keempukkan daging ayam dan daging iga di Ayam Ghantari ni. Perut sudah berbunyi. Sob sob sob.


Kalau nak mengetahui dengan lebih lanjut, you all boleh menghubungi mereka di:-



Telefon: 0195522906 / 0129925575
Email: planetgrillnetwork@gmail.com (Click)
Website: www.ayamghantari.biz (Click)


You May Also Like

23 Comments

  1. rasa tak puas makan ari tu. nak je lagi makan. memang sedap

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum ena, macam terliur je *gulp*

    ReplyDelete
  3. oh my sngt menyelerakan, nk ajak abg alan dtg sinila

    ReplyDelete
  4. memang empuk ea ena ? sekali pandang macam ayam kicap. hehee

    lama lah agaknya nak masak ayam ghantari ni kan nak kasi betul2 empuk. sebab ayam kampung biasanya liat sikit. :D

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.

    If belum join GA Nad dan Liniey, jemput join ea :) Ada 2 top refferal, jadi dinasihatkan join secepat mungkin utk berpeluang menang top refferal.

    Kalau dah join, teruskan promote GA menggunakan link entri penyertaan ea.

    Dan..

    90+ pemenang random dicari !

    http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html

    Untuk melihat senarai sponsor beserta hadiah boleh klik link http://www.linieynor.com/2014/03/senarai-sponsor-dan-hadiah-sweet.html

    :)

    btw ayam tu buat ittew lapooo..makan megi a sat lg..kekeke

    ReplyDelete
  6. akak pernah pergi Lokas Makana ni sekali jee ... masa tu tengah femes pasal burger bakar... . next time leh tryy ajak kak nory sekali sbb dekat je kot ngan umah die.... tapi kene after 3bulan laaa.. kak nory kaw tgh berpantang haahhahaha

    ReplyDelete
  7. ayam kalau masak apa pun tetap menarik,
    x tahan betul tgk godaan ayam nie.
    sos dia nampk lain dr yg lain.

    ReplyDelete
  8. haritu pergi xada jagung tu, nampak mcm sedap huhu

    ReplyDelete
  9. Tgk mknn ni mmg mbuka selera.. apatah lg kalo bab mknn jawa2 ni.. mmg feverate=D

    ReplyDelete
  10. Wow..sedapnya nmpk..

    ReplyDelete
  11. aduh jadi lapo, nampak memang mengeliurkan

    ReplyDelete
  12. kenapa ramai blogger post tempat makanan ni. haiyaaaaa.. dah kenyang rasa lapar bali. ena bawa aishah and kaio pi jommm jomm


    http://iluvtour.com

    ReplyDelete
  13. Anonymous1.4.14

    Kalau didepan makan memang tidak pandang kiri dan kanan lagi dah. :-)

    ReplyDelete
  14. masalahnye gamba kitorg nape takde dalam blog ni? ini boleh menimbulkan kemarahan ni... rugi tau x tak letak muke kitorang...hehehehe

    ReplyDelete
  15. Tempat area kawe ni.hehe.

    ReplyDelete
  16. Tempat area kawe ni. Hehe.

    http://shafiqcal.com

    ReplyDelete
  17. ooohhh jagung bakar dah ada...sekarang hanya tunggu Itik Ghantari pula...mesti sedap macam ayam dan iga ghantari

    ReplyDelete
  18. Wah serious nampak sedap..kena try ni

    ReplyDelete
  19. Wah serious nampak sedap..kena try ni

    ReplyDelete
  20. selalunyer kuah yang menyedapkan sesuatu makann tu

    ReplyDelete
  21. ngundang ah ena,ni yang nak p ni T_T

    ReplyDelete
  22. nak rasa, tapi jauh sangat. sedihh T___T

    ReplyDelete
  23. huhuhu... ni buat nak g try gak ni...

    ReplyDelete